Saturday, April 30, 2011

BCOMEKS 2004 UPM: SATU PERJALANAN YANG SANGAT PANJANG

[Sesiapa sahaja yang membaca: Timbalah sesuatu dari satu perjalanan yang sangat panjang yang telah saya tempuhi. Perjalanan ini memerlukan kegigihan dan semangat yang maha besar. Semoga dengan membacanya, anda akan mendapat motivasi diri yang besar juga. Semoga begitu dan berjayalah]

Atas apa pun sebab atau sandarannya, keputusan yang saya pilih adalah gila dan mungkin memeranjat banyak pihak (jika di khabarkan). Maka saya tidak hebahkan pada sesiapapun. Dari aspek kerja dan pangkat, saya sebenarnya tidak perlu lagi ijazah kedua tetapi bagi menemani teman (pada mulanya) saya mendaftar di UPM pada awal tahun 2004 sebagai Mahasiswa Eksekutif UPM. Mendaftar bermakna, saya terpaksa berkorban cuti hujung minggu selama tiga tahun setengah kerana semua kuliah di lakukan di hujung minggu iaitu pagi dan petang Sabtu dan kemudian bersambung pada pagi Ahad. Akan begitulah selama tiga tahun setengah. No golf on Saturday an Sunday, please!. Selama itu jugalah set golf di gantung.

Semasa mendaftar di Lata Siswa FBMK, UPM, seramai 112 orang mahasiswa yang sealiran. Tidak ada seorang pun di kenali. Pada kuliah pertama, kelihatan tiga muka yang agak ‘biasa’ iaitu Zul Gapena (memang dah kenal), Siti Jasmina (tahu tapi tak kenal), Tengku Khalidah (saya kenal dia tapi dia tak kenal saya), yang lain semuanya tak kenal.

Biarlah saya ceritakan bagaimana saya harungi pengalaman tiga tahun setengah itu. Bertugas di MINDEF, kami tak kenal hujung minggu. Bagi kami sama sahaja. Maka ada kalanya ketika kuliah nak bemula, saya berada di pejabat tetapi sebaik mungkin berusaha tidak mahu ketinggalan kuliah. Disiplin ini di latih sejak kecil lagi. Sejak belajar mengaji al-Quran di kampung, memang tak pernah ponteng. Hujan lebat ke, guruh ke, tetap sampai di rumah guru al-Quran (Hajah Rodiah atau Tok Lang).

Ada kalanya, say bertukar pakaian di dalam kereta. Dari pejabat bergegas, memandu ke UPM, berhenti di lampu isyarat Jalan Semarak depan Pejabat Tanah; di situ say bertukar baju dari uniform ke baju lain tanpaa mempedulikan pemandu di kiri dan kanan. Kemudian kereta berhenti lagi di lampu isyarat jalan Semarak, di situ saya bertukar seluar sambil memastikan tak ada bas di kiri atau kanan. Kadang-kadang ketika lampu hijau menyala, saya hanya memandu dengan berseluar dalam sambil menutup dengan seluar di atasnya. Ketika kereta memasuki kawasan parking fakulti, saya telah siap bertukar pakaian, hanya menunggu setokin dan kasut sahaja. Kunci kereta, angkatn beg. Biasanya dah ada rakan-rakan di parking atau meja latar siswa. Angkat tangan dan terus ke tandas, basuh muka dan sikat rambut.

Kalau masih ada masa, lepak dulu ngan member sambil borak-borak kat latar siswa ataupun pergi minum dulu kat kafteria. Kalau tak ada masa terus masuk ke kuliah. Kalau tak bekerja pada hujung minggu; sebaik jam 6 pagi saya telah bersiap untuk ke kuliah. Jarang sangat lewat dan tak suka datang kuliah lewat. Bermula itu, kami mula kenal mengenal antara satu sama lain. Sementelah lagi apabila saya dilantik sebagai Penghulu. Al-maklumlah, tenterakan; memang la disiplin sikit. Begitulah apabila kita memimpin sekumpulan anak-anak muda yang agak ramai. Dalam apa-apa hal pun, mesti ada yang setuju dan mesti juga ada yang tidak setuju. Mesti ada yang rajin, mesti ada yang kurang rajin. Mesti ada yang banyak cakap dan mesti ada yang rajin kerja tapi tak banyak cakap. Jujur hati, saya suka begitu supaya adik-adik dapat belajar sesuatu dan merupakan cabaran kepada saya.

Kursus kami memerlukan agak banyak projek praktikal. Bermula dari seminar di luar hinggalah ke seminar di universiti luar negara. Antara projek-projek besar ialah MAWI@UPM, Hulurkan Jari kelingkingmu (bantuan banjir di Batu Pahat), Seminar di Universiiti Sumatera Utara, dan lain-lain lagi. Dalam menjayakan semua projek-projek ini, saya dibantu oleh sahabat-sahabat yang memang tak boleh lupa sampai mati. Kalau dah matipun dan terbaring kat dalam kubur, kalau muka-muka ni yang minta tolong, Insyallah saya akan bangun dan bantu. Harap-harap mereka tak akan melarikan diri. Jika saya diizinkan sebut nama, saya boleh nyatakan seperti berikut; Salimah (MDEC, tengah buat master kat UPM – tabik Sally, memang sangat suka membantu), Tengku Khalidah (Editor Pancaindera UM, berhasrat nak buat master tapi belum lagi, banyak membantu dari aspek kewangan (sponsor)), Siti Jasmina (penulis skrip bertaraf negara, katanya nak buat master kat UM tapi belum lagi), Rose (Bkt Aman, memang dah titik- tak nak sambung lagi dah), Amir (Peg Pemadam), Khateja Begum (Front Manager Crwon Princess (dah tukar kerja)), Adnan (Timb Ketua Polis Batu Pahat), Zul gapena (Peg Kebudayaan Tawau), Helmi (Tutor kat UPM), Ita (bendahari yang terhormat), Reizal (kat mana tah sekarang), dan lain-lain banyak lagi member yang suka membantu.

Hakikatnya, ada beberapa rakan sekuliah yaang sebenarnya lebih gigih dan mempunyai azam yang lebih kukuh dari saya. Antaranya ialah Kak Wan Thowaibah (DJ Radio Pahang), telah di penghujung perkhidmatan (nak pencen dah) tapi nak belajar lagi. Setiap minggu bertolak dari Kuantan ke Serdang dan balik ke Kuantan semula pada petang Ahad; seorang lagi ialah Ustaz; beeliau bertugas di Bukit Mertajam, Kedah. Bertolak dengan bas pada petang Jumaat, bermalam di surau fakulti selama dua malam. Habis je kuliah petang ahad, terus balik ke Kedah dengan bas.

Setelah berjuang selama tiga tahun lebih, akhirnya awal tahun 2008, kami bergembira dengan kejayaan yang dicapai – konvokesyen. Tahniah kepada semua. Sehingga kini, persahabatan kami masih kuat terjalin. Khususnya pada ‘Hawai –Five-O’ (myself, Amir, Tg Khalidah, Jasmina, dan Rose). Tatkala melihat gambar-gambar konvo kami, saya terkenang perjalanan yang panjang dan sangat hormat kepada rakan-rakan saya. Saya amat menyanjung kalian semua dan sentiasa akan menghargai persahabatan kita.

‘RINGAN SAMA DIJINJING DAN BERAT SAMA DI PIKUL’

[Di hadapan pintu masuk UPM: (dari kiri) Myself, Rose, Reizal, Tg Khaalidah, Sally and Amir]

[The first thing we must do after our convo is to meet ur lecturers. The dean is ur first in the list: (from left) Tg Khalidah, Radzi, Reizal, Amir, Sally, Rose and Jasmina]

[Dean: You all cant wait in my office: Reizal, Sally, Amir, Rose, Myself n Tg Khalidah]

[An honour: Rose, myself and ur Dean]

[Di tangga Pej Dekan: dari kiri, Jamsina, Rose, Dr Hamisah, Tg Khalidah]

[Reizal, Amir, Sally, and Rose]

[Myself, Rose and Tg Khalidah]

[Radzi, you deserved it. Bravo]

Wednesday, April 27, 2011

GERAKAN MELAYU: DI MANA IA BERMULA?

Pada tahun 1946 semangat perjuangan Bangsa Melayu mula bangkit dan semarak di selatan tanah air iaitu Johor. Ianya mula berkembang di beberapa buah kampung dan kemudiannya menjadi satu gerakan beberapa daerah yang kuat. Di pertengahan tahun 1946 terdapat 8 buah persatuan perjuangan Melayu yang kuat di Johor iaitu (1) Persatuan Melayu Kluang, (2) Kesatuan Melayu Johor, (3) Persatuan Melayu Johor Bharu, (4) Lembaga, (5) Wakil Kumpulan Melayu Batu Pahat, (6) Persatuan Melayu Segamat, (7) Kumpulan Melayu Mersing dan (8) Persatuan Melayu Pontian.

Satu pertemuan antara wakil-wakil persatuan telah diadakan di Johor Bharu pada bulan Jan 1946. Wakil-wakil telah bersetuju untuk bergabung dan menubuhkan PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR. Dalam satu perbincangan yang diadakan, keputusan telah dicapai bagi melantik Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpin Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Terdapat 6 tujuan pergerakan ini ditubuhkan ialah (1) bagi menentang penubuhan Malayan Union, (2) menyatukan dan mengawal keselamatan orang-orang Melayu akibat pergaduhan kaum [yang pada mulanya berlaku di Batu Pahat dan kemudian merebak ke Kuala Pilah (N9), Lambar Kanan di Teluk Anson, Kuala Kangsar, Raub Pahang], (3) Menyatukan orang-orang Melayu dan berjuang serta mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu supaya ‘mereka akan kasih dan sayang kepada negara mereka, bekerjasama dengan kerajaan dan sesama mereka’., (4) menjadi satu pergerakan untuk menjadi badan bersuara dalam memperjuangkan hak-hak serta kehidupan orang melayu seluruhnya.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor telah menganjurkan perhimpunan Kongres Melayu Setanah Melayu (Se Malaya). Kongres ini dihadiri oleh para wakil dari 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Dalam perbincangan kongres ini, satu resolusi telah disepakati yang mana menubuhkan sebuah badan yang mewakili seluruh orang-orang Melayu. Badan ni diberi nama ‘PERTUBUHAN MELAYU BERSATU’ atau ‘United Malays National Organization (UMNO)’ semasa kongres bertemu pada kali ketiga pada 11 hingga 12 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bharu.

Bermula dari saat itu PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR termansuh dengan sendiri kerana telah berjuang atas nama persatuan yang baru iaitu UMNO. Berjuang bagi orang-orang Melayu. Apa yang diperjuangkan? Sila lihat tujuan asal penubuhan dengan nama ‘PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR’.
p/s Tabik pada orang-orang Johor. Aku ingin menyeru [melutut dan mengangkat tangan] ‘Wahai orang-orang Johor, Bangkitlah semula sebelum terlewat’.

Wednesday, April 20, 2011

AKAR SUTUN [RAJA AKAR]

[Akar sutun menjalar di sepanjang pagar. Akarnya bergerigis dan daunya bujur seperti daun sirih]
Mohon banyak-banyak maaf kepada kawan-kawan yang bertanya tentang akar ini. Saya terpaksa mengambil masa yang agak lama bagi mencari gambar yang jelas bagi menerangkan perihal ‘raja akar’. Nama saintifik, memang saya tak tahu. Setahu saya, ia dipanggil akar ‘sutun’. Sesetengah orang khususnya kaum China atau sin seh China panggil ‘akar bakawali’. Tetapi bakawali ada pokok lain yang mengeluarkan ‘Bunga Bakawali’ yang juga ubat yang mujarab. Kalau tengok filem cite P.Ramle, adalah kisah merantau nak cari Bunga bakawali. Bunganya sangat cantik. Semasa di kampung, mahaguru mengesyorkan kami mengamalkan makan akar ini, seinci setiap hari. Terus terang, saya tak dapat makan seinci, hanya beberapa cm sahaja. Sebabnya, kalau anda cuba, anda akan dapat jawapannya dengan serta-merta. Ada seorang anak murid senior yang amal, contohnya Mat Dawi. Hasilnya memang terbukti, jangan kata lintah atau pacat, nyamuk pun tak nak lalu. Di katakan darahnya berperisa ‘pahit’.

[Akar Sutun juga mempunyai cabang]
Akar ini, upaya mengubat darah tinggi, kencing manis dan menghapus kolesterol. Rasanya, aduhhhhh. Memang pahit nak mampus. Jangan kata makan seinci, tergigit sikit sahaja, seminggu lidah rasa pahit yang amat sangat. Kaedahnya ada pelbagai cara. Pertamanya boleh dikunyah terus, macam makan sirih. Keduanya, dipotong atau diracik halus dan dijemur kering. Bila dah kering boleh direbus dan air rebusan di minum atau pun dikunyah dan makan. Ketiganya, di mesin halus, dijadikan serbuk. Serbuk ini dijadikan minuman selepas sarapan pagi. Ia hendaklah dilarutkan dengan air panas.

Di sini saya kongsi gambar akar sutun yang saya temui semasa pergi kenduri kahwin sahabat di Melaka minggu lepas. Tuan rumah ini tanam sepokok sahaja dan sangat subur, mengelilingi pagar rumah.
[Akar yang tuan berwarna putih kelabu]
p/s Penalcida [ubat askar] pun tak sepahit akar sutun.
[Tanamlah kat rumah. Ini baru sepoko]