Thursday, June 30, 2011

TARIKH TAYANGAN DRAMA PLATUN HARIMAU

Tarikh Mula Tayang: 21 Julai 2011 (Khamis).

Tarikh Tamat Tayang: 20 Okt 2011

Masa Tayangan: 9 malam, setiap malam khamis.

Saluran: TV2 (Slot Selekta Prima On 2 sempena bulan kemerdekaan).


MAJLIS PELANCARAN

DRAMA PLATUN HARIMAU: HUTANG DARAH DI BAYAR DARAH


[Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Panglima Medan Tentera Darat di perkenalkan kepada barisan pelakun. Kelihatan Mandy Chong dan Prebet Aleng]

[Panglima Angkatan Tentera di perkenal kepada 'veteran' pejuang iaitu Mejar Arman Yadi (Bersara) yang turut berlakon dan memberi khidmat nasihat khususnya dalam taktik dan teknik pertempuran hutan. Kelihatan dalam gambar ialah Puan Maimon sebagai ibu kepada Prebet Aleng, Norman Hakim sebagai CO, dan Pengarah berpengalaman Nurhalim aka Ahmad Nispu daa]

[Panglima Angkatan Tentera dan barisan pelakon bersedia bagi acara pelancaran]

[Gong dipalu sebagai tanda pelancaran]

[Sebaik sahaja gong di palu, Platun Harimau terjun dari siling dewan dan menembak pengganas komunis di dalam Klinik (babak serang hendap di atas siling Klinik Chong Wah)]


Assalamualaikum para sahabat,

Pertamanya, berbanyak maaf kerana agak lama tidak menulis. Sebenarnya saya ada banyak masa sebab semester ‘break’ sehingga September. Masalahnya ialah serangan ‘virus malasungguh’.

Saya hanya ingin berkongsi satu perkara berkaitan Drama Platun Harimau yang ditunggu sekian lama. Selepas tarikh tayang pada 1 Mac tertunda, saya tidak lagi berani memaklumkan tarikh-tarikh tayangan sebab bimbang ia tidak berlaku, walaupun dimaklumkan beberapa lagi tarikh lagi selepas 1 Mac.

Pagi ini saya telah menerima surat dari RTM yang menyatakan bahawa Drama Platun harimau akan ditayang pada tarikh dan maklumat yang dinyatakan di atas.

(Yat sebagai heroin. Cantikkannn]

[Penulis novel, Heroin dan Pengarah Nurhalim]

[Mesti 'OK']

Sebab tarikh 21 Jul 2011 dipilih ialah bersempena pelancaran Kempen Kibaran jalur Gemilang Merdeka 2011.

[Majlis kudapan sebaik sahaja pelancaran selesai. Kelihatan dalam gambar CO 4 RAMD yang telah banyak membantu. Hampir 4 bulan barisan pelakun dan krew menginap di Kem Tapah. Terima kasih Tuan]

[Setelah berpenat lelah lebih 4 bulan, sekarang - makan time -]
[Sambil makan, sembang-sembang, para hadirin dihiburkan oleh artis-artis dari Badan Kesenian Tentera Darat. Pelakon Puan Maimon dan Zaidi Omar turut menyumbangkan dua buah lagu. Suara orang lama dicampur dengan lagu lama, memang peeeerrghhh]

3 comments:

kudabesi said...

tahniah tuan, semoga drama nih sukses..sekian lama menantikan drama kombat tempatan selepas Insurgensi..harap RTM serius kali nih dan ada promosi yg mantop

lepas nih menanti novel Platun Harimau 2 lak

Farah Raihana said...

congrats sir!

anak merdeka said...

Assalamualaikum... first of all saya nak ucapkan tahniah kepada Tn atas tayangan drama Platun Harimau ini. PH merupakan satu sumber yang boleh menyedarkan anak muda sekarang betapa mahalnya harga sebuah keamanan. Tanpa pengorbanan para pejuang terdahulu, kami tidak mungkin hidup seperti hari ini... Tahniah sekali lagi Tn...