Persoalan ini datang ke fikiran saya pada tahun 1998 iaitu ketika saya
ditumpangkan ke Madras Universiti (Cawangan Ooty atau Udhamanggalam). Selama
dua tahun di India. Tahun pertama, saya berhadapan dengan sambutan yang disebut
‘Diwali’. Hari tersebut adalah hari cuti umum di India. Maka saya berehat di
rumah (maksudnya tidur dan bangun lambat). Loceng rumah bordering-dering setiap
hamper satu jam. Saya tetap berbaring dan tidak membuka pintu sebab tahu lebih
awal, apa yang akan berlaku sekiranya pintu di buka. Saya bernasib baik
dimaklumkan lebih awal oleh ‘tukang masak’ – Amla.
Apakah sebenarnya sambutan Hari Deepavali? Perkataan ‘dipa’ @ ‘depa’
bermaksud cahaya. Manakala perkataan ‘ghavali’ @ ‘ghavli’ @ ‘gavali’ bermaksud
berderet-deret, @ banyak @ sebaris panjang. Bermakna ‘cahaya yang banyak atau
sebarisan cahaya. Mengapa orang hindu menyambut Deepavali? Terdapat pelbagai
sebab yang disandarkan kepada cerita mitos dewa hindu. Walau bagaimana pun,
sebab yang popular di Malaysia ialah kisah lagenda Raja Nara yang memerintah dengan kejam
telah dibunuh oleh salah seoarang Tuhan Hindu iaitu Maha Krishnan. Dikatakan
sebelum mati Raja Nara semua pengganut agama hindu supaya meraikan hari matinya
sebagai hari tewasnya kejahahtan. Maka pengganut hindu menyalakan lampu dalam
bentuk barisan sebagai meraikan kemenangan tersebut.
Antara
sebab-sebab lain ialah (1) kembalinya Rama ke Ayodhya setelah hidup dalam
buangan selama 14 tahun, (2) Meraikan kematian seekor syaitan durjana iaitu
Naragasuri yang dibunuh oleh isteri Maha Krisnan, (3) Meraikan hari Raja Shiva
menerima kesaktian dihujung tamatnya pertapaan beliau, (4) Meraikan kemenangan
Dewa Krishna menewaskan dewa Indra yang menyebabkan berlakukan kemusnaha alam
seperrti banjir dll. Dan banyak lagi
versi sebab perayaan Diwali ini.
Di Negara kita pula, pada awal pagi hari Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas
upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan
bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada
bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan
lambang penyembahan dewa Lakshmi iaitu Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk
rumah mereka.
Jika diteliti, bermakna sambutan deepavali adalah sambutan keagamaan
Pengganut Hindu yang 100% berkait dengan tuhan dan dewa mereka.
Bolehkah kita orang Islam terlibat atau turut meraikan sambutan ini?
Soalan ini sengaja saya utarakan apabila melihat gambar-gambar di dalam akhbar
yang menunjukkan terdapat anak-anak kita yang beragama Islam bersama-sama
kawan-kawan mereka membina ‘kolam’ (corak warna-warni yang dibina dengan
bijirin di hadapan atau di dalam rumah atau bangunan sebagai satu sambutan
deepavali)
Penjelasan:
Hakikatnya
berdasarkan agama Islam, kepercayaan kepada Deepavali adalah syirik. Maka
sambutannya adalah perayaan syirik yang boleh menyebabkan akidah kita
terpesong. Ini jelas dengan firma Allah SWT dalam Surah Luqman 31:13 yang
bermaksud “Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan
Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”. Maka itu, janganlah kita
bersama-sama menyambut deepavali. Jika masih ragu-ragu, Allah mengangtakan kita
melalui Surah al-Isra 17:36 yang bermaksud “Dan janganlah kamu mengikuti apa
yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”
Maka itu,
sama-samalah kita saling menginngat khususnya anak-anak kita yang bersekolah,
bertadika yang diurus oleh orang beragama Hindu, jangan sekali-kali anak kita
terlibat dalam membina kolam atau apa-apa yang berkait dengan smabjtan
deepavali. Persoalannya pertama, bagaimana dengan pemahaman yang sedang
bergelombang dalam Negara kita yang cuba menghalalkan perayaan yang sepatutnya
tidak boleh kita beragama Islam menyambutnya.
Persoalan
kedua, bagaimana pula kita yang mempunyai rakan-rakan dari pengganut hindu.
Kita menerima undangan dan ucapan deepavali. Bagaimana? Kerana dalam masa yang
sama agama kita juga menyuruh kita menghormati orang lain khsusunya rakan dan
jiran.
Yang sebaiknya
adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga
Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau
cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”. Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya
keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan
dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita
membisu tanpa membalas ucapan mereka.
FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti
: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir
zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam.
Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim
itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh
menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka”. (As-Suyuti,
Al-Amru bi at-Tiba’ wa an.Nahy ‘an al-Ibtida’, hlm. 150.)
Fatwa Kerajaan
Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi
umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini
menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati
mereka.”. (Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`)
Saya berharap
supaya sama-samalah kita menimba sesuatu dari catatan ini kearah menjaga diri
dan keluarga kita supaya tidak dengan tidak sengaja melakukan penyukutuan
terhadap Allah yang menyebabkan akidah kita terpesong atau murtad. Selebihnya
Wallahualam.
p/s Jika anda memerlukan 'translator' bagi filem Hindi, anda boleh dapatkan khidmata saya. Thikee.
1 comment:
Salam Pena Celoreng,
Entri yang mengetuk minda dari terus dibuai lena dengan suasana masyarakat di negara yang dikatakan Islam yang sedia ada kini.
Sungguhpun agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain, namun, dalam situasi yang diketengah di dalam entri ini soal akidah perlulah dijadikan keutamaan. Benar sepertimana yang dinyatakan Tuan Pena Celoreng.
Malah Ibn Al Qayyim ada menyatakan, “Adapun memberi tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma’ seperti mengucapkan tahniah kepada sambuan perayaan mereka atau puasa mereka. Sekalipun jika diandaikan pengucapnya tidak kufur tetapi masih melakukan sesuatu yang haram seperti mana jua ia mengucapkan tahniah atas penyembahan salib bahkan lebih besar dosanya daripada ucapan tahniah kepada peminuman arak, pembunuhan, perzinaan dan seumpamanya”.
dan, sekadar buat renungan bersama:
Abu al-Qasim al-Thabari dalam kitabnya ada mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jama’ah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murka-Nya.” Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).
Jelaslah, haram hukumnya bagi kaum Muslimin terlibat dalam perayaan hari raya kaum kuffar, baik Musyrik maupun Ahli Kitab, baik Krismas atau Deepavali dan sebagainya. Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam menghadapi masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan…
p/s ...mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kita rahmat kasihNya dan terus memberi kita hidayah mengukuhkan keimanan kita sebagai hamba khalifahNya. Sesungguhnya, kemurkaan dan azab Allah SWT itu amatlah pedih...
Post a Comment