Tuesday, December 4, 2012

Bukit Broga

Telah agak lama nama bukit ini diketahui oleh saya melalui tulisan seorang sahabat yang 'post' gambar beliau ketika memanjat bukit ini. Sejak itu niat mendaki bukit ini sering bertimpa datang pada setiap hujung minggu. Sebagai seorang yang mempunyai hobi mendaki, mesti nama2 bukit yang belum di daki mencabar hobi.

Akhirnya, saya berada di puncak Broga jua akhirnya. Bertolak dari KL agak lewat iaitu jam 9 pagi. Berhenti di gerai tepi jalan ketika dalam perjalanan untuk sarapan. Nasi lemak telur rebus. Saya sudah biasa mendaki seorang, jadi tak banyak buang masa menunggu rakan atau call sana, call sini. Padamulanya hasrat ingin mendaki pada waktu petang untuk melihat sunset dan bermalam di puncak untuk lihat sunrise tapi masa mencubit dan mengigit saya.

Bagaimana mahu ke Puncak Broga? Jika dari KL, terus menghala ke Universiti Nottingham Msia dan terus ke Pekan Broga. Sebelum sampai pekan broga, ada rabit farm sebelah kanan dan kelapa sawit disebelah kiri. Disitulah lokasi mulanya.





 [Rabbit Farm di sebelah kana jalan]

 [Papan Tanda Bukit Broga]

[Kontor Bukit Broga dan denai ke Bukit Ulu Beranang]

[Gambar menunjukkan keseluruhan permatang Bukit Broga (skyline). Kelihatan laluan di sebelah kiri (skyline) merupakan pendakian pertama dan dua rimbun pokok di sebelah kanan huung (skyline) adalah akhirnya puncak Broga]


Ketika sampai di jajaran kaki Broga, parking sudah penuh. Dan sudah ramai pendaki yang sedang turun.

[Pendaki yang mendaki sebelum subuh sedang menuruni Bukit Broga]

Dari lokasi parkir di tepi jalan, puncak Broga kelihatan berbalam menggamit hati dan menggaru-garu kaki saya.

[Puncak Broga dari tepi jalan raya]

(Saya dia atas batu di puncak Broga]

 [1st Trip (25 Nov 12): Akhirnya, Broga yang telah sekian bulan berdetik, di tawan]

[2nd Trip: 8 Dis 12: Same style but difference outfit]

 [Lihat bangunan berbumbung putih paling bawah sebelah kiri, jauh (itu adalah lokasi memulakan pendakian), dan pendaki akan mendaki 4 noll atau puncak bukit kecil sebelum sampai ke noll yang keempat pada ketinggian 400m]

 [Puncak Broga dari dalam kereta di tepi jalan]

 [pendakian yang pertama sebaik sahaja keluar dari kawasan kelapa sawit]

 [Track atau denai menanti anda]

 [Pohon renek yang tumbuh di atas batu paling tinggi di puncak Broga]

[Akhirnya duduk berehat bersama kumpulan pendaki, minum]

Peringatan Mendaki Broga:

1. Tidak perlu tenaga fizikal yang terlalu banyak. Sesuai untuk rekreasi bersama keluarga pada hujung minggu dan Broga menjanjikan anda berpeluh dan menyeronokkan dan tidak memenatkan.

2. Tidak perlu membawa air yang banyak, setiap orang satu botol kecil air mineral memadai (dengan syarat, jangan minum banyak - minum pendaki).

3. Tidak perlu membawa barang makanan yang banyak, memadai sebuku roti atau sekeping coklat.

4. Jika mendaki pada waktu malam, lampu kepala diperlukan. Jika mendaki lewat, topi dan sunglass diperlukan.

5. Ketika mendaki, anda akan berhadapan dengan dua simpang di sesetangah tempat. nak ke kiri atau ke kanan. Kalau ke kiri, laluannya agak mencabar, kalau ke kanan laluan kurang cabaran. Walaubagaimana pun hati-hati dgn laluan ke kanan kerana ada satu laluan yang berhampiran dengan cerun yang agak dalam (cerun terjadi kerana laluan dan hakisan air).

6. Pendakian hanya memerlukan 1 jam (santai) dan turun pun sama juga.

7. Itu sahaja pesanan saya. Oppp lagi satu, jangan membuang sampah. Bawa turun, apa yang anda bawa naik.

p/s Kalau ke Pekan Broga, 200 meter dari taman arnab, ramai penjual durian murah. sedap durian broga.

Sebenarnya puncak broga belum habis sebab dalam peta saya, puncak broga mempunyai tiga lapis pendakian yang terkahir ketinggian ialah 897m,

Review Platun Harimau II

[Seorang guru yang kuat menyokong penulisan saya, memajukan ulasan atau review beliau terhadap PH2. Saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Ikhlas cakap, kritikan beliau sangat bagus dan membina saya dan juga anda, pembaca]

Assalammualaikum tuan Mohd Radzi,

Usai membaca PH2, ingin saya ucapkan syabas dan tahniah. Kali ini PH2 lebih garang dan lebih menonjolkan unsur-unsur ketenteraannya berbanding PH1. Dari aspek penulisan, walaupun terdapat unsur berlebihan-lebihan dalam penceritaan dalam beberapa bahagian namun yang lainnya huraiannya mudah difahami dan pembaca mendapat pendedahan dalam aspek bahasa ketenteraan, pemikiran dan perancangan yang penuh ketelitian dan perancangan yang strategik. 

Ternyata gambaran persekitaran terutama dalam huraian persekitaran alam semula jadi menunjukkan penulis arif dan minat dengan alam tumbuh-tumbuhan. Hasil penulisan yang teliti berdasarkan kajian dan penyelidikan yang memakan masa yang lama kerana penulis menghasilkan novel yang berdasarkan fakta sejarah yang sebenar.

Bab 12-16, penulis menggunakan unsur reverse psychology seperti ”....kepada pembaca yang tidak bersedia menerima dan pembaca di bawah 15 tahun , dinasihatkan supaya tidak membaca Bab 12, 13 dan 14. Sila langkah Bab 15....:) sangat baik. Pembaca akan terdorong untuk mengetahui selanjutnya :)

Bab 23-30, peristiwa yang tragik dan menyayat hati. Perasaan pembaca bercampur baur dengan rasa marah, geram, sedih, sebak, sayu, semangat dan puas hati. Hal dalam bab-bab ini amat penting diceritakan kerana kita mahu orang awam tahu bahawa Komunis itu pengganas dan kejam, mereka bukan penuntut kemerdekaan dan mereka bukan penyelamat negara. Perajurit negara yang terkorban wajar dihormati dan disanjungi perjuangan mereka. ”Pantang Melayu Menyerah”

Bab 34-37, penulis mengetengahkan pendekar-pendekar Melayu yang hebat dalam ilmu persilatan dan ilmu dalaman. Memang sama seperti yang pembaca dengar daripada mulut orang-orang tua dulu-dulu tentang warak dan alim pendekar Melayu dan diimbangi dengan ilmu persilatan yang sangat dalam. Mereka memang hebat, Dan Koperal Shahril......tabik dan hormat untuk beliau. Memang seperti apa yang diungkapkan dalam novel PH2 ini...”Usah kita tanya apa yang negara akan buat untuk kita tetapi apa yang kita boleh buat untuk negara” Sungguh!

Watak wanita yang ditonjolkan, penulis menggambarkan mereka juga bukan calang-calang orang malah mempunyai personaliti dan kredibiliti yang mengkagumkan....cantik fizikal dan mental mereka :)

Kewibawaan, kebijaksanaan, kehandalan dan karisma watak Kapten Fauzi lebih ditonjolkan dalam PH2. Pengetahuan beliau dalam ilmu agama, ketahanan fizikal yang tinggi, personaliti menarik perhatian wanita, ketua yang hebat dan bijak, lelaki yang gentleman dan cara pemikirannya yang sentiasa memikir ke hadapan dan penuh perancangan dan strategik membuatkan beliau menjadi idola yang sempurna dalam pelbagai aspek.

Wujud rasa tidak puas hati kerana Chong Woo terlepas setelah begitu lama penantian, pemantauan dan usaha yang dibuat dengan penuh sabar untuk menangkapnya bersama ketua-ketua pengganas komunis yang lain. Keep your friend close but keep your enemy closer!
Keseluruhannya, PH1 dan PH2 sangat sesuai menjadi sumber bacaan untuk semua peringkat umur dan wajib wujud dalam setiap perpustakaan dan pusat sumber di sekolah-sekolah khususnya. 

Kita amalkan bersedekah doa dan al Fatihah kepada umat Islam di Palestine, Syria, Rohingya dan jangan lupa sedekahkan doa kepada bekas pejuang negara sama ada yang masih hidup, terkorban atau yang cedera.@Kepompongrama-rama :)