Friday, February 10, 2012

Perjuangan Seorang Sahabat

Al-Fatihah

6 Jan 2012, saya kehilangan seorang sahabat baik. Juga seorang rakan kuliah. Kami berkongsi ‘supervisor’ yang sama iaitu Prof. Dr Hassan (UUM). Dan saya pernah menumpang di rumah abang beliau lebih dua minggu semasa pembentangan kertas kerja di UUM, Sintok. 
[Habib, myself, Salehudin, Abg Zamri: (Jambatan gantung Tamparuli)]
7 Jan 2012, jam  8 malam, saya menerima sms dari pusat operasi 24 jam berkaitan berita kematian Lt Kol Habibullah. Sungguhpun mesej sms tersebut sangat jelas dan menggunakan format laporan berita benar tetapi saya masih tidak percaya. Sebelum sempat menalifon pusat operasi, sms dari rakan di Lubnan menyusul. Dan saya yakin akan berita pemergian marhum. Langsung saya membuat puluhan sms dan fb kepada semua rakan-rakan baik. Mereka jua seperti saya; tidak percaya dengan sms tersebut. Langsung menelefon bagi mendapat kepastian. Begitulah lumrah kita, tidak mahu kehilangan rakan yang baik.

Arwah, tidak ada rekod sakit jantung. Bahkan pemeriksaan pakar kesihatan sebelum berangkat  ke misi, beliau di sahkan sihat dan layak bertugas di PBB. ATM mengenakan syarat ketat kelulusan kesihatan bagi semua anggota yang akan ke misi PBB. Semasa di Lubnan, arwah dikatakan sakit perut kerana gastrik dan dibawa ke hospital dan koma kerana serangan angin. dan akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital yang kedua kerana serangan jantung. Justeru, kita beringat-ingatlah dengan serangan angin, gastrik dan macam-macam lagi.
[Habib, Myself, Rizal : Konvo UUM)]
Dalam usia 42 tahun, anak-anak masih kecil, beliau di panggil Tuhan. Begitulah peraturan ajal. Marhum Habib seorang yang mudah berurusan, tidak banyak soal atau songe, periang, serius dalam melakukan kerja, ‘sportsman’ (bola keranjang, ragbi, bolasepak dll). Semua rakan sekuliah menyenangi beliau. 
[Abg ?, Habib, Abg Zamri, Hubby Linda, Linda, Zawiyah, Myself (di jeti Kota Kinabalu)]
 Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah Lt Kol Habib dengan doa semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin

2 comments:

Nur Emyinda said...

Dedikasi buat seorang Pahlawan-Perwira Bangsa,
LT KOL HABIBULLAH BIN ISMAIL.

Perginya Habib tak diduga sama sekali,
Perginya Habib tak dipinta semua yang menyayangi,
Perginya Habib sudah pastinya ditangisi.
Hilangnya Habib pasti dirindui setiap yang mengenali,
Hilangnya Habib; bunga bangsa yang rebah ke bumi
Pulangnya Habib mengadap Tuan Pencipta empunya diri
Kembalinya Habib dijemput Ya Rabbi Illahi
Tersenyumlah roh dan jasad Habib yang dibawa pergi
Lantaran budi, jasa bakti mu Habib semerbak mewangi…
Sesungguhnya Habib – dikau sebutir Permata Jauhari
Habib kau pergi kerana Allah Yang Lebih Menyayangi…
Innalillahiwainnalilahhirojiun...
Kami meredhai…
Semoga roh jasad Allahyarham Habib
Tenang bersama, diam bersemadi
Di sisi golongan mujahidin dan solihin…
Aman damai di sana - Alam yang Hakiki…
Lt Kol Habibullah bin Ismail – nama ini pasti teguh terpetri
Dalam organisasi military dan setiap insan perwira yang pernah kau lewati…
KAUlah antara WIRA NEGARA YANG TIDAK PERNAH DIDENDANGKAN SEBELUM INI…
AL- FATIHAH…itulah yang pasti dan termampu - Doa untukmu kami semua iringi…

PENA CELORENG said...

Salam, lama sonyap