Friday, February 10, 2012

Perjuangan Seorang Sahabat

Al-Fatihah

6 Jan 2012, saya kehilangan seorang sahabat baik. Juga seorang rakan kuliah. Kami berkongsi ‘supervisor’ yang sama iaitu Prof. Dr Hassan (UUM). Dan saya pernah menumpang di rumah abang beliau lebih dua minggu semasa pembentangan kertas kerja di UUM, Sintok. 
[Habib, myself, Salehudin, Abg Zamri: (Jambatan gantung Tamparuli)]
7 Jan 2012, jam  8 malam, saya menerima sms dari pusat operasi 24 jam berkaitan berita kematian Lt Kol Habibullah. Sungguhpun mesej sms tersebut sangat jelas dan menggunakan format laporan berita benar tetapi saya masih tidak percaya. Sebelum sempat menalifon pusat operasi, sms dari rakan di Lubnan menyusul. Dan saya yakin akan berita pemergian marhum. Langsung saya membuat puluhan sms dan fb kepada semua rakan-rakan baik. Mereka jua seperti saya; tidak percaya dengan sms tersebut. Langsung menelefon bagi mendapat kepastian. Begitulah lumrah kita, tidak mahu kehilangan rakan yang baik.

Arwah, tidak ada rekod sakit jantung. Bahkan pemeriksaan pakar kesihatan sebelum berangkat  ke misi, beliau di sahkan sihat dan layak bertugas di PBB. ATM mengenakan syarat ketat kelulusan kesihatan bagi semua anggota yang akan ke misi PBB. Semasa di Lubnan, arwah dikatakan sakit perut kerana gastrik dan dibawa ke hospital dan koma kerana serangan angin. dan akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital yang kedua kerana serangan jantung. Justeru, kita beringat-ingatlah dengan serangan angin, gastrik dan macam-macam lagi.
[Habib, Myself, Rizal : Konvo UUM)]
Dalam usia 42 tahun, anak-anak masih kecil, beliau di panggil Tuhan. Begitulah peraturan ajal. Marhum Habib seorang yang mudah berurusan, tidak banyak soal atau songe, periang, serius dalam melakukan kerja, ‘sportsman’ (bola keranjang, ragbi, bolasepak dll). Semua rakan sekuliah menyenangi beliau. 
[Abg ?, Habib, Abg Zamri, Hubby Linda, Linda, Zawiyah, Myself (di jeti Kota Kinabalu)]
 Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah Lt Kol Habib dengan doa semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin

Tuesday, February 7, 2012

Akibat dari kelembutan bangsaku

Ini adalah salah satu dari beribu-ribu lemon implikasi dari kelembutan bangsaku. Orang bukan Islam sudah berani mengupas (campur tangan) hal-ehwal Islam dan mereka bijak mengumpan dengan 'comparative analysis' yang boleh mengelabukan mata bangsa kerana bangsaku lebih suka menggunakan hujah 'logik akal'. Pastinya tidak semua isu agama boleh dihujah atau disandarkan dengan 'logik akal' sahaja.

Maka akan ada bangsaku yang akan menyokong Chew Hoong Ling kerana 'logik akal' mengatakan, sambutan ini tak ada apa-apa dan bagus bagi mengukuhkan kasih sayang bla bla bla. Tak terlintas langsung nak 'celebrate' atau memperingati hari kematian paderi St. Valentine. Ewah ewah, logik akal memang sedap bunyinya. Hadis riwayat Aishah "Tuhan mencelakakan umat yang mengikuti perbuatan orang-orang yahudi dan nasrani"
 
P/S Macaroon (kuih kecil dan manis) di cipta oleh nun dari gereja iaitu St.Macaroon dan menjadi makanan para 'nun' dan pengunjung gereja di negara ciptaanya. Macaroon ini dengan tiba-tiba menjadi popular dan kegilaan rakyat Malaysia pada awal tahun 2010.

PETIKAN BERITA 

Hari Kekasih: Pemuda PAS Digesa Tidak Curiga

PETALING JAYA: Pemuda PAS tidak seharusnya melihat sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih sebagai sesuatu yang buruk kerana sambutannya semata-mata ingin menyatakan rasa cinta kepada pasangan, keluarga dan rakan.
Presiden Suara Wanita, Chew Hoong Ling berkata, aktiviti tidak bermoral berlaku setiap hari dan bukannya pada sambutan Hari Kekasih sahaja.
"Jadi Pemuda PAS tidak seharusnya terlalu takut atau curiga tentang Hari Kekasih," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kempen anti Hari Kekasih yang dibuat setiap tahun bagi memastikan umat Islam tidak menyambut hari hari berkenaan.
Pada Selasa, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menggesa kerajaan menyiarkan iklan bagi menyatakan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam menjelang sambutannya pada 14 Februari ini.
Selain itu tambah Chew, kebiasaanya masyarakat Asia didapati sukar untuk meluahkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing dan memerlukan satu hari istimewa untuk meluahkannya.