Saturday, October 3, 2009

ANUGERAH PINGAT EMAS KONVOKESYEN KE 22 UUM, SINTOK

3 Oktober 2009, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah yang didirikan di atas tapak sebuah kampung bernama Kampung Charuk Ketiak pada 15 Feb 1984 telah mengadakan Majlis Konvokesyen Ke 22 Sidang Kedua bagi tahun 2009. Tahun ini merupakan tahun pertama UUM mengadakan dua kali konvokesyen kerana berdasarkan buku konvokesyen, tahun-tahun sebelum ini hanya sekali sahaja. Konvokesyen Ke-22 Sidang Pertama telah diadakan pada 28 Mac 09 yang lalu dan Konvokesyen semalam pada 3 Okt 09 adalah konvokesyen utama. Beberapa hadiah pingat emas utama yang tidak dipertandingkan pada 28 Mac 09 telah dipertandingkan dalam konvokesyen kali ini. Berikut adalah keputusan penerima Anugerah Pingat Emas yang telah disampaikan oleh KDM Tuanku Canselor Sultan Kedah.

PINGAT EMAS YANG DI PERTANDINGKAN BAGI KATEGORI GRADUAN PERINGKAT SARJANA MUDA/IJAZAH PERTAMA

Pingat Emas Canselor
Nama: Najah Abdulgabar Ahmed Almugahed (Pelajar dari Yemen mengikut kursus yang pertama kali di adakan di UUM yang mana kursus ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Yaman)
Program: Sarjana Muda Tekonologi Malumat
CGPA: 4.00

Pingat Emas Jaya Cemerlang (juga dikenali dengan Anugerah DiRaja)

1. Nama: Raja Mahzan Shah Mazlin
Program: Sarjana Muda Sains Pemutusan
CGPA: 3.90

2. Nama: Yip Chooi Pin
Program: Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa
CGPA: 3.89

PINGAT EMAS YANG DI PERTANDINGKAN BAGI SEMUA MAHASISWA

Pingat Emas Naib Canselor

1. Nama: Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid (Menerima dua pingat emas iaitu Pingat Emas Naib Canselor dan Pingat Emas Timb Naib Canselor)
Program: Sarjana Sains Pengurusan
CGPA: 4.00

2.Nama: Abdul Rashid bin Abdul Aziz - Pensyarah UUM
Program: Sarjana Sains kaunseling
CGPA: 3.84

Majlis konvokesyen berjalan dengan lancar dan sangat menarik kerana dihiburkan oleh pelbagai hiburan sampingan seperti caklempong, angklung, band, koir, nasyid yang dilakukan oleh pelajar-pelajar baharu UUM dan koir jemputan dari University Filipina. Irama yang bersahut-sahutan sangat mengujakan.

Kepada semua graduan UUM, tahniah dan kepada kawan-kawan yang turut menerima anugerah, tahniah, tahniah, tahniah. Dalam hati, saya sangat bersyukur dan berdiri atas prinsip saya iaitu ‘no complain’. Sungguhpun ada yang sok-sek, sok-sek. Prinsip saya ialah ‘jangan komplain orang lain, komplain diri sendiri’. Cuma saya sedikit berkecil hati apabila UUM hanya mengutamakan staf dan anak-anak staf yang mendapat anugerah bagi di ‘interview’ oleh media. Orang macam saya ‘nobody’, tak langsung diperkenalkan pada media. Terkulat-kulat duduk kat tepi. Hanya Journalist UUM sahaja yang ‘interview’ saya. Dalam hati saya berdetik, sudah lumrahnya begitu. Saya tidak menyalahkan orang lain tetapi menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjadi staf UUM atau salahkan bapa saya yang tidak bekerja di UUM. He he he. Saya lihat gambar dalam utusan pada pagi ini, gambar sayapun di potong, hanya nampak hujung fail saya sahaja. Jadi saya sertakan gambar di atas yang saya ambil sendiri untuk tatapan rakan blog. Apabila membaca biodata penerima-penerima pingat dan CGPA yang diperoleh, saya tersenyum, mengerti dan menjadi semakin dewasa.

Pada hemat saya, pensyarah-pensyarah UUM sangat profesional dan komited dalam pengajaran dan menentukan pelajar-pelajar memahami ilmu yang diajar. Terima kasih, semoga keringat dan tenaga kalian akan mendapat keberkatan tuhan. Amin.

5 comments:

author faethal said...

Walaupun saudara tidak masuk paper. Saya ucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara.
Semoga terus maju jaya dimasa akan datang!

TraCy said...

Congratulations!

As one of those sitting in the hall, to some extent I think I do understand the way you feel, reference to how I felt during the two convocations. A little bit of 'isolation' and 'ignorance'. But life still goes on, and I believe what comes around, goes around; what goes around, comes around.

Good luck and all the best in your future endeavors!!

edolah said...

Tahniah atas kejayaan..
Apa pun namanya 'kejayaan' atau 'kegagalan'...semua itu adalah dugaan, dan terkadang ia hadir serentak. Terasa ada nada terkilan dlm coretan tuan kerana kejayaan yg amat bermakna itu tidak diraikan bersama-sama yg tersayang.. Terima situasi dgn kesyukuran kerana tentu ada hikmah yg lebih besar menanti di hadapan..

Azree Ariffin said...

Tahniah Tuan! Nampaknya tahun ini, tahun yang sangat bahagia dalam hidup tuan, tentunya. Bermacam-macam kejayaan dicapai :)

rilsyam said...

tahniah tuan,
saye pon nak jadi macam tuan. ceramah tuan kat akademi audit negara mlm tadi mmg best.

www.lumiglowshop.com