Monday, July 15, 2019

BEYBLADE AKA GASING MODEN JEPUN

INFO ASAS BEYBLADE @ GASING JEPUN

Ramai juga yg tak tahu dan ramai juga yg tahu benda ni. Tapi saya pasti ramai yg tahu secara rinci berkaitan beyblade. Bagi memudahkan kita supaya bercakap dgn laras bahasa yg sama dgn anak2, sy ingin berkongsi bbrp perkara asas berkaitan Beyblade. Setakat ini ada dua jenis beyblade iaitu jenis metal (besi) dan jenis burst (plastik tapi ada tampalan kepingan kecil metal di atasnya. Ada beyblade utk pemain tangan kanan dan juga tangan kiri.

A. SEJARAH KEWUJUDAN.

Menurut Yasuta Sato (meninggal pada 1999) dlm buku biografi beliau, beliau mengubah suai permainan gasing tradisi Jepun iaitu ‘Beigoma’ atau ‘goma’ dengan memasukan satu senjata ninja iaitu ‘blade’ (kepingan besi tajam yg di baling oleh ninja)
ke dalam reka bentuk gasing ini. Bagi mengekalkan ciri asal blade iaitu boleh terbang, Yasuta menjadikan ia boleh tertanggal seperti terbang. Dengan asal du perkataan ini iaitu ‘Beigoma’ dan ‘Blade’, maka nama gasing inovasi baru ini diberi nama BEIBLADE. Tapi saya tak menemui apa2 sebab mengapa ejaan nama gasing ini boleh berubah pada hutuf ‘I’ ditukar dengan huruf ‘y’, menjadi BEYBLADE. Permainan ini sangat popular di Jepun dan diminati oleh setiap lapisan umur. Maka muncul majalah dan drama bersiri Jepun berjudul Beyblade. Beyblade telah lama popular di U.K, U.S dan Australia (2002) sehingga di haramkan di sekolah. Selepas itu syarikat permainan kanak2 U.S mencipta permainan seperti ini yg diberi nama ‘Battling Tops’ dgn menggunakan tali tetapi tidak popular.

B. BAHAGIAN2 BEYBLADE

Beyblade mempunyai 7 bahagian iaitu:

1.  Top Layer/Attack Ring
/Blade: Yang merupakan ‘blade’ yg boleh tertanggal semasa bertarung. Ia mempunyai gigi seperti gaji.



2. Flame/Home/Tapak Asas: Yg merupakan gelung asas di mana gelung pemberat, top layer dan orb di lekatkan. Ia biasanya mempunyai metal ring di atas bagi top layer berpaut dan hard plastic ring di bawah bagi gelung pemberat dan orb berpaut. Kedua2 bahagian ini ada yg digam dan ada yang di skrew.

3. Weight Disc/Gelung Pemberat: Bahannya daripada metal atau timah atau tembaga sepenuhnya. Ia mempunyai dua tiang disebelah atas dan dua alur di bahagian bawah. Fungsinya  supaya beybalde tidak
terlalu ringan dan mudah berpusing.

4. Driver/Performance/Wheel (Atom/ Orb/Chrommil Wheel/Crystal Wheel/Stone Face) Ia adalah bahagian paling bawah beyblade. Berfungsi sebagai paku atau spin stand. Ada berbagai design. Saya baru tengok dan try dua design shj iaitu Atom dan Orb. Dikatakan Crystal Wheel, stone face dan Zero-G-System sudah tercipta tapi saya belum jumpa dan belum cuba. Jadi tak boleh nak ulas.

5. Emitter/Pelancar. Berfungsi utk melancarkan atau memusingkan beyblade. Ada pelbagai design seperti Threat/string launcher, sword launcher, basic launcher, horizontal launcher etc.

6. Stadium: Ialah ruang atau medan utk beyblade berpusing. Stadium ini ada yg boleh bergerak dan ada yang statik. Ada pelbagai bentuk sama ada bulat, empat segi, tiga segi, dan pelbagai saiz. Ada juga yang mempunyai medan yg bertingkat dan ada perangkap beyblade.

7. Pemain: yg di kenali sebagai Bladers.

C. TEKNIK TERJAHAN atau SERANGAN/ LAUNCHING TECHNIQ.

Berdasarkan pemerhatian saya
dalam beberapa pertandingan dlm negara dan di Jepun, saya boleh rumiskan kepada beberapa teknik terjahan. Teknik terjahan Malaysian Bladers tidak seekstreme Japan Bladers. Dalam satu pertandingan beyblade di Jepun, sy lihat ada bladers yg menerjah sambil berlari dan melancarkan beyblade dari jarak yang agak jauh dalam keadaan berdiri dengan menggunaka
metal beyblade. Malaysian Bladers setakat duduk bersila dan berdiri statik. Tiga teknik yg saya rumuskan ialah:

1. Static Launching: Ia boleh dilancarkan dari atas tepi stadium (side launching) atau atas tengah stadium (top launching) pada jarak 3 ke 4 inci dari stadium. Tangan
yang memegang launcher tidak bergerak, yg bergerak hanya tangan yang menarik lidah atau tali
pelancar.

2. Hancurkan: Teknik ini di mana beyblade dilancarkan dari jarak yang agak jauh atau tinggi sama ada menegak atau melencong. Kedua2 tangan bergerak.

3. Roundabout: Teknik ini memerlukan skil dan latihan. Beyblade yg dilancarkan dgn teknik ini tidak terus pergi ke tengah gelanggang dan melanggar beyblade tetapi ia akan berpusing di sekitar stadium sehingga ia melanggar tebing atau wall
atau dinding stadium dan dilantun oleh wall dengan momentum yg laju dan melanggar beyblade lawan yg sedang asyik menarik di tengah stadium. Dengan rempuhan itu, outering beyblade lawan akan tercabut dan hilanh kuasa putaran.

D. CARA BERLAWAN.

Ada macam2 bentuk pertandingan tetapi yang popular ada tiga sahaja
iaitu (1) beyblade paling lama berpusing, (2) beyblade yg berjaya menendang beyblade lawan keluar dari stadium atuk masuk ke dalam perangkap dan (3) memecahkan outering beyblade sehingga ia hilang momentum pusingan dan berhenti lebih awal.

E. TANDA-TANDA BEYBLADE ORIGINAL.

1. Cop atau Tulisan TAKARA TOMY atau HASBRO di atas kanan kotak beyblade (lihat gambar).

2. Ada tulisan jenama sama
ada Tomy atau Hasbro berkomputer
di atas permukaan tepi Driver/Wheel.

3. Bahan plastik Driver/Wheel berkilat seperti crystal.

4. Ada kertas nota panduan
permainan dlm bahasa Jepun.

5. Beyblade di bungkus dlm plastik secara tercerai mengikut komparent plastik.

Monday, March 18, 2019

KITAB PENDAKI GUNUNG

KITAB PENDAKI GUNUNG


“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya”
(al-Naba:7)

Apakah Faedah Kitab Ini Kepada Anda?

Adakah anda baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki? Atau adakah anda sudah biasa beberapa kali mengikuti ekspedisi mendaki ataupun anda memang sudah seorang profesional hikers? Adakah anda sentiasa berkeinginan untuk menjalankan aktiviti hiking di denai dan gunung yang lebih mencabar atau pawau G7? Ataupun anda hanya sekadar ingin tahu sahaja berkenaan hobi mendaki? Kalau jawapan anda ialah ‘YA’, maka saya tulis kitab ini khusus untuk anda. Bacalah.

Dengan membaca Kitab Mendaki Gunung, anda akan menjadi lebih bersedia dengan pengetahuan ke arah menjadi hikers profesional.Ada juga yang memberi gelaran 'hikers otai', 'hikers turbo', dan 'hikers legend'.  Kitab ini menawarkan bonus maklumat di dalamnya berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pendakian yang ada dalam Kitab ini, tidak akan diperoleh di mana-mana. Penulis ialah bekas jurulatih dan ketua Platun Harimau yang mempunyai pengalaman di hutan lebih 30 tahun. Kelebihan-kelebihan yang akan ada peroleh setelah membaca kitabini ialah:

v Mempelajari ilmu asas pendakian.
v Mengetahui perkara-perkara penting dalam pendakian.
v Pakar pendakian memberi nasihat dan pedoman kepada anda berdasarkan pengalaman sebenar ke arah menjadi hikers yang hebat dan selamat.
v Cara-cara penggunaan ilmu asas keselamatan ketenteraan di hutan sebagai panduan.
v Mengenal pasti cabaran sebenar dalam pendakian.
v Bersedia menghadapi semua cabaran ketika di gunung.
v Anda mampu membantu rakan pendaki dengan ilmu asas perubatan yang didedahkan dalam Kitab ini.
v Anda berupaya menganjurkan satu ekspedisi yang lebih tersusun dan sistematik.

v Kitab ini adalah kitab wajib anda miliki dan baca sebelum mendaki. Ia umpama cahaya dalam kegelapan.

Monday, October 29, 2018

UMNO: PILIH PARTI ATAU PERIBADI?

ANTARA KEPENTINGAN PARTI DAN KEPENTINGAN PERIBADI?
DS ZAHID SEDANG MEMILIH.


Selepas di minta men’delete’ banyak artikel kritis saya di dalam blog berkaitan keadaan politik Negara; saya berhenti terus menulis hal-hal politik. Hakikatnya, apa yang saya tulis sejak tahun 2005, hari ini menjadi kenyataan. Apa yang saya kritik dan menelah, hari ini mula di buka satu-persatu tirainya. Saya sangat yakin apa yang saya tulis dan menelah adalah lebih 80% ialah kebenaran.

Mari kita mula membawang hal politik Negara pasca PRU 14. Isu yang ‘goreng pisang’ sekarang ialah isu DS Zahid Hamidi iaitu Presiden UMNO. Sebelum pemilihan Presiden UMNO, saya mengangankan Presiden UMNO ialah Datuk Mohamad Hassan (Ex MB N9) dan Naib Presiden ialah Khairy Jamaluddin. Malangnya DT MH tak bertanding untuk jawatan Presiden. Jika UMNO di pimpin oleh Dt MH dan dibantu oleh KJ, saya berpendapat, UMNO akan kembali ke atas landasannya sebagai sebuah parti harapan orang Melayu. Lebih malangnya apabila DS ZH yang di pilih menjadi Presiden Parti. Maka saya membuat keputusan bahawa UMNO sedang menuju ke liang lahad. Bak kata pepatah ‘keluar mulut buaya masuk mulut naga’. Tambahan pula pelantikan baru DS Nazri sebagai orang yang dikatakan bertanggungjawab membersihkan UMNO, bagi saya semua ini adalah kesilapan demi kesilapan UMNO kea rah cepat MATI. Pada pengamatan saya masih ramai lagi orang-orang yang berkaliber dalam UMNO, bersih dan patut di pilih tetapi di pinggirkan. Kenapa?

Inilah yang dikatakan ‘antara kepentingan parti atau kepentingan peribadi’. Mari kita lihat isu DS ZH sekarang. Presiden parti sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan melibatkan jutaan wang rakyat, persoalan kejujuran, dan segala macam yang akan dibicarakan oleh mahkamah. Melihat kepada jumlah kes dan jumlah wang yang dituduhkan, saya yakin kes ini tidak akan selesai dalam satu hari atau satu hari satu malam. Kes ini akan menjadi kes naik turun mahkamah yang tidak berkesudahan seperti cerita semut ‘keluar masuk lubang’. Nyatanya kes ini bukan mengheret DS ZH seorang sahaja, malah keluarganya dan amat malang sekali turut mengheret UMNO sekali. Berpandukan sikap dan perangai DS ZH masa dalam pertahanan dulu, adalah sangat sukar untuk DS ZH hamid berundur atau ambil cuti. Sebagaimana yang dikatakan sesetengah ahli parti ‘dia ni keras kepala atau ‘stubborn’’. Saya percaya, lagi lama DS ZH tidak melepaskan jawatannya, UMNO akan terus terhunjam dan terhakis keyakinan orang Melayu. Ini kerana kes jenayah yang dikenakan terhadap DS ZH turut sama mengikat imej UMNO bersamanya. Dan saya sangat yakin di hujungnya setelah imej UMNO rosak teruk, barulah DS ZH akan berundur, itu pun setelah mendapat tekanan daripada parti. Tapi Sudah terlewat.

UMNO hari ini memiliki terlalu ramai pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah, pecah amanah, dan salah guna kuasa. Inilah KRISIS sebenar UMNO yang turut menjatuhkan nama baik parti dan menjejaskan keyakinan orang melayu khususnya anak-anak muda.

Pada pandangan saya, sekiranya ‘mereka’ yang terlibat sayangkan parti, ‘mereka’ perlu BERKORBAN kepentingan peribadi. Implikasinya UMNO akan kembali ke landasan menjadi UMNO yang asli. Pada pandangan saya juga sudah tiba masanya UMNO memiliki ‘rangkaian baru’ pemimpin parti secepat mungkin. Itupun jika UMNO ingin berubah dan terus mapan. Pemimpin ‘rangkaian lama’ boleh kembali ke parti setelah kes demi kes mereka selesai dan terbukti tidak bersalah. Masalah dengan pemimpin ‘rangkaian lama’ UMNO, walaupun mahkamah telah berjaya membuktikan mereka bersalah dan dihukum, mereka tetap mengatakan mereka benar dan orang lain yang salah.

Pada hari ini juga, UMNO berhadapan dengan krisis ‘KESEDIAAN MEMIMPIN’. Ramai sangat orang-orang tertentu dalam UMNO yang ingin menjadi pemimpin dan rela untuk memimpin atas sebab-seba yang ia sendiri tahu. Antaranya mungkin dia adalah orang yang bersih dan pemimpin sedia ada tidak bersih atau gagal memimpin. Maka wujudlah ‘puak puak tertentu’ dalam UMNO hari ini. Lebih teruk lagi apabila DS ZH tidak menang majoriti semasa pemilihan Presiden UMNO baru-baru ini. Mudah cakap, UMNO hari ini mempunyai dua puak yang kuat iaitu puak DS ZH dan puak KJ. Sebagaimana kita tahu, wujud ketidakserasian atau perbalahan atau krisis antara DS ZH dan KJ. Nyatanya KJ juga adalah orang yang berpengaruh, bijak dan mempunyai otak, dan mempunyai pengikut setia yang ramai. Jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera, ia adalah Sangat malang kepada orang Melayu. Pada pandangan saya, pemimpin penting UMNO hari ini dan pada ketika ini, tidak lagi boleh memikirkan bahawa beliau seorang sahaja yang boleh memegang tali gegang kuda atau dia sahaja yang boleh membaca arah angin dan menentukan bering pelayaran bahtera UMNO. Pemimpin UMNO hari ini perlu bekerjasama dengan jujur dan membelakangkan kepentingan peribadi demi UMNO, demi orang Melayu dan demi Negara. Ini kerana kelansungan hidup UMNO pada masa depan sangat bergantung kepada keupayaan pemimpinnya bagi mengharung cabaran masa depan parti, bukan mengharung cabaran peribadi dengan pelbagai kes mahkamah. Dalam keadaan politik Negara sekarang, rakyat meletakkan perkara ‘MORAL’ atau ‘BERSIH’ atau ‘KEJUJURAN’ paling teratas. Ini patut menjadi satu tanda aras berpolitik pada masa depan.

UMNO hari ini mesti menunjukkan pada orang-orang Melayu bahawa mereka sanggup menghantar kenderaan UMNO ke woksyop bagi dibersih cuci enjinnya. UMNO hari ini mesti berhadapan dengan hakikat bahawa ada antara pemimpin yang juga rakan-rakan mereka perlu dinyahkan atau diundurkan dari parti. Jika UMNO mengambil tindakan penyucian katarsis ini, maka saya yakin UMNO masih mempunyai ruang dan peluang untuk bangkit kembali. Sebaliknya jika UMNO memilih untuk terus dibelenggu yakni membuka diri untuk di serang dengan isu-isu moral dan kejujuran pemimpin yang akan menjejaskan dengan teruk imej UMNO, keupayaan UMNO dan keyakinan orang Melayu sebagai penyokong kuat; maka di hujung lorong ialah UMNO TIDAK LAGI RELEVAN.

Akhir kalam, jika anda sayangkan UMNO sebagai sebuah parti orang Melayu, ANDA HARUS MEMBENARKAN UMNO BERUBAH. Parti lebih penting dari kepentingan peribadi. Kesetiaan membabi buta wajar dikuburkan kerana ia menjadi kuman dalam kesakitan barah.

PENA CELORENG

30 OKT 2018

Thursday, May 10, 2018

TUN MAHATHIR MALAYSIA 7TH PRIME MINISTER

TUN MAHATHIR – PM KE 7 MALAYSIA

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH, SYABAS SYABAS SYABAS

Tabik Tun,

Gambar ini dirakam pada tahun 2010

Bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya usaha menjatuhkan kerajaan yang korup Berjaya juga. Saya sangat gembira dan terharu dan bersyukur kepada Allah SWT. Hakikatnya, adalah agak mustahil untuk menjatuhkan kerajaan cash is king atau penuh dengan korup tetapi menjadikan reality. Saya memanjatkan doa semoga Allah SWT menitipkan sedikit lagi usia buat Tun M supaya beliau berkesempatan untuk memperbaiki kerosakkan yang maha amat pada Negara dan juga menentukan kepala-kepala korup di hukum berdasarkan undang-undang.

Dalam perjalanan menjatuhkan kerajaan korup cash is king, kita melihat dengan jelas beberapa ketua jabatan kerajaan yang sepatutnya berkecuali tetapi turut korup dalam melaksanakan tugas mereka hingga menjengkelkan dan memualkan perasaan kita. Oleh kerana kerajaan korup terlalu kuat, maka ketua-ketua jabatan ini dengan berani secara terang mengkorupkan perkhidmatan mereka. Saya mahu kerajaan baru mengambil tindakan segera kepada ketua-ketua jabatan ini dengan segera kerana kelompok ini akan menjadi duri dalam daging.

Kepada kerajaan baru dan Tun, jangan sesekali lepaskan kerajaan korup. Pastikan pesalah-pesalah 1MDB, dan 2.6B, dihukum.

Sejak dulu saya memang mengagumi Tun M. Dia lebih banyak buat yang baik dari yang tak baik. Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan atau kelemahan. Begitu juga Tun tetapi Tun buat banyak yang baik kepada Negara.

Pada tahun 2015, saya ada menulis sebuah sajak khas untuk Tun M sempena perletakan jawatan beliau. Saya kongsi bersama.

PEDANGNYA MASIH DI SISI, SILANYA MASIH JAGA
(KHAS BUAT YAB TUN DR SRI MAHATHIR MOHAMAD)

KETIKA PEDANGNYA DITELANJANGKAN
GURUH BERLAGA DI DADA LANGIT
KILAT BERGESER DI KAKINYA
PERCIKAN CAHAYA MENYULUH DUNIA
KERANA DI MATA PEDANGNYA ADA RESTU RAKYAT
RESTU RAKYAT MEMBINA BERKAT

KETIKA PEDANGNYA DITELANJANGKAN
DARAH MASIH MENITIS DI HUJUNG KILATAN
PANAHAN MATAHARI TUNDUK HORMAT
TERPANCAR BINTANG DARI BIAS SINARNYA
TUJUH BINTANG BINTANG TUJUH
LEGAM WARNANYA KERANA DISIMBAH DARAH

SETELAH PUAS MENGILAS BADIK MELIBAS PEDANGNYA
PENDEKAR ITU DUDUK BERSILA JAGA
RAPAT PEJAM MATANYA TIDAK BEERTI IA LEKA
GERAK GERAK HUJUNG MISAINYA TIDAK BERERTI IA GEMENTAR
KUMAT KAMITNYA MULUT TERSIMPUL MANTERA SERAPAH
GERAK DADANYA MENYUSUN ATMA
RAPATLAH KERANA PENDEKAR ITU
AKAN KEJAPKAN SEMUTARNYA
AKAN KUKUHKAN IKATAN SEBIDAINYA
AKAN BINGKAS LAGI MELIBAS LAGI

HARI INI, PEDANG HITAM ITU DISARUNGKAN
IKATAN SEMUTARNYA  DILONGGARKAN
KAIN SEBIDAINYA DI RIBA MENJAMAH KERINGAT
MERATAH DARAH DI MUKANYA
AIR DI GURI DI TEGUK
TETAPI BADIK MASIH TERSISIP DI PINGGANG RAPAT
PEDANG MASIH DI SISI
SILANYA MASIH JAGA


NUKILAN: LT KOL MOHD RADZI ABD HAMID
               MARKAS TENTERA DARAT

               2005



Terima kasih Tun.

Terima kasih Tun kerana masih sudi untuk membetulkan negara untuk kami dan generasi kami

Tuesday, February 23, 2016

HOW TO CHOOSE MR PERFECT OR MS PERFECT?

BAGAIMANA MEMILIH PASANGAN HIDUP YANG TEPAT?

Sahabat rapat saya nak kahwin. Dia tanya saya macam mana nak pilih pasangan yang tepat? Mula-mula saya gelak kuat sebab Pak We punya ler ramai macam BERSIH 4.0, tapi nak pilih satu pun pening. Tiga hari saya berfikir. Ada juga manusia macam ni. Hari keempat, dia ajak saya pergi ngeteh. Dia tanya soalan yang sama. Saya pun aper lagi, sambil menyuap nasi kandaq gulai kambing beku, saya pun goreng ler citer macam mana nak pilih Mr. Perfect ni.

Ni soalan mudah sebenarnya tapi sukar dijawab. Kalau kita perasan, sejak tahun lepas  ramai artis-artis tanah air naik pelamin seperti Anzalna, Siti Elizad, Salma M5, Azri AF9, Zul Huzaimy, Yana Shamsudin, Marsha, Adira, Nabila, Nad Zainal dan banyak lagi. Isu rebung muda dah tak galak lagi. Dan ramai juga yang runtuh pelamin. Sejak kebelakangan ini, pasangan yang dipilih oleh artis-artis kita banyak yang kontroversi atau artis itu sendiri yang ada banyak kontroversi. Bukti kegagalan perkahwinan artis tempatan dengan pasangan dari luar negara yang runtuh pelaminnya, banyak sekali. Tetapi bukti-bukti tersebut tidak diendahkan oleh artis-artis kita yang mula cenderung mengikuti budaya artis barat iaitu perkahwinan seperti urusan membeli ikan di pasar atau semudah mendaki Gunung Nuang. Hari ini beli ikan tenggiri, esok beli ikan kembung, dan lusa beli ikan tamban kering yang bersisik. Kahwin dan cerai bagi pasangan artis di barat seperti kita naik bas dan turun bas semasa pergi kerja. Mudah sangat sama ada menggunakan kad bulanan, atau beli tiket.

Hakikatnya rumah tangga yang bahagia akan menyebabkan hidup kita lebih tenang dan menjadikan kita bekerja di pejabat dengan lebih baik dan hidup dalam sifar tekanan. Manakala rumah tangga yang tidak bahagia akan memberi kesan negatif kepada seluruh kehidupan seharian termasuk mempertingkatkan peluang melakukan kesilapan dalam kerja dan menghasilkan mutu kerja atau produk yang tidak memuaskan pelanggan atau majikan. Oleh yang demikian, kalau anda masih single atau bujang trang tang tang, berhati-hatilah dalam proses dan pada saat memilih dan memutuskan pasangan anda. Sebenarnya, adalah lebih baik untuk terus kekal membujang atau single mingle daripada berkahwin dengan pasangan yang silap kaw kaw. Hari-hari berendam air terjun, sapa yang suruh? Malam kena pukul, siang kena lempang dan kat tepi jalan pun kena bedal. Yang banyaknya menjadi mangsa kesilapan memilih pasangan ialah wanita. Ini bukan bermakna semua lelaki kaki pukul atau tak sayang bini tetapi kerana jumlah wanita yang terlalu ramai, maka kes begini kelihatan wanita jer yang asyik kena. Lelaki pun banyak yang kena tapi sebab nak kontrol macho, tak nak ler citer. Nyatanya zaman wanita tidak ada peluang memilih telah berlalu. Zaman menjelang abad 2020 ini, wanita juga mempunyai hak memilih dan menolak. Masalahnya paling besar ialah bagaimana memilih pasangan yang tepat? Macam mana nak pilih? Banyak sangat ker pilihan yang anda ada sehingga pening nak pilih?

Pada pendapat saya faktor pemilihan yang teras dan utama ialah KEPERIBADIAN YANG BAIK. Keperibadian yang bagaimana?Anda senaraikan nilai-nilai keperibadian yang wajib ada pada pasangan anda. Tidak ada kompromi kepada calon-calon yang tidak ada nilai keperibadian wajib ini. Antara nilai keperibadian yang saya maksudkan ialah mungkin saling menghormati, bersyukur, bijaksana, memahami, boleh mengawal diri dan banyak lagi. Ini tidak bermakna anda mengesampingkan hal-hal lain seperti kacak, cantik, body aumm, abang sado gitu, CITB, CIMK, dan ada duit banyak (bukan syiling). Mengapa hal-hal macam ini saya letakkan dia sebagai faktor sebab sampingan sahaja? Ini kerana semua hal macam CITB, body aumm, cantik, abg sado dan HTMB, DBMAB boleh dijadikan sekejap sahaja atau zam zam ala kazam, semalam hidung kembang, esok tengok hidung dah macam abang Pakistan. Bangla tak mahu la. Kulit hitam mcm kuali, esok tengok dan qu puteh. Tetapi personaliti yang baik tidak boleh dibina dalam masa yang sekejap atau sekali lelap. Personaliti dibentuk sejak kecil yang mencerminkan acuan dan keturunan. Personaliti adalah acuan kukuh yang tidak boleh diubah dan yang akan menjadi antara tulang belakang kepada sebuah rumah tangga atau perkahwinan yang baik. Anda setuju?

Tetapi semua orang bergolok bergadai dalam melaksanakan majlis perkahwinan. Ada yang sudah beranak tiga pun, hutang bank bagi membayar kos perkahwinan masih belum langsai. Ada yang sehingga pelaminnya runtuh pun, hantaran perkahwinan yang dijanjikan riban riban belum habis bayar. Kira touch and go ler tu. Ada yang main kongsi separuh-separuh. Maka itu, hari ini kita dapat ramai kaum wanita yang berkahwin dengan jejaki pilihannya yang disangka putera yang telah bertahun disumpah menjadi katak, tetapi rupa-rupanya hulk hogan. Saat bajunya koyak dan badannya menjadi hijau daun pisang tua, baru kau tahu macam mana lebuh raya ke utara jem masa musim perayaan. Ataupun orang lelaki yang histeria sangat dapat kahwin cinderela yang tertinggal kasut croc akibat tersepit eskalator kat sogo, rupa-rupanya lebih teruk daripada emak bawang putih dan bawang merah.

Okay! Okay!, macam mana  nak tahu dan kenal pasti keperibadian pasangan itu tulen?  Bukan berlakon atau buat-buat. Saya kongsi rahsia mengenal pasti keperibadian tulen pasangan anda. Pertama, anda lihat pasangan anda ketika dia berhadapan dengan tekanan atau masalah. Semua orang ada masalah. Teliti bagaimana dia berurusan dengan orang lain ketika berhadapan dengan masalah. Dengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya. Kalau dah kerana pintu lift lambat buka pun, dia dah gaban semua orang, dia dah sumpah pihak pengurusan jadi duit banyak dan mulut asyik cakap 'park, park' atau ‘taman’, ‘taman’. Kalau selalu sangat perangai pasangan anda macam tu, janganlah buang masa atau anda cuba nak tunjuk teror untuk 'try dan error'. Nanti sedar-sedar tulang rusuk bukan bergesel lagi, bahkan bersilang. Baru nyesalkan!. Jangan kata abang tak payung tau.

Kalau orang Islam, panduan telah sedia ada. Baginda Rasulullah telah memberi garis panduan yang tepat. Haa aaa tu lerrr, bila abg cakap macam gini, ko kata abg nak jadi ustaz azhar idrus plak. nak tunjuk warok ler, nak jadi lebai ler. Abang payung jer ni supaya kau tak nyesal kemudian hari. Ni abg belum baca hadis lagi ni.

Maka itu, berkahwinlah lah dengan pasangan yang mempunyai personaliti yang baik yang anda sendiri lihat bahawa personaliti itu sentiasa konsisten, tidak berlakon, dan secara lahiriah dia memang begitu. Tetapi apa yang saya baru tulis ni, baru sebahagian  sahaja panduan.

Kedua, JADILAH INSAN YANG MEMPUNYAI PERSONALITI YANG BAIK. Pasangan yang baik dicipta untuk pasangan yang baik baik juga. Jika anda sememangnya mempunyai personaliti yang baik, anda jarang atau 99.9 % tidak akan menemui pasangan yang bermasalah keperibadian. Ada skandal ler, ada macam-macam ler, yang tak der cuma personaliti yang baik. Pokoknya, adakah anda ingin memiliki pasangan hidup yang tepat atau nenek saya cakap Mr or Ms Right? Jika mahu, anda sendiri harus menjadi Mr atau Ms Rght terlebih dahulu sebelum memilihnya.

Kita balik semula kepada senarai keperibadian yang dibuat pada awal perbincangan tadi. Sema semula. Adakah ciri-ciri keperibadian pasangan yang baik yang anda mahu itu dan anda senaraikan itu ada dalam diri anda? Maksud saya, anda pun mestilah bagus macam mana pasangan yang anda hajatkan tetapi tidaklah perfect sangat. Maksud saya, kalau anda ni haprak; mana adil anda nak pilih pasangan yang macam putera katak. Kalau anda ni kaki kelab malam dan tak jumpa pintu rumah, mana adil anda nak pilih pak lebai yang tak tinggal sejadah. Tiba-tiba jer ko nak jadi ustazah, mana boleh macam tu. Ustazah yang jadi menteri pun macam-macam orang kata dia silap. Nikan ko dalam sekelip mata nak jadi ustazah. Buang tabiat ker apa ko ni. kalau kau ni pemalas nak mampus, mana adil kau nak pilih calon yang rajin macam bawang putih. Kalau ko ni kaki tido, dalam istana pun tido, mana adil nak pilih putera katak. Kalau dapatpun nasib anda baik. Ini bukan bermakna saya menafikan hak anda untuk mendapatkan pasangan yang baik. MAKSUD saya, jika nada ingin calon pasangan yang berperibadi yang mulia, anda juga harus mula membentuk nilai-nilai peribadi yang mulia itu dalam diri anda. Dari kaki kelab malam, jadi kaki masjid. Dari kaki kedai mamak, jadi kaki dapur, dari tak jumpa pintu rumah, anda menjadi penunggu rumah. Belum terlambat, masih ada ruang dan masa kerana zaman sekarang kalau perempuan umur 36 tahun belum kahwin macam Fafau tu, biasak laaa. kalau lelaki nak cecah 40 tahun, baru nak kahwin dah jadi lumrah. Berubahlah jadi pasangan yang ingin dipilih oleh orang lain. Kan? Magik gitu?

Abang ni memang payung kau habis-habis. Personaliti, personaliti jgak. Jangan ler plak kau pun lupa dan merahkan gincu sikit, calit-calit qu pteh sikit, seksi sikit, ubah perangai, dapatkan karier yang lebih baik. Kalo ko jenis ninja, pilihlah calon dari kumpulan ninja sebab macam mana nak lihat ko cantik mantik ke tidak kalau nampak mata jer. Dalam facebook ada kata "behind every successfull man is a woman". jadi kalo nak lebih sucsess, carilah banyak woman kan.

Kata falsafah barat  'you got some, you lose some'.

He he he he


By: Pena Celoreng
22 Feb 16

Filipina