Sunday, November 11, 2012

ADAKAH ORANG ISLAM BOLEH SAMBUT DEEPAVALI?


Persoalan ini datang ke fikiran saya pada tahun 1998 iaitu ketika saya ditumpangkan ke Madras Universiti (Cawangan Ooty atau Udhamanggalam). Selama dua tahun di India. Tahun pertama, saya berhadapan dengan sambutan yang disebut ‘Diwali’. Hari tersebut adalah hari cuti umum di India. Maka saya berehat di rumah (maksudnya tidur dan bangun lambat). Loceng rumah bordering-dering setiap hamper satu jam. Saya tetap berbaring dan tidak membuka pintu sebab tahu lebih awal, apa yang akan berlaku sekiranya pintu di buka. Saya bernasib baik dimaklumkan lebih awal oleh ‘tukang masak’ – Amla.
Apakah sebenarnya sambutan Hari Deepavali? Perkataan ‘dipa’ @ ‘depa’ bermaksud cahaya. Manakala perkataan ‘ghavali’ @ ‘ghavli’ @ ‘gavali’ bermaksud berderet-deret, @ banyak @ sebaris panjang. Bermakna ‘cahaya yang banyak atau sebarisan cahaya. Mengapa orang hindu menyambut Deepavali? Terdapat pelbagai sebab yang disandarkan kepada cerita mitos dewa hindu. Walau bagaimana pun, sebab yang popular di Malaysia ialah kisah lagenda Raja Nara yang memerintah dengan kejam telah dibunuh oleh salah seoarang Tuhan Hindu iaitu Maha Krishnan. Dikatakan sebelum mati Raja Nara semua pengganut agama hindu supaya meraikan hari matinya sebagai hari tewasnya kejahahtan. Maka pengganut hindu menyalakan lampu dalam bentuk barisan sebagai meraikan kemenangan tersebut.
Antara sebab-sebab lain ialah (1) kembalinya Rama ke Ayodhya setelah hidup dalam buangan selama 14 tahun, (2) Meraikan kematian seekor syaitan durjana iaitu Naragasuri yang dibunuh oleh isteri Maha Krisnan, (3) Meraikan hari Raja Shiva menerima kesaktian dihujung tamatnya pertapaan beliau, (4) Meraikan kemenangan Dewa Krishna menewaskan dewa Indra yang menyebabkan berlakukan kemusnaha alam seperrti banjir dll. Dan banyak lagi versi sebab perayaan Diwali ini.
Di Negara kita pula, pada awal pagi hari Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi iaitu Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Jika diteliti, bermakna sambutan deepavali adalah sambutan keagamaan Pengganut Hindu yang 100% berkait dengan tuhan dan dewa mereka.
Bolehkah kita orang Islam terlibat atau turut meraikan sambutan ini? Soalan ini sengaja saya utarakan apabila melihat gambar-gambar di dalam akhbar yang menunjukkan terdapat anak-anak kita yang beragama Islam bersama-sama kawan-kawan mereka membina ‘kolam’ (corak warna-warni yang dibina dengan bijirin di hadapan atau di dalam rumah atau bangunan sebagai satu sambutan deepavali)
Penjelasan:
Hakikatnya berdasarkan agama Islam, kepercayaan kepada Deepavali adalah syirik. Maka sambutannya adalah perayaan syirik yang boleh menyebabkan akidah kita terpesong. Ini jelas dengan firma Allah SWT dalam Surah Luqman 31:13 yang bermaksud “Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”. Maka itu, janganlah kita bersama-sama menyambut deepavali. Jika masih ragu-ragu, Allah mengangtakan kita melalui Surah al-Isra 17:36 yang bermaksud “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”
Maka itu, sama-samalah kita saling menginngat khususnya anak-anak kita yang bersekolah, bertadika yang diurus oleh orang beragama Hindu, jangan sekali-kali anak kita terlibat dalam membina kolam atau apa-apa yang berkait dengan smabjtan deepavali. Persoalannya pertama, bagaimana dengan pemahaman yang sedang bergelombang dalam Negara kita yang cuba menghalalkan perayaan yang sepatutnya tidak boleh kita beragama Islam menyambutnya.
Persoalan kedua, bagaimana pula kita yang mempunyai rakan-rakan dari pengganut hindu. Kita menerima undangan dan ucapan deepavali. Bagaimana? Kerana dalam masa yang sama agama kita juga menyuruh kita menghormati orang lain khsusunya rakan dan jiran.
Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”. Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.
FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti : Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka”. (As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba’ wa an.Nahy ‘an al-Ibtida’, hlm. 150.)
Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”. (Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`)
Saya berharap supaya sama-samalah kita menimba sesuatu dari catatan ini kearah menjaga diri dan keluarga kita supaya tidak dengan tidak sengaja melakukan penyukutuan terhadap Allah yang menyebabkan akidah kita terpesong atau murtad. Selebihnya Wallahualam.
p/s Jika anda memerlukan 'translator' bagi filem Hindi, anda boleh dapatkan khidmata saya. Thikee.

1 comment:

nur_emyinda said...

Salam Pena Celoreng,

Entri yang mengetuk minda dari terus dibuai lena dengan suasana masyarakat di negara yang dikatakan Islam yang sedia ada kini.

Sungguhpun agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain, namun, dalam situasi yang diketengah di dalam entri ini soal akidah perlulah dijadikan keutamaan. Benar sepertimana yang dinyatakan Tuan Pena Celoreng.

Malah Ibn Al Qayyim ada menyatakan, “Adapun memberi tahniah dengan syiar kekufuran adalah haram secara ijma’ seperti mengucapkan tahniah kepada sambuan perayaan mereka atau puasa mereka. Sekalipun jika diandaikan pengucapnya tidak kufur tetapi masih melakukan sesuatu yang haram seperti mana jua ia mengucapkan tahniah atas penyembahan salib bahkan lebih besar dosanya daripada ucapan tahniah kepada peminuman arak, pembunuhan, perzinaan dan seumpamanya”.

dan, sekadar buat renungan bersama:

Abu al-Qasim al-Thabari dalam kitabnya ada mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jama’ah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murka-Nya.” Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235).

Jelaslah, haram hukumnya bagi kaum Muslimin terlibat dalam perayaan hari raya kaum kuffar, baik Musyrik maupun Ahli Kitab, baik Krismas atau Deepavali dan sebagainya. Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam menghadapi masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan…


p/s ...mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kita rahmat kasihNya dan terus memberi kita hidayah mengukuhkan keimanan kita sebagai hamba khalifahNya. Sesungguhnya, kemurkaan dan azab Allah SWT itu amatlah pedih...