Tuesday, November 15, 2011

Cintaku Padamu


CINTAKU PADAMU

............
aku hanya ingin sebuah cinta yang biasa biasa sahaja
bukannya cinta Lela Majnun
Maupun cinta Shah Jehan dan Mumtaz
Kerana aku tak upaya harungi lara seperti Lela
Kerana aku tak upaya membangunkan Taj Mahal
lagipun, kerana aku juga ingin mencintaimu dengan sederhana
tanpa kata yang sarat metafora
dan belai manja yang memukau takwa

Aku hanya ingin sebuah cinta yang biasa biasa sahaja
kalau boleh, biarlah cintaku seumpama sehelai daun kering yang melayang
dan jatuh di dadamu
dan meneduhi dirimu dari bahang dunia.........



Zie
MINDEF

PERBEZAAN: BOYFRIENDS (BF), CLOSEFRIENDS (CF), DAN SPECIAL BOYFRIENDS (SBF)


APAKAH PERBEZAAN ANTARA ‘BOYFRIENDS’ (BF), ‘CLOSEFRIENDS’ (CF) DAN ‘SPECIAL BOY FRIENDS’ (SBF)

Dalam memperkatakan hal ini, pilihan kaum wanita adalah sangat terkesimpanag atau sangat bertentangan dengan  pilihan kaum lelaki. Kata orang utara ‘terbalik dhok’. Memang pahit untuk di telan atau sukar mempercayainya. Lelaki hari ini tidak lagi suka memilih perempuan yang bertudung litup. Yang banyak sangat ‘dont’. Seperti yang saya jelaskan pada perbezaan GF. Pegang sikit pun marah, memang sampai sudah tak dapat SBF. Kalau zaman 60an dan 80an, memang kaum lelaki akan memilih yang bertudung litup, yang alim ulama gitu, yang malu-malu dan dan dan sekarang cita rasa lelaki telah berubah. Kalau memilih yang bertudung tapi mesti sporting ataupun understanding gitu.

Lain pula halnya dengan cita rasa kaum hawa ni. Dulu lain sekarang lain. Kalau dulu, kaum perempuan akan mencari lelaki yang agak terbuka, handsome atau macho, tahu agama sikit-sikit ataupun tak kisah sangatlah, janji dia sayang kitakan?. Tetapi hari ini, cita rasa kaum hawa telah jauh berubah. Kalau di tanya lelaki yang macam mana nak dipilih?

“Errrrr, jangan handsome sangat la, nanti kena kebas” atau

“Mesti ada didikan agama yang kukuh supaya dia boleh membentuk saya” atau

“mesti lah yang poket penuhhhhh, saya boleh pergi shopping” atau

“Poket kosong pun tak pa, janji dia sayang saya”.

Pendek kata, kaum hawa hari ini nak yang terbaik semuanya. Malangnya bukan semua kaum Adam itu terbaik. Siapa yang nak pilih yang tidak terbaik?

Pelikkan: Lelaki nak yang buka-buka sikit, perempuan nak yang tutup-tutup gitu”

Berbalik kepada isu perbezaan. Yang pertama; ‘Boyfriend’ (BF). Sesetengah orang beranggapan BF ini membawa konotasi istimewa. Tak salah anggapan ini tetapi kalau setakat kawan lelaki biasa sahaja, kita panggil apa ye? Teman Lelaki? Kawan Lelaki? Haaaaaa, jadi panggilan ‘BF’ tak membawa konotasi istimewa. Yang berbeza hanyalah CF atau tidak CF sahaja, BF tu. Kalau BF tu adalah CF, mereka agak kerap juga bertemu dan boleh bersenda gurau. Kawan rapat lah katakan.

Kalau ada orang bertanya:
“Ehhh, nampak lain macam je kau dengan si Mat tu?”
Biasanya akan dijawab;
“Ehhhh, tak de pe pe lah, kami kawan jeeee”

Haaa, inilah jawapan yang selalu diberikan oleh artis martis kita bile ditanya oleh wartale atau wartawan.

Jadi jangan lah cemburu membabi-buta bila nampak atau ada orang cakap laki atau SBF kita keluar makan dengan ‘pompuan’ lain. Mungkin dia BF sahaja.

Dalam hal SBF, memang tak dapat dinafikan bahawa lelaki tu memang special atau khas bagi dia lah. Namapun ‘special’. Macam kes ABC special atau ‘chaw kueh teow special’ la kan. Udang lebih, Kueh teow lebih, tauge lebih. Bak kata semua mende lebih lahhhh. Tak tahu lah pula kalau yang ada VSBF (Very Special Boyfriends). Macam VIP dengan VVIP. Mungkin ada kot.

Yang menjadi isunya, perempuan hari ini tidak lagi mempunyai 1 x SBF sahaja atau ada sekor toge tu lah SBF dia. Sekurang-kurangnya dua atau tiga. Paling lekeh atau pun paling koman pun, dia mesti mempunyai seorang SBF dan seorang CF lelaki yang dok ready ambil alih tempat SBF tadi, kalau ada masalah. Kira ok laa tu. ‘Back-up’ bebbbb. Sediakan payung sebelum ribut.

Ada lagi kategori perempuan iaitu kategori paling akhir dan paling banyak iaitu kategori yang langsung tak ada SBF. BF atau ‘friend-friend’ tu banyak tapi SBF, sumpah memang tak ada. Pelik sungguh. Sebab apa tau? Sebabnya, bila tengok muka dia, mak oiiiii, lawa bukan main. Tengok ‘body’ pula, perghhhhhhh ala potongan botol minyak gamat saiz 75 ml. Ala kan tak tau kot, badan macam tu? Senang cakap macam Saloma kata ‘badan macam kerengge’. Tak faham gakkkk? Susah la cam ni. Badan macam Bipasha Bisu atau Aiswarya Rai. Haaaaa, baru tau kan. Pelik sungguh, muka lawa, body mengghairahkan, perangai cantik tapi tak de Cik Abang. Malu kotttt? Aihhhhhh, jangan la macam tu, la ni zaman siber Cik Kiah oiiiii; kalau hang malu, hang terlepas. Kalau dah suka atau syiok, cakap je terus terang – Sukaaaaaaaa atau pun ‘Nakkkk’. Nak malu apa eihhhh. Kalau si jantan tu menolak, tak ada siapa yang tahu. Hanya berdua sahaja.

Bagi golongan yang kurang cantik (cantik juga tapi kurang sikit) dan segar bugar, susah lah nak komen. Hanya Jodoh yang menentukan. Memanglah rezeki, jodoh dan ajal tu di tangan Tuhan. Tapi kita juga yang kena cari dan kita juga yang kena berusaha. Baru dapat rezeki, baru dapat jodoh. Kalau kita dok merempit tengah jalan, memang konfom dapat kojol cepat. Biasanya kumpulan ini akan terkena dengan janji manis dan pujuk rayu ‘Bang Lom’ atau pun ‘Bang La’. Tahukan sapa ‘Bang Lom’ tu? Abang dari Lombok laaaa. Geng ini memang pandai ayat. Beringatlaaaa. ‘Bang La’ tu, yang hidung tinggi, betis bulu laaaa –Bangla. He he he

Kalau kita bandingkan kemahuan kaum lelaki dan kaum hawa terhadap pasangan masing-masing memang jauh bertentangan. Kalau dapat pasangan yang bertentangan dengan kemahuan, memang sah kena helo bye bye. Bagi si perempuan, kalau dapat SBF yang suka seluk sana, seluk sini; memang kena bye bye sebab mereka mencari yang ada ciri-ciri ustaz gitu. Janggut beb janggutttt. Kalau tak ada ciri-ciri ustaz pun , ala ala Shah Rukh khan pun ok gak. Ataupun ‘Bang Lom’ pun orait gak. Manakala lelaki pula, kalau dapat pasangan yang nak sentuh sikit pun tak leh, memang sah dia akan chawwww la.

p/s Pertamanya memanglah seksa atau terguris atau sakit membaca coretan saya ini dan yang sebelum ini sebab kita ada bermacam-macam pendapat. Tapi artikel ini adalah pendapat saya. Pada beberapa sahabat yang hantar email dan sms eksklusif kerana tidak bersetuju dengan pendapat saya tentang LF, CF dan GF tu, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tetapi bagi saya, saya lihat sekeliling, memang macam tu. Memang pahit nak telan, tapi yang pahit itu biasanya menyembuhkan.

Saturday, November 12, 2011

HOW EFFICENT THEY ARE and HOW INEFFICIENT WE ARE?


HOW EFFICIENT THEY ARE and HOW INEFFICIENT WE ARE?

As usual, at the end of the year, normally I will give a credit to my self by going for vacation or holiday. In year of 2011, I did manage to grab some cash. Therefore, 2011 vacation it should be better compared to 2010. The planned started in October. I did whisper to a few friends especially our ‘KAKI REDAH’ Club members. This coming holiday, five of us will ‘redah’ (Jabar, Catherine, MacGregor, Pak Ngah and myself). I’m given a responsibilities to make the master plan within the cost, not more than RM 10,000.00 for hotel and transportation (air ticket from any station to the first stop is not included = Heathrow).

The 1st Plan: (1st Sortie) = From KLIA/any place to Frankfurt, spend 4 days in Frankfurt,
                     (2nd Sortie) =Than from Frankfurt to Zurich (Swiztland), spend 3 days in                       Zurich, than proceed to Geneva (spend 3 days in Geneva),
                     (3rd Sortie) = Than from Geneva to Lyon (France), spend 2 days in Lyon,                                 than proceed to Paris (spend 5 days in Paris).
                     (4th Sortie = Than from Paris to London, spend 5 days in London for                                        shopping.
                     Than form London, back to KLIA.

However the 1st plan cannot materialized because of Mac at last minute decided to take his GF along. Due to speed train ticket and accommodation (I have to look for another room for Mac), than I have to make another proposal.

The 2nd Plan: (1st Sortie) = From KLIA/any place to Heathrow, London, spend 4 days for                           shopping;
                     (2nd Sortie) =Than from London to Lausanne City, Swiztland, spend 5 days in Lausanne, Matreux, Geneva;
                     (3rd Sortie) = Than from Lausanne City to Paris, spend 5 days in Paris;
                     Than form Paris back to KLIA.

 (This planned did not even reach RM 10,000.00 because we escaped from paying the Heathrow airport tax (costly)).

In the process of booking the hotel and speed train ticket, I did encounter a few problems, which is cause by my mistake. As usual, anything in West and Europe, you want to save money, please do it online. Search for the highest discount such 2 in 1, 3 in 1 etc.

THE 1ST MISTAKE – EUROSTAR TICKET FORM PARIS DU NORD TO LAUSANNE CITY.

Actually, when we purchased a train ticket either in London or Europe, we can print the ticket immediately at home but we must tick at the delivery ticket option. I m successfully did it, for the journey from London to Paris (transit) but form Paris to Lausanne City, I miss it. So I couldn’t print out the ticket from Paris Du Nord to Lausanne City. Than I send an email to the Eurostar Train Customer Svc.

My e-mail on 19/10:

 Your question (Mohd Radzi Abd Hamid)
19/10/2011 11.53 AM
Dear Sir, my booking number is RONVD, RONVM.

I did a mistake for not tick on print by my own. So how I want to change it from print at the station to print by my own? and to select/booked my own sit.

Tq
 Auto-Response
19/10/2011 11.53 AM
Title: Collecting your ticket from the station? Read this.
Link: http://eurostar-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/1069

Title: Tickets by mail
Link: http://eurostar-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/3888

Title: When I try to print my own ticket, I get an error message.
Link: http://eurostar-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/4225

Title: How will I obtain my Eurostar tickets?
Link: http://eurostar-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/32

Title: I have my PDF ticket but am not able to print from my PC.
Link: http://eurostar-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/3902

Title: I wish to book for someone else, how will they obtain their tickets?
Link: http://eurostar-en.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/36
 
Surprisingly, they reply it in the same day and offered a few options in order to solve my ticket problem.

Eurostar Reply on 19/10:
From: Eurostar Support
To: radzi_hamid@yahoo.com
Sent:
Thursday, October 20, 2011 8:59 PM
Subject: Print my own [Incident: 111019-0002]
You have received an email from Eurostar. Please see below.
To reply to this email, please click on your reply button and type in the space between the lines below.
[===> Please type your message below this line<===]
Noted. TQ
[===> Please type your message above this line <===]


 Email on behalf of Eurostar from (Thomas, Eurostar.com Support)
19/10/2011 02.04 PM
Dear Mr Abd Hamid

Thank you for your e mail.
Unfortunately, we are unable to issue print at home tickets for TGV bookings.
If convenient, we can post the tickets out to you.
If this works for you, please confirm a postal address.

Kind Regards
Thomas, Eurostar.com Support

So I reply the email and told them my address on the same day. They reply it, just day after.

Eurostar email on 20/10:

 Subject
Print my own

 Content
 Email on behalf of Eurostar from (Thomas, Eurostar.com Support)
20/10/2011 01.59 PM
Dear Mr Abd Hamid

Please be advised that the tickets have now been posted to your address in
Malaysia.

Kind Regards
Thomas, Eurostar.com Support

 Happily, week after, our ticket had reached my postbox. So efficient and customer first.


NOT 2nd MISTAKE – HOTEL PAYMENT

Yesterday, I did receive a credit card bill, which stated the charged for Westpoint Hotel, London. It quit surprising because I did not booked at the Westpoint Hotel. We booked at Abbey Court Hotel at Hyde Park, which is shopping street in walking distance. The underground, just 30 meters from the hotel door. The bill stated the same amount as per in the confirmation slip at Abbey Court Hotel. So I sent an email to the ‘booking.com’, one of the online hotel booking company which we booked our hotel.

In My email, I did query about this confusing matters. We booked at Abbey Court Hotel but the bill stated Westpoint Hotel.

The booking.com customers service had reply my email even faster than Eurostar.

Dear Mohd Radzi Abd Hamid,

Thank you for contacting Booking.com.

Please be advised that Booking.com does not take any form of payment from your credit card at any time. The card details are given to the hotel at the time of booking to guarantee the reservation in the event of a late cancellation, or a no show. All payments are taken care of by the hotel during your stay, unless otherwise stated on the website.

We have forwarded your email to the hotel. As soon as we receive an answer from the hotel we will contact you. If you wish you can contact the hotel directly. For your convenience below you will find the  hotel contact details:

Abbey Court Hotel (Hyde Park)
Phone: +4420740207
Fax  : +4420726220
Email: reservations@abbeyhotel.com


If you require any further assistance, please do not hesitate to contact us. Thank you for using Booking.com. We wish you an enjoyable stay at
Abbey Court Hotel (Hyde Park).

Kind regards,

Please help improve our Customer Service by answering 3 simple questions: http://www.booking.com/questionnaire/bd2ef6bf125376b0.en.html?label=questionnaire

Armina Konakovic
Customer Service Team
Booking.com  http://www.booking.com

 I did reply the email by stated ‘noted and tq’.

Than, booking.com reply it ASP.

From: Booking.com Customer Service
To: radzi_hamid@yahoo.com
Sent:
Saturday, November 12, 2011 11:12 PM
Subject: Abbey Court Hotel (
Hyde Park) (78356)

Dear Mohd  Radzi Abd Hamid,

Thank you for choosing Booking.com.

Further to your question regarding payment issues in connection with your reservation 78356 at Abbey Court Hotel (Hyde Park) , please find below the answer we have received from the hotel

=====================
Please advise guest that the charge on his account appears as Westpoint Hotel because the Abbey Court Hotel is managed by Westpoint Hotels (Hyde Park) Ltd.

Kind Regards
Luis
Abbey Court Hotel
=====================

Please feel free to contact us with any additional questions.

Thank you again for choosing Booking.com. We hope to be your choice for future online reservations.

Kind regards,

Please help improve our Customer Service by answering 3 simple questions: http://www.booking.com/questionnaire/aeab9deb5fac9c3e.en.html?label=questionnaire

Theodoros Papadopoulos
Customer Service Team
Booking.com  http://www.booking.com

Than, tonight, I reply their email. Happily.

I'm in the clear picture. Tq for yr efficiency and kind explanation. I'm looking forward to have business wt booking.com again in the near future. In my national language, Malay Language; we said 'TERIMA KASIH' = Thank You. 

In my mind, why we can’t be efficient like them. If we cannot innovate, why we can’t, we just copy it. I’m not intend to share how inefficient we are.

Wednesday, November 9, 2011

PERBEZAAN LADYFRIENDS, CLOSEFRIENDS DAN GIRLFRIENDS


APAKAH PERBEZAANNYA:
LADY FRIENDS [LF],
CLOSE FRIEND [CF], DAN
GIRLFRIENDS [GF]

Girlfriend kau ke tu?”
“Ehhh, tak lah kawan jee” ataupun
“taklahhh, rakan satu sekolah aku dulu” ataupun
“llaaaaa, tu kan kerja satu pejabat ngan aku”

Maka bermakna,GF tidak sama maksud dengan LF. Pada hemat saya, LF adalah tahap pertama dalam persahabatan lelaki dengan wanita. Persahabatan yang tidak mempunyai apa-apa rasa jiwa. Dan mungkin juga setakat kenalan sahaja atau kenal gitu-gitu je. Jika salah seorang atau kedua-duanya sekali mula menumbuhi atau sedia tertumbuh rasa jiwa, maka akan ada usaha berpindah dari tahap LF ke CF. Apakah tandanya atau bezanya LF dengan CF. Kalau LF, jarang-jarang telefon/sms/email/berbalas fb dll. Kalau telefon atau apapun pun hanya ketika perlu sahaja atau ada urusan. Kalau sudah mula berperang email/sms/fb/atau telefon bermakna sudah berada dalam ruang CF.
Dari aspek jarak juga memberi petanda. Kalau LF, jarak hubungan agak jauh dan sesekali mungkin berlaga bahu tanpa sengaja. Jarak yang rapat akan merimaskan. Kalau CF, jarak agak rapat dan jarak yang rapat itu menyenangkan dan merasakan tidak ada apa-apa yang tidak kena. Berpegang tangan? Belum lagi kerana CF belum sampai ke tahap intim. Biasanya CF ini banyak kita lihat semasa sambutan hari jadi kerana biasanya hanya CF dan BF sahaja yang dijemput semasa ‘birthday party’. Kalau LF, biasanya tidak di panggil. Segala-galanya terletak kepada ‘KEKERAPAN’ apa sahaja yang akan merubah darai tahap LF kepada CF. Kalau kerap sangat keluar ‘kopi-kopi’ atau ‘lepak-lepak’ kat tempat publik macam pergi ‘ngeteh’, haaaa tu tandanya dah jadi CF. Maka jangan salah faham kalau kita lihat seseorang berjalan dengan seseorang kerana mereka mungkin berada pada tahap LF ataupun CF.

Apa tandanya pula persahabatan pada tahap GF? GF ni, kalau berjalan tu sering berdua sahaja, macam belangkas gitu. Berpegangan tangan, jarak yang sangat intim. Pegang-pegang tu satu keperluan kerana magis sentuhan akan lebih mengakrabkan rasa GF. Kissing-kissing tu mula menjadi satu yang biasa. Mungkin pada mulanya agak gelojoh tetapi ia boleh dibentuk sebab ‘kissing’ GF disulam dengan jiwa dan gelojak hati. Maka ‘kissing’ tu menjadi sangat mengujakan dan sensation. GF juga ada part yang ‘light-light’ gitu. Atau kata orang, ‘ringan-ringan’ gitu. Biasa laaa tu. Buka sana, pegang sini, buka situ dan pegang sana; emmmm fahamkannnn? GF lah katakan. Dia ada ruang yang mana kalau tahap LF atau CF tak boleh sampai atau sentuh tetapi pada tahap GF, dia macam dapat lesen untuk sampai dan sentuh. Pada tahap ini, satu batasan atau ‘guideline’ mesti dibentuk dan ditanam dalam jiwa masing-masing. Namapun ringan-ringan. Lesen ‘P’ lah katakan. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ada yang kedua-duanya tidak mahu memasang lesen ‘P’. Emmmm terserahhhh. Janji hati mahu suka bebbbb.

Jadi tanyalah diri sendiri, di mana anda? Di mana kesilapan anda? Anda mungkin tidak silap dan anda mungkin betul tetapi anda harus tahu bahawa perkara yang tidak silap dan betul itu telah tidak menjadi sesuai lagi dan mungkin telah bertukar menjadi silap dan salah.

Ada kawan kata; pegang sikitpun marah, GF mende tuuuu? Kan susah jadinya. Pada zaman saya sekolah ada falsafah yang membezakan dua keadaan iaitu:

“Ada dua buah kedai yang menjual kueh atau makanan, satu kedai menutup semua jenis makanannya dan satu lagi membuka jenis makanannya. Mana satu yang kita akan pilih?”

Dulu, ramai (khususnya lelaki) akan memilih kedai yang menutup jenis makanannya tetapi hari ini pilihan telah berubah. Ramai lelaki yang memilih kedai yang tidak menutup makanannya. Pada pendapat saya, sesekali buka, apa salahnya. Kalau tak dibuka, makanan tidak dapat di lihat atau dihidu.

Sekian.