Friday, July 4, 2014

GEMA CINTA WATAN MERDEKA

GEMA CINTA WATAN MERDEKA
(SAJAK: MERDEKA 2014)
(KARYA: KOLONEL MOHD RADZI BIN ABDUL HAMID)

MALAYSIAKU
MERDEKA BUKANNYA PERCIKAN BUNGA API
YANG BERSERAK DI DADA LANGIT
YANG SIRNANYA MENJADI GEGAK DEK SORAK
MERDEKA BUKANNYA SETAKAT PEKIKAN ‘MERDEKA’
YANG DILAUNGKAN KETIKAN JAM BERDETIK DI KEPALA
KEMUDIAN KITA BERDANSA BERPESTA PENUH ALPA

MALAYSIAKU
MERDEKA ADALAH BUMI BERTUAH
YANG DIANUGERAHKAN TUHAN KEPADA KITA
UNTUK DIBAJA DIJAGA SEBIJAKNYA
MERDEKA KITA TELAH DIDIRIKAN
DENGAN DARAH DAN NYAWA PARA PERWIRA
MERDEKA KITA TELAH DIBANGUNKAN
DENGAN AKAL BIJAKSANA PARA PEMIMPIN

MERDEKA INI ADALAH SEBUAH KEBEBASAN
YANG DIWARISKAN PENUH RAHSIA
RAHSIA DALAM SEJUTA RAHSIA YANG MINTA DIBONGKAR
MERDEKA ADALAH KITA DAN GENERASI YANG AKAN DATANG
YANG MENDUKUNG WAWASAN NEGARA
YANG HARUS MENJADI GLOKAL
UNTUK MENGISI KEMERDEKAAN YANG DIWARISKAN

MALAYSIAKU
KEMERDEKAAN HARI INI ADALAH CINTA KITA
YANG PERCAYA KEPADA TUHAN
MERDEKA ADALAH CINTA KITA
YANG SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
BERDIRI TEGAP BERSAMA BARISAN PEJUANG
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DARI ANASIR DURJANA
MERDEKA ADALAH CINTA KITA
YANG MENGIKAT KELUHURAN PERLEMBAGAAN DI DADANYA
YANG MENGHORMATI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
MERDEKA ADALAH CINTA KITA, BANGSA MALAYSIA YANG MENUNJANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
UNTUK MENJADI GEMILANG, CEMERLANG DAN TERBILANG

MALAYSIAKU
LAUNGKANLAH MERDEKA DENGAN PENUH RASA CINTA,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN
DAN MELANGKAH GAGAH KE MERCU JAYA

Monday, April 7, 2014

Gunung Tuk Wan @ Bkt 18: Kenapa Sesat?

Dalam catatan yang lepas, saya ada menjelaskan tentang kekeliruan denai menuju ke puncak Gunung Tuk Wan. Semalam 7 Apr 14, ada 10 pendaki yang sesat dan sebelum ini pun ada yang terbabas.

Pada pandangan saya terdapat tiga sebab yang boleh menyebabkan pendaki tersesat atau terbabas:

Pertama: Kekeliruan denai asal dengan denai sempadan. Penandaan sempadan negeri selangor dan n.9, telah membuka laluan atau denai yang baru. Denai sempadan ini sebahagaiannya selari dengan laluan pendaki. Malangnya, pendaki baru tidka akan tahu di manakah simpang menuju ke puncak Tuk Wan. Ini kerana denai sempadan menuju ke arah lain. Pada hemat saya juga, denai sempadan ini sedikit lari dari sempadan yang ditanda atas peta. Sungguhpun demikian ia memerlukan semakan dengan menggunakan beberapa peralatan membaca peta.

Kedua: Simpang Denai Ke puncak. Dalam perjalanan ke puncak, pendaki akan menemui satu simpang denai yang menuju ke puncak (simpang kiri) dan menuruni bukit (simpang kanan). Sebenanrnya, denai menuju ke puncak tuk wan adalah denai yang ke kanan iaitu menuruni bukit. laluan ke Tuk Wan memerlukan kita mendaki bukit yang berlainan atau kontor yang berlainan. Laluan kekiri sungguhpun mendaki tetapi menuju ke arah puncak yang lain.

Ketiga: Dalam perjalanan ke puncak, kita akan melalui satu laluan yang saya sebut sebagai 'lereng budha'. Lereng ini adalah satu perkampungan penghunix belantara yang kita tidak nampak. kadangx, ketika saat letih, penghuni kampung akan memunculkan diri dan anak mata kita akan dapat menancapnya. badan berbulu, tangan panjang, bergayut-gayut dari pokok ke pokok, seakan-akan cuba mengikuti kita. Mereka cuba memesongkan pendaki supaya tidak melalui di tengah kampung mereka. Di sini, selalu pendaki akan berpusing-pusing sehingga penat dan akhirnya akan menemui satu laluan yang menuju ke arah kampung orang asli yang berada di bawah lembah.

Nasihat saya, berhati-hati, dan dapatkan pemandu (utk pendaki baru).

Saturday, February 8, 2014

Broga Hill: Gunung Tuk Wan @ Bukit 18

Bagi penduduk tempatan, gunung ini dikenali sebagai Gunung Tuk Wan atau Bukit Ulu Beranang tetapi di atas peta topo tertulis Bukit Lapan Belas. Dimanakah lokasinya. Pendakian ke Bukit 18 boleh melalui dua kemasukkan iaitu melalui Bukit Broga atau Pekan Broga. Laluan melalui puncak Broga lebih mudah kerana sudah mempunyai denai.


Kekeliruan Denai dan Laluan Sempadan


Sejak tiga bulan yang lalu, agak ramai pendaki yang tersesat dan tidak menemui puncak Bukit 18 atau Gunung Tuk Wan kerana pihak Jabatan Hutan telah membina laluan sempadan N9/Selangor. Laluan sempadan ini hanya separuh jalan ke puncak Bkt 18. Justeru ramai yang keliru. Nasihat saya, ikutlah denai biasa. Jangan ikut laluan sempadan kerana laluannya lebih sukar dan licin ketika bumi basah.

Jika berdasarkan peta topo, sempadan ini masih jauh dari denai laluan.























Punca Air Ke Puncak

Terdapat satu punca air sebelum memulakan pendakian terkahir ke puncak Bkt 18. Justeru pendaki boleh mengisi semula botol air sebelum meneruskan pendakian. Air ini telah saya uji dengan kertas PH dan pil penguji, ia sgt selamat diminum. Sy menasihatkan para pendaki menjaga kebersihan di kawasan punca air ini.

Hanya 10 meter dari denai laluan.

Pendakian pada 9 Feb 2014. Bersama srikandi pendaki tegar dari Sentul, Semenyih.