Thursday, December 16, 2010

Unit Penggempur ke-6 PKM


[Anggota Tinjau Platun 6, sebelum di serang hendap]

Unit Penggempur Ke-6 PKM adalah unit yang terbesar dan paling mengganas. Di ketuai oleh Chong Choor. Pada mulanya unit ini hanyalah unit Min Yuen di Kalumpang. Kemudiannya Chin Peng berpindah kawasan dari Pahang Barat ke Selatan Thailand. Justeru, Chin Peng mengarahkan UPKe-6 mengambil alih kawasan Pahang Barat dan mengarahkan unit ini mengganas.

[Platun 6 sedang meronda]

Drama Platun Harimau merungkai beberapa siri serang hendap oleh unit ini di Pahang Barat. Minggu ini penggambaran bertumpu di kaki bukit Cameron Highland. Meniti aktiviti kumpulan Min Yuen bagi mengumpul barang bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan. Arahan Peking 80 yang dapat di pintas gelombangnya telah mengarahkan unit ini meluaskan kawasan operasinya hingga ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Arahan tersebut juga melantik unit ini sebagai unit agresif. Pada mulanya, unit ini berjaya menerobos hingga ke Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu tetapi hasrat meluaskan sayap hingga ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor terbantut dek tiga Operasi Besar oleh pasukan keselamatan iaitu Operasi Paksi, Operasi Tuah dan Operasi Sibre.

[Kader UPKe-6 sedang mengangkut barang]

Platun Harimau terlibat dalam Operasi Serampang Khas 1, Operasi Serampang Khas 2 hingga ke Khas 7. Saya masih teringat ketika sedang menjalankan Operasi Serampang Khas 1 di Ulu Yam, dengan tiba-tiba kami dipanggil keluar dari hutan sebab ada operasi khas lain iaitu Khas 2. Atas khas ada khas lagi. Kuala Kubu, Ulu Yam, Rasa, Batang Kali, dan Serendah adalah kawasan yang panas. Kisah ini di rungkai lebih rinci dalam Novel Perang Platun Harimau: Misi II – ‘Hingga ke Lubang Cacing’ yang sedang dalam proses cetakkan. Anda akan dapat mengetahui bagaimana anggota Platun Harimau menyamar pelbagai watak seperti orang gila, pemandu teksi, penjual nasi lemak, penjual aiskrim dll bagi mengesan ketua Unit Ke-6 yang sedang dalam proses melarikan diri setelah ramai anggotanya di tangkap dan di tembak mati.

[Kader-kader Min Yuen Kalumpang yang masih baru]

Nantikan keluarannya Novel Platun Harimau Misi II - 2011.

No comments: