Friday, December 10, 2010

HARIMAU KEMBALI KE HUTAN

Sjn Mansur: “Fokus deria kamu pada sasaran dan misi”. Memerhati setiap anggota Platun Harimau.

Latihan lanjutan Platun Harimau di Pusat Latihan Peperangan Khas, Komando Sg Udang terpaksa dihentikan serta merta. Mereka di perlukan di belantara Pahang. Enam anggota dari Platun 6 Kompeni Bravo Terbunuh. Dua hari kemudian Platun 7 di serang hendap, 9 perajurit lagi terkorban. Empat perajurit terputus kaki dek letupan jerangkap samar (bobby trap). Darah Prebet Aleng bergenang, membeku dan berkilat di dalam keranda. Menitis di sepanjang langkah ke kubur. Sebahagian titisan, memerahkan baju anggota-anggota yang mengusung. Isteri yang sedang sarat mengandung, teresak sayu mengenangkan nasib di hadapan.

Bendera Malaysia, dilipat kemas, keranda diturunkan, yang tinggal hanyalah tanah merah sebatang dahan kemboja. Tujuh das tembakan dilepaskan, meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bendera diserahkan kepada balu Prebet Aleng yang sarat mengandung.

“Puan, Saya bagi pihak Seri Paduka Baginda YDP Agong, negara Malaysia dan seluruh rakyatnya, Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja; dengan kalimah Allah, kami serahkan bendera Malaysia yang mana kerananya Perajurit Aleng binti Wan Minah telah berjuang dan terkorban. Tanah pertiwi dan rakyatnya bernafas dan hidup dengan nyawanya”.

Bendera Malaysia dilipat tiga segi diserahkan. Isteri perajurit Aleng terjelepok di pusara. Ayah mertuanya teresak-esak di dahan kemboja yang masih hijau dan harum.

Kepulangan Platun Harimau di nanti-nantikan. Biar buku bertemu ruas. Platun Harimau vs Black Jaket’. Lt Fauzi, Ketua Platun Harimau bertarung di antara strategi, taktik dan keegoan ketuanya. Lt Fauzi bertarung di antara misi ‘hutang darah di bayar darah’ dengan arahan ketuanya yang semata-mata inginkan nama. Lt Fauzi bertarung di antara nyawa anggotanya, beban dendam yang digalas dan nyawanya sendiri.

Lt Fauzi: “Tinggalkan anak, isteri dan orang tersayang di belakang tetapi bawa cinta mereka bersama”

Lt Fauzi:”Tiada misi yang terlalu sukar. Selagi langit di junjung, selagi itulah pertiwi di sanjung”

Lt Fauzi: “Doaaaa!

2 comments:

trooper_knife said...

sangat2 mengujakan untuk menonton drama bersiri ni Tuan. kalau ada tayangan perdana atau pratonton, jangan lupa jemput saya.

Unknown said...

aku pasti akan tonton. geng loreng tuuu. tabiklah tuan. betulla kata penulis remarkeble masterpiese tu.