Friday, October 26, 2012

IKRAR AL-QASWA DI PINTU ABU AYUB

(Sempena Sambutan Maal Hijrah 2012)


Di antara lewat Isyak dan sebelum Subuh,
Jibrail mengetuk lena Muhammad
menitipkan perintah Allah
‘Ya, Muhammad, segeralah berangkat’
Menyelusuri jarak malam antara Makkah dan Madinah

Lalu cakerawalapun bertasbih
dan malam pun berbisik
di hijrah Muhammad mencari keagungan Allah di bumi Madinah
di sempadan Kampung Bani Amar
di jungkir tasawuf, 12 Rabiulawal
adalah detik permulaan kepada kebesaran Islam

Kini
Kita pewaris kepada nafas hijrah
bernafas dalam ruang yang sama
berpijak di atas tanah yang sama
berteduh di bawah langit yang sama
satu tanah, satu bumbung, satu bicara
satu bahasa, satu bangsa, satu negara
teras kita adalah toleransi Rasulullah di bumi Madinah
landasan kita adalah demokrasi Hudaibiyah di Kota Mekah
perpaduan adalah amanah Rasuluulah ramuan paling wangi
buat umat Muhammad
yang menjunjung satu bahasa,
yang mengendong satu bangsa,
yang menjulang satu agama,
yang menerajui satu Negara

Dengan keberkatan hijrah Rasulullah
Marilah kita berdiri berbarisan baris
Memacang janji dan ikrar
kita wajib menjadi umat yang setia
seperti setianya Abu Bakar menemani Muhammad dalam rebut pasir, merentasi gunung dan perit mentari
kita wajib bekerja sama
seperti keserasian Aus dan Khazraj
kita wajib memelihara kedaulatan
dengan kebernian di hujung pedang Ali
kita wajib sabar mengisi jiwa merdeka
seperti sabarnya Asma’ yang menghitung langkah di batu malam
kita wajib berbahasa satu tanpa berlawan kata
seperti janji Muhajirin dan Ansar
kita wajib bernegara satu tanpa perpecahan
seperti kukuhnya jejaring lelabah di pintu gua Thur
seperti tulusnya merpati yang bersarang rendah
kita mesti berteguh janji
seperti Abdullah, Aishah, Asma, dan anak-anak Abu Bakar
kita wajib berbangsa satu tanpa sengketa
atas semangat al-Qaswa yang singgah salam di pintu Abu ayub

Marhaban, marhaban, marhaban
dengan sukarela
dengan tulus jiwa
dengan penuh jiwa raga
maka, akan Bertamulah kemuliaan
akan bertamulah berkah Allah

Auckland
17 Okt 12

Saturday, October 6, 2012

Operasi Hingga ke Lubang Cacing - PH 2


Jangan lepaskan peluang. Kisah yang selama ini menjadi RAHSIA BESAR, tersimpan dalam bilik kebal, dihidangkan kepada anda dalam Novel PH 2 – HINGGA KE LUBANG CACING. Membongkar rahsia 25 tahun terpendam di belantara. Belantara dan mergasatua bangkit mengisahkan bagaimana anak-anak Platun Harimau menyamar sebagi orang gila, penjual aiskrim, cikgu sekolah, pemandu kereta sapu, peniaga nasi lemak, kumpulan tabligh, pekerja LLN, penoreh getah dll. PH 2 juga turut membongkar krisis (pergaduhan) Tentera-PDRM pada zaman 80an. Adakah anda tahu bahawa Lorong Hj Taib 5, Chow Kit pernah menjadi pusat komunikasi pengganas komunis? Ikuti jejak anak-anak harimau dalam Operasi Hingga ke Lubang Cacing dalam novel ini.