Tuesday, January 17, 2012

PERCUTIAN 2011: LONDON-SWITZLAND-PARIS


Salam semua. Penaka terlalu sibuk, blog saya tidak berisi. Sibuk yang datang berundu-randa hingga kelihatan berculang-caling. Hasrat dan niat bagi menulis kisah percutian yang agak panjang belum juga kesampaian. Idea datang bertimpa-timpa dan bercangkaliwang dalam kotak fikir. Rontaan keinginan menulis dan berkongsi pengalaman dengan blogiends bertarung dengan kesibukan yang tak upaya ditepis. Ia seakan-akan mengeluarkan bunyi seperti gendang yang akhirnya bersipongang dalam deria kiri dan kanan kepala. Justeru, bagi tidak menghampakan permintaan rakan-rakan yang berhasrat pergi bercuti dalam sirkit yang sama, saya sertakan ‘map plan’ bagi percutian kami (5 orang). Kos yang dipaparkan di dalam kotak adalah kos keretapi dan hotel di sepanjang percutian bagi lima orang. Bermakna lebih kurang RM1,000.00 lebih bagi setiap orang. Ianya termasuk tiket penerbangan MAS dari KLIA ke Heatrhow dan dari Charles de Gore ke KLIA. Asasnya kos penerbangan pergi dan balik lebih kurang RM 6,000.00 (pergi balik). Bermakna percutian di London (4 hari ), Switzland (5 hari ), dan Paris (6 hari); hanya memakan kos RM 7 ke 8 ribu sahaja. Plus minus, senang kira RM 10 ribu la macam tu.

Sebagai ‘perancang cuti’ yang dilantik, ‘map plan’ ini adalah yang terbaik yang mana prinsip percutian ialah ‘Bercuti ala Millionare, berbelanja ala kadar’. Makan; syarat yang ditetapkan ialah ‘good meal’ sekurang-kurangnya sekali dalam sehari sama ada  ‘lunch’ atau ‘dinner’.  Hotel ada menyediakan ‘a blody damn good breakfast’. Have a good breakfast, tapau apa yang patut termasuk air minuman (juice), kemudian terbanglah. Kami keluar awal pagi dan balik ke hotel lewat malam. Memang cuti betullll. Pergi sebanyak tempat yang boleh.




bye
p/s nanti bila saya percuma, saya akan tulis pengalaman bercuti sebagai panduan rakan-rakan.