Wednesday, April 27, 2011

GERAKAN MELAYU: DI MANA IA BERMULA?

Pada tahun 1946 semangat perjuangan Bangsa Melayu mula bangkit dan semarak di selatan tanah air iaitu Johor. Ianya mula berkembang di beberapa buah kampung dan kemudiannya menjadi satu gerakan beberapa daerah yang kuat. Di pertengahan tahun 1946 terdapat 8 buah persatuan perjuangan Melayu yang kuat di Johor iaitu (1) Persatuan Melayu Kluang, (2) Kesatuan Melayu Johor, (3) Persatuan Melayu Johor Bharu, (4) Lembaga, (5) Wakil Kumpulan Melayu Batu Pahat, (6) Persatuan Melayu Segamat, (7) Kumpulan Melayu Mersing dan (8) Persatuan Melayu Pontian.

Satu pertemuan antara wakil-wakil persatuan telah diadakan di Johor Bharu pada bulan Jan 1946. Wakil-wakil telah bersetuju untuk bergabung dan menubuhkan PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR. Dalam satu perbincangan yang diadakan, keputusan telah dicapai bagi melantik Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpin Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Terdapat 6 tujuan pergerakan ini ditubuhkan ialah (1) bagi menentang penubuhan Malayan Union, (2) menyatukan dan mengawal keselamatan orang-orang Melayu akibat pergaduhan kaum [yang pada mulanya berlaku di Batu Pahat dan kemudian merebak ke Kuala Pilah (N9), Lambar Kanan di Teluk Anson, Kuala Kangsar, Raub Pahang], (3) Menyatukan orang-orang Melayu dan berjuang serta mempertahankan hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu supaya ‘mereka akan kasih dan sayang kepada negara mereka, bekerjasama dengan kerajaan dan sesama mereka’., (4) menjadi satu pergerakan untuk menjadi badan bersuara dalam memperjuangkan hak-hak serta kehidupan orang melayu seluruhnya.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor telah menganjurkan perhimpunan Kongres Melayu Setanah Melayu (Se Malaya). Kongres ini dihadiri oleh para wakil dari 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Dalam perbincangan kongres ini, satu resolusi telah disepakati yang mana menubuhkan sebuah badan yang mewakili seluruh orang-orang Melayu. Badan ni diberi nama ‘PERTUBUHAN MELAYU BERSATU’ atau ‘United Malays National Organization (UMNO)’ semasa kongres bertemu pada kali ketiga pada 11 hingga 12 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bharu.

Bermula dari saat itu PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR termansuh dengan sendiri kerana telah berjuang atas nama persatuan yang baru iaitu UMNO. Berjuang bagi orang-orang Melayu. Apa yang diperjuangkan? Sila lihat tujuan asal penubuhan dengan nama ‘PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR’.
p/s Tabik pada orang-orang Johor. Aku ingin menyeru [melutut dan mengangkat tangan] ‘Wahai orang-orang Johor, Bangkitlah semula sebelum terlewat’.

5 comments:

Azree Ariffin said...

Sememangnya gerakan nasionalisme Melayu itu banyak bermula dari negeri Johor. Hidup orang Johor! Heheh.

PENA CELORENG said...

Weiii, Azree ko org johor ke?ohor kat ne? Rakyat Johor banyak sejarah dgn perjuangan Melayu termasuk ia bermula dari zaman penjajah, merdeka, komunis, dan mengisi kemerdekaan. tetapi sekarang semangat itu semakin kabur. Sy berpendapat ia harus bangkit semula kerana negeri-negeri lain mungkin seperti sebelum ini; iaitu ,menunggu orang2 Melayu di Johor bangkit dulu.

Di manakah suku sakat atau pewaris Panglima Selempang Merah, Kiai Warojo, cuit Parameswara, Kiai Hj Salleh dll?

Wafie G74506 said...

Bang, apa maksud bangkit sebelum terlewat... Atau sebelum semua tanah Johor habis dibolot singapura dengan status hak milik kekal....
Kesian JOHOR....
Anak Mersing

Azree Ariffin said...

Tuan Radzi, saya bukan orang Johor, tapi asal usul nenek moyang memang dari Johor - di Muar.

Walaupun dah jadi orang KL, tapi semangat Johor itu masih ada. Mungkin itulah yang dimaksudkan bila dikatakan semangat kebangkitan Melayu bermula dari Johor. :)

solareagle300 said...

berjuanglah bangsaku. mana boleh melayu hilang didunia