Tuesday, December 7, 2010

Platun Harimau di Ambang Perang


[Gambar atas kiri: Safura dan Zaidi Omar sedang bersiap]
[Gambar atas kanan: Yatt sebagai heroin Insp Baini]
[Gambar bawah: Lt Kol Radzi bersama Norman Hakim]

Kem Tapah, Tanah Perkuburan Kuala Woh, Kampung Changkat, Pekan Chenderiang dan Kem Erskin menjadi langkah pertama 15 episod drama Platun Harimau. Di barisi pelakon-pelakon hebat; antaranya Zaidi Omnar (sbg ayah Lt Fauzi), Norman Hakim (sbg CO), Safura Ya’cob (sbg ibu Lt Fauzi), Zamarul Hisham (sbg Mej Jamil), Zul Zuhaimi (sbg Lt Fauzi), Yus Waisar (sbg Sjn Mansur), Watie Elite (sbg isteri Prebet Aleng), Yatt (sbg Inspektor Baini), Kenjy (sbg Mej Loh – Peg Perisikan), Wendy Wong (sbg isteri Chong Woo), Maimun (sbg ibu Prebet Habib), Lan Siro (sbg Prebet Habib), Mej Amran Yadi (B) –(sbg ayah Prebet Habib).


[Gambar atas kiri: Pelakon sedang bergerak ke lokasi pertempuran]
[Gambar atas kanan: Lan Siro dan Asmira]
[Gambar bawah: Zul Zuhaimi sebagai Lt Fauzi sedang menerima taklimat dari Peg Perisikan]

Dengan pengarah hebat yang kaya dengan sejuta pengalaman, Nurhalim Ismail tampil lagi dengan penuh kreativiti dan sentiasa berada di ‘luar kotak’ bagi menentukan episod demi episod Platun Harimau mesti meronton jiwa anda. Nurhalim, seorang pengarah tersohor telah mengarah beribu drama, apatah lagi filem. Karya mutakhir beliau ialah “BAH TILUT’ dan ‘MISI’ yang terpaksa di ulang siar kerana mendapat ‘rating’ penonton yang tinggi. Nurhalim melihat dan mengarcakan Platun Harimau di layar perak penuh nafas baru. Setelah beberapa hari melihat usaha gigih semua krew yang terlibat; antaranya Raymond, Pak Dan, Asmira dll, saya tabik pada kalian semua kerana berusaha keras bagi menghasilkan satu drama sejarah perjuangan perajurit Askar Melayu ke arah menyedarkan anak bangsa.

(Pengarah Nurhalim, Yus Waisar, Lt Kol Radzi, Pak Dan, Arman dan Asmira]

Minggu ini, penggambaran diteruskan lagi di Kem Kuala Kubu Bharu, sebuah kem lama. Dengan pelakon yang berbeza. Yang paling menarik ialah drama ini di lakukan di lokasi-lokasi asal kejadian seperti mana yang di catat dalam Novel Perang Platun Harimau.

[Masyarakat di Pekan Chenderiang menyaksikan lakonan serang hendap di atas syiling Klinik Chong Wah]

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama penuh; 4 Rejimen Askar Melayu, 4 Skuadron Semboyan, Pusat Latihan Peperangan Khas Komando Sg Udang, Markas Tentera Darat, Muzium Tentera Darat, Institut Perisikan ATM dan terima kasih banyak kepada Panglima Tentera Darat yang ‘make things happen’.

[Penulis, Zamarul, Jurukamera, Razali dan Arman Yadi]


7 comments:

alien said...

bila akan disiarkan di TV?

PENA CELORENG said...

Pada 1 Mac 2011, RTM 1. Terima kasih

Azree Ariffin said...

Tak sabar nak nantikan siarannya. Tahniah, tuan Radzi!

trooper_knife said...

syabas dan tahniah! negara kita ni amat kekurangan drama2 mahupun rencana mengenai penglibatan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara kita. semoga usaha gigih Tuan dan pasukan Tuan akan berjaya nanti.

Kensi Ell Byle said...

we are waiting for this. congrats to u sir n ur team.=)

jimio said...

miss la tn episod pengenalan dok outing tadi aiseeyy

Unknown said...

Harap ada byk lagi drama² Tempur Angkatan Tentera Malaysia.