Sunday, January 3, 2010

TAHUKAH ANDA? CHIN PENG TELAH DUA KALI MENOLAK TAWARAN KERAJAAN

1. Tawaran Pertama: 9 September 1955, Kerajaan menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada anggota PKM dengan syarat PKM meletakkan senjata. Rundingan telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 di antara Kerajaan dengan PKM di Baling. Kerajaan meletakkan syarat iaitu PKM mesti menyerahkan senjata sebagai syarat pengampunan dan tidak boleh menubuhkan parti politik komunis. Chin Peng yang ketika itu Setiausaha Agung PKM menolak syarat tersebut dan seterusnya menolak tawaran pengampunan beramai-ramai.

2. Tawaran Kedua: 1 September hingga 31 Disember 1957, sekali lagi tawaran penyerahan diri kali kedua kepada PKM diisytiharkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tetapi juga ditolak.

3. Tawaran Ketiga: 2 Disember 1989, PKM menerima tawaran peletakan senjata oleh Kerajaan. PKM bersetuju meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta menamatkan keganasan mereka di Tanah Melayu. Antara syarat kembali ke tanahair ialah memajukan permohonan (ada tarikh tutup) dan hadir temuduga. Malangnya Chin Peng berkeras tidak mahu memohon dan hanya memohon pada saat akhir setelah mendapati semua rakan PKMnya memohon. Permohonan Chin Peng diterima sehari sebelum tarikh tawaran berakhir. Rakan-rakan Chin Peng telah hadir dalam sesi temuduga dan Chin Peng tidak hadir. Ini bermakna, beliau tidak insaf, menolak tawaran kerajaan. Menurut maklumat tertentu, semasa saat memajukan permohonan kembali ke Malaysia, berlaku pergeseran di kalangan mereka yang mana Chin Peng memarahi anggota Komunis yang memajukan permohonan. Dan permohonan Chin Peng untuk kembali yang dimajukan sehari sebelum tamat tarikh tawaran tidak dibuat oleh Chin Peng sendiri tetapi oleh rakan-rakan beliau.

Ulasan:

1. Persoalan 1: Kenapa Chin Peng menerima tawaran 1989? Kerana beliau sudah tua, asma atau lelah dan tidak boleh lagi hidup dihutan. Manakala rakan-rakan beliau satu persatu telah mati dan yang adapun seusia dengan beliau dan tidak berdaya lagi. Lagipun tidak ada pengikut baru PKM, bermakna jika kerajaan kita bersabar lagi sepuluh tahun dan tidak menawarkan tawaran serah diri, bermkana pada tahun 1999, 80% anggota PKM akan mati tua dan akhirnya organisasi PKM juga lenyap begitu sahaja.

2. Persoalan 2: Penyerahan senjata?. Benarkah PKM telah menyerah senjata yang dimiliki mereka. Kebanyakan senjata yang diserah adalah senjata yang tidak boleh digunakan dan ada sesetengahnya ialah senjata yang digunakan semasa zaman jepun. Di manakah senjata yang digunakan semasa dalam pertempuran dengan pasukan tentera kita. Saya pernah melihat anggota PKM membawa M16. Tak ada pun di serah.

3. Persoalan 3: Chin Peng Tidak Menyesal. Menyoroti buku Memoir Chin Peng, ia sangat memualkan dan rasa jengkel sangat dalam. Chin Peng langsung tidak menunjukkan rasa kesal dan insaf. Bahkan ia berbangga dengan kejayaannya membunuh anggota pasukan keselamatan, membakar rumah dan harta orang-orang kampung, memusnahkan prasarana spt jln kereta api dan kejayaan jerangkap samar mereka memutuskan kaki anggota tentera.

8 comments:

Anonymous said...

Ajak Chin Peng masuk Islam lebih baik dari terus-menerus mengutuknya.

PENA CELORENG said...

bagus juga idea tu tapi kalau dia mendapat 'hidayah' lebih baik dari kita ajak. Dalam Islam, halal tetap halal dan haram tetap haram. Kalau bersalah sesama manusia hanya manusia yang dizalimi itu sahaja yang boleh memaafkan dia tanpa mengira apapun agamanya.

Anonymous said...

Kesalahan yang dilakukan terhapus apabila sudah masuk Islam

PENA CELORENG said...

Apa yang u cakap tu betul sebab bila seseorang bukan islam masuk islam, dia di kira tidak berdosa. Tetapi u kena belajar lebih mendalam lagi soal bab dosa ini, apakah dosa yang boleh dimaafkan dan apakah dosa yang tidak boleh dimaafkan.Dari pengamatan saya, pengetahuan u tentang Islam sederhana sahaja, jadi lebih baik tak payah berhujah. Lebih berfaedah kalau u buat dalam bentuk soalan, bukannya hujah. Sebab berhujah dengan orang yang tak tahu tapi dia nak cakap juga, akan membawa kepada kesilapan demi kesilapan.

JiwaKosong said...

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk

trooper_knife said...

terima kasih diatas maklumat terbaru ni. terus terang, baru kini saya tahu kisah cerita disebalik isu kerakyatan n pengampunan CP. maklumat sebegini seharusnya diketahui oleh seluruh rakyat malaysia. janganlah kita terus membuta tuli menyokong apa2 isu tanpa usul selidik terlebih dahulu. terima kasih.

** baru habis baca novel pertama saudara "PLATUN HARIMAU". pujian diatas usaha saudara.

http://panggilanpertiwi.forumotion.net/forum.htm

ahmad izaham chik said...

salam tuan. terima ksih atas info yang tuan berikan tentang CP. sebenarnya saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas ilmu yang tuan curahkan kepad saya dalam kursus protokol di pulau pangkor pada tahun 2008 yang lalu. jasa tuan akan saya kenang sampai mati. terima ksih dan tabik tuan.

Nur Emyinda said...

TQVM for a very excellent info posted in this blog. this really add up to my knowledge of the country's history. True enough, PKM possessed mean and inhuman acts, uncivilised and immoralised group of PKM to have actually killed and tortured innocent people and children and most of all, our warriors....leaving children and families in misery. PKM - a disgrace lot indeed! Care less to grant them the forgiveness. I dare to differ...I WONT 4GIVE HIM and THEM!Its not a matter of changing beliefs and religion, sin or non sin, what matters is the sincerity deep down the heart and soul within! May Allah The Almighty and the Merciful blessed our warriors...they are our unsung heroes. Proud of you all in the ATM.