IKRAR RAKYAT
SERUMPUN MERDEKA
Aku, kau, kamu dan
kita sekalian,
bernafas dalam
ruang yang sama
berpijak di atas
tanah yang sama
berteduh di bawah
langit yang sama
satu tanah, satu
bumbung, satu bicara
berbahasa satu,
bahasa Melayu
berbangsa satu,
bangsa Malaysia
bernegara satu,
negara Malaysia
satu bahasa, satu
bangsa, satu negara
Teras kita adalah
toleransi
landasan kita
adalah demokrasi
perpaduan adalah
ramuan paling wangi
buat aku, kau, kamu
dan kita sekalian
yang menjunjung
satu bahasa,
yang mengendong satu
bangsa,
yang menerajui satu
negara
Maka kita wajib
menapak kukuh diatasnya
maka kita wajib mengorbankan jiwa dan raga
maka kita wajib mengorbankan jiwa dan raga
maka kita wajib
bekerja sama
maka kita wajib
memelihara kedaulatan
maka kita wajib memelihara
keamanan
maka kita wajib
berbahasa satu tanpa berlawan kata
maka kita wajib
berbangsa satu tanpa sengketa
maka kita wajib
bernegara satu tanpa perpecahan
dengan sukarela
dengan tulus jiwa
dengan penuh jiwa raga
Berbanggalah kita
pada tanah ibunda
yang sedia menadah dan menerima
yang sedia menadah dan menerima
bersyukurlah kita
pada tanah ibunda
yang tidak pernah
meronta dan meminta
bertawakalah kita
atas segala usaha
kerana tuhan di
jiwa dan hati kita
Ketahuilah, bahawa bahasa,
bangsa dan negara
adalah warisan dari
perjuangan dahulu
yang basah dek keringat, air mata dan darah
yang basah dek keringat, air mata dan darah
yang terpeta seribu
perjuangan sejuta langkah
bagi menuntut
kemerdekaan
satu bahasa, satu
bangsa, satu negara
sebangsa,
sesaudara, senegaralah kita
Radzi
MINDEF
6 Okt 2011
No comments:
Post a Comment