Wednesday, July 8, 2009

NOVEL PERANG

Jangan terlepas peluang ini. Dapatkan naskah Novel Perang terbaru saya iaitu 'Platun Harimau'. Selepas 'Selamatkan Komando Amerika', 'Cinta Seorang Jeneral' dan 'Kapten Julia'; Platun Harimau adalah yang terbaik. Akan berada di pasaran mulai 12 Ogos 2009. Anda akan bersama dengan Leftenan Fauzi dalam sayembara hutang darah di bayar darah. Kekejaman komunis haram dibalas dengan bunga. Jangan biarkan keparat itu (Chin Peng) kembali mengotori laman kita. Nikmatilah dan hargailah sebuah keamanan yang didirikan diatas beribu nyawa dan darah perwira.

p/s: Sediakan tuala, bunga dan senapang atau pedang kerana anda akan teresak-esak, jatuh cinta dan geram kepada PERAJURIT NEGARA, SEORANG KEKASIH dan pengganas komunis.

4 comments:

D'Rimba said...

Hebat. Telah ada karya sendiri nampak sekarang ini. Tahniah.....Tiada catatan deklamasi KL dan Selangor baru-baru inikah?

PENA CELORENG said...

Terima kasih atas sokongan. Tak sehebat sdri.

sinaganaga said...

Ceh! Part 'surat cinta' dan 'lauk sardin' yang Inspaktor B bawak tu memang poyo! HA HA.

Anonymous said...

insyaAllah sy akn beli semua karya Tuan...