Selepas bercuti raya, email terlalu banyak. Semasa beraya sms pun banyak. Ada sms yang bertanyakan kisah atau cerita dalam blog sebab tak ada yang baru. Senyap dan diam, katanya. Tidak! saya kena ikut isu. Saya menulis dalam blog saya yang satu lagi. Sekarangkan isu mengundi di Bagan Pinang.
lawatilah blog: radzihamid.blogspot.com
Laman Pena Celoreng menumbuhi karya-karya oleh Mohd Radzi bin Abd Hamid. Sesetengah darinya telah disiarkan oleh akhbar dan makalah tempatan. Nimatilah karya-karya ini seadanya. email: radzi_hamid@yahoo.com
Tuesday, September 29, 2009
Monday, September 14, 2009
CERITA SEORANG JENERAL
(Artikel ini hanya untuk bacaan di dalam blog ini sahaja)
Saya percaya bahawa untuk menjadi seorang jeneral semestinya berkhidmat lebih 30 tahun. Dalam tempoh ini semestinya seorang jeneral telah mencurah segala-galanya yang terbaik bagi faedah perkhidmatan, agama, bangsa dan negara. Semestinya juga, setelah berkhidmat sekian lama dan sekian jenuh jasanya; maka ruang persaraannya harus di hormati sebaik mungkin.
Saya ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca blog saya sekalian kerana jeneral ini amat dekat dengan hati saya. Semalam, saya menerima panggilan telefon dari seorang pegawai atasan bagi mendapatkan khidmat saya untuk menulis sebuah sajak dan seterusnya mendeklamasikannya semasa satu majlis persaraan jeneral ini. Saya jawab "minta maaf". Untuk jeneral ini, saya tidak akan berkarya dan mendeklamasikan apa-apa pun. Mereka tanya saya kenapa. Saya jawab, ini adalah protes saya kerana mengarahkan jeneral ini bersara dalam masa tiga hari termasuk hari sabtu dan ahad. Inilah mainan politik. Pejabat terpaksa dikemaskan pada hari minggu dalam keadaan tergesa-gesa, segala tradisi persaraan seorang jeneral terpaksa dilupakan kerana 'mainan politik'. Saya protes, kalau nak dakwa, silalah dakwa, saya bersedia.
Seorang guru yang nak bersarapun tahu lebih awal bila masa dia akan bersara. Sekurang-kurangnya, kelasnya akan mengadakan sedikit majlis ringkas. Inikan pula seorang jeneral yang paling tinggi jawatannya. Saya tidak pasti kenapa dan mengapa? Kenapa terkena kepada jeneral ini yang sangat disegani dan baik hati. Adakah kerana menegur anggota-anggota tentera supaya jangan terlibat dalam urusan politik, menjadi satu kesalahan hingga dihukum sedemikian rupa (ini adalah antara rumors atau 'grapewines' mengapa jeneral ini di arahkan bersara atau dalam erti kata sebenarnya berhenti dari perkhidmatan). Sebab sebenar, saya tidak tahu kerana tidak dijelaskan. Justeru wujudlah 'grapewines' atau rumors sama ada benar ataupun sengaja dicipta untuk meredakan ketegangan diri orang yang menciptakannya.
Pada hemat saya, atas alasan apa sekalipun, seorang jeneral yang pernah memimpin pasukan di Bosnia, wajar diberi tempoh sekurang-kurangnya sebulan untuk beliau bersedia untuk bersara. Oleh kerana tentera memiliki tradisinya sendiri yang telah dipraktikkan sekian lama, seperti perbarisan persaraan, lawatan akhir, dll, maka tempoh ini diperlukan. Setelah bersara atau berhenti, kita tidak lagi mengadakan perbarisan persaraan bagi seseorang. Tidak pernah berlaku. Mungkin ini satu kesilapan atau satu keputusan yang terpaksa ditelan. Mungkin juga 'mainan politik' ini mempunyai sebab tersendiri yang kukuh dan logik tetapi kita tidak mengetahuinya. Jika ada alasan yang munasabah, baguslahh. Tetapi sebagai staf yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan jeneral ini sejak sekian lama, saya semestinya tahu hati budi jeneral ini. saya berdoa semoga seorang jeneral dan keluarganya dikurniakan Allah SWT selaksa kesabaran.
Kalau seorang jeneral boleh diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana pula dengan saya ni. Seekor tungau yang kelihatan dek mata kasar kerana warnanya merah. Kalau tidak bewarna, mungkin tak nampak. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga perjalanan saya dijauhkan perkara atau kejadian sebegini. Amin.
Thursday, September 10, 2009
ANUGERAH DIRAJA
Semalam, sebaik sahaja mendapat panggilan telefon dari Universiti Utara Malaysia, saya kehilangan kata-kata. Kata nenek saya ‘speechless’. Betullah seperti yang saya katakan tempo hari bahawa tahun 2009 adalah tahun yang terbaik dalam hidup saya. Tahun rezeki, tahun yang di dalamnya sarat dengan kejayaan, penuh dengan kejutan cubaan. Saya dengan rasa penuh keinsafan dan rendah diri bersujud syukur kepada Allah SWT atas segala kurniaannya. Saya pernah diziarahi oleh perasaan malu ketika di Mekah kerana terlalu banyak sangat meminta dari Tuhan sedangkan pemberian Tuhan kepada saya sudah terlalu banyak sedangkan apa yang Tuhan minta dari hambanya sangat berkurang saya lakukan. Sebab itu pada hari ketiga di Kota Mekah saya sudah kehabisan doa dan malu untuk meminta lagi dan hanya berdoa bagi pihak rakan-rakan, arwah ibu dan nenek dan saudara mara dan sahabat handai yang mengirimkan salam dan doa.
Apabila pihak UUM memaklumkan bahawa saya diperlukan untuk hadir ke majlis Konvokesyen akhir 2009 di Sintok pada 3 Okt 09. Saya terperanjat dan rasanya mungkin ada kesilapan teknikal. Perasaan itu saya sampaikan pada pihak berkenaan dengan memaklumkan bahawa mungkin ada kesilapan data sebab saya dah konvo pada Mac 09 yang lalu. Pihak UUM jawab tidak silap. Memang en radzi dipilih untuk konvo sekali lagi kerana senat universiti telah memilih saya untuk menerima Anugerah Universiti. Airmata saya bergenang, rasa sangat seronok dan terkedu sekejap. Terima kasih 3 ke 4 kali saya ucapkan pada puan uum yang telefon saya. Percakapan tersebut terpaksa saya tamatkan kerana sedang menghadiri mesyuarat di Port Dickson.
Dalam mesyuarat, perasaan saya sedikit terganggu dan pembentangan saya dalam mesyuarat tersebut sedikit terjejas. Bukan kerana berbangga tetapi saya masih tidak percaya dan merasakannya ianya adalah satu kesilapan. Mana mungkin 2 x konvo. Yang itu hari dah dapat anugerah. Mesti kes silap ni. Mesyuarat tidak ada rehat kerana bulan puasa dan tamat sekitar jam 4.30 petang. Sebaik sahaja keluar dari bilik mesyuarat, saya terus menelefon Bhg Pentadbiran UUM dan bertanyakan kedudukan hal ini.
Dan mereka pastikan bahawa ia bukan kesilapan. Saya dikehendaki hadir konvo sekali lagi pada 3 Okt dan diminta-minta sangat supaya hadir (mereka merayu supaya hadir). Dalam hati saya berkata, tak payah rayu, saya mesti hadir. “En radzi kena ambil jubah mcm tu hari jugak” kata en Salehhudin dari UUM. Jangan kecewakan kami, mesti datang tau. Surat dah kami poskan.
Justeru, pada pagi ini saya ingin berkongsi berita kejayaan ini dengan tn/pn yang membaca blog saya. Pihak senat telah memilih saya untuk menerima ‘University Prize’ bagi kategori Sarjana. Penerimanya hanya dua orang sahaja iaitu seorang pelajar sarjana dan seorang pelajar sarjana muda. Katanya ini adalah Anugerah Di raja tetapi untuk kategori sarjana muda ia dipanggil anugerah di raja tetapi bagai ketgori sarjana ia dipanggil University prize.
Inilah yang di katakan kuasa Allah SWT yang maha kaya dan pemurah. Saya benar-benar diuji dalam tahun 2009. Maka semalam saya memenuhi masa saya dengan berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa diberkati, dilindungi, dijauhi dari sikap takbur, disarati dengan sikap rendah diri dan keinsafan yang tidak berbelah bagi dan dijauhi dari segala bahaya dan petaka. Ini kerana, kejayaan tidak menjamin bahagia kerana ada risikonya seperti orang cemburu dan tidak senang. Saya pernah berhajat untuk menulis artikel bertajuk RISIKO MENDAPAT KEJAYAAN. Tapi belum terlaksana kerana sangat sibuk macam mesin tebu di pasar Ramadan.
Berita baik ini saya sampaikan kepada kawan-kawan seperjuangan SSP JPA/INTAN 07/08. Kerana tanpa bantuan kawan-kawan saya mungkin tidak sampai ke tahap itu. Saya juga berkongsi maklumat ini dengan kakak, abang dan adik-adik saya (sebagai perangsang). Semalam juga saya keluar berbuka puasa dengan group BCOM UPM @ Merpati. Kami berbuka di Felda Merak kayangan. Hajatnya nak belanja dia orang makan tapi sebelum saya sempat nak belanja, semua kawan-kawan dah hulurkan wang. Rezeki jangan di tolak. Ini group semasa saya belajar di UPM dulu yang mana saya juga menang anugerah di sini. Mereka juga gembira.
Ini adalah kejayaan kawan-kawan, sanak saudara (yang menjadi inspirasi) dan diri sendiri (yang bermati-matian bertungkus lumus). Ramai kawan yang kata, lepas ni naik pangkatlah. Bab ini agak eksklusif sebab dalam kerja saya tak ada orang pun yang tahu saya menang anugerah ini. Bos saya, .......... maleh lah nak cite di bulan puasa ni. Perkhidmatan saya, setakat ini mereka tak tau pun. Jadi saya abadikan kejayaan ini sebagai kejayaan kawan-kawan, sanak saudara dan diri sendiri dan disimpan dalam sanubari sebagai dorongan diri dan tn/pn yang membaca blog ini. Terima kasih atas sokong semua (pembaca blog PENA CELORENG). Terima kasih banyak kali.

Sunday, September 6, 2009
KELAB DEKLAMATOR
Seperti yang telah saya katakan iaitu idea berkaitan kelab deklamator ini bukan baru dan saya sendiri tak tahu siapakah pencetusnya. Justeru, bila ada member hantar sms dan katakan isu tersebut adalah idea beliau, jadi saya kurang bersetuju sebab member tu pun baru dua kali masuk sayembara dan merupakan pendatang baru. Dia tetap berkeras, tapi saya tetap jawab 'tak betul' sebab saya ada bukti. Bukti pertama ialah minit mesyuarat tahun 2002, dalam Perkara Keenam dan bukti kedua ialah surat rasmi saya kepada Tan Sri Prof Emeritus Dato' Ismail Hussein yang mengangkat idea tersebut kepada GAPENA pada tahun 2002. Bersama ini saya kepilkan minit berkenaan. Manakala surat tersebut di pertemuan yang lain. Pada tahun itu (2002) sayembara di lakukan di Perlis. Sebagai penghulu, saya telah mengutuskan 3 pucuk surat iaitu kepada Tan Sri (memaklumkan beberapa masalah dan cadangan peserta), Tn Hj Rejab F.I. (ucapan terima kasih peserta kepada 3P - penganjur) dan kepada surat tahniah peserta kepada Johan iaitu Norhasnida). Bagi yang berkenaan, bacalah minit mesyuarat ini (kembaran tidak disertakan). Idea siapa tidak penting, yang penting ialah kelab ini mesti di lestarikan. Saya sedang menyiapkan kertas kerjanya (logo, objektif, organisasi, syarat-syarat, dll) bagi keperluan pendaftaran. Siapa ada cadangan logo n cogankata, sila emailkan (radzi_hamid@yahoo.com). Bersabar.
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat
Kementerian Pertahanan
50634 Jalan Padang tembak
Kuala Lumpur
03 – 26921333 Samb 2254
Ogos 2002
PUISI/PERLIS/2002
Lihat Agihan
MINIT MESYUARAT PESERTA-PESERTA SAYEMBARA PUISI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2002 DI BILIK MAYANG SARI, HOTEL PUTERA, PERLIS, PADA 23 OGOS 2002 JAM 1430
Rujuk:
A. Minit Mesyuarat Peserta Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan tahun 2001.
Kehadiran:
Mej Mohd Radzi bin Abd Hamid, ATM, Pengerusi
En. Ag. Asim bin Ag. Besar, WP Labuan
Puan Amaruszati binti Noor Rahim, Pahang
En. Benyamin Matusin, Sarawak
En. Dulamid Rudin, Sabah
En. Fairuzan bin Majid, WP K.Lumpur
Cik Farah Nabila Noor binti Anuar, N.Sembilan
Insp Mohamed bin Mahat, Melaka
Puan Intan Marhayu binti Rahman, Selangor
Kpl Yusuf bin Ramji, PDRM
En. Mohd Shuhaimi bin Hj Zubir, Perak
En. Muhammad Shahrib bin Haron, IPTA
Cik Noorfaizatul Hanim binti Mohd Nor, Kedah
En. Samsul bin A.Wahab, Johor
Cik Siti Nur Zafran binti Zainal Abidin, Kelantan
En. Tarmizi bin Osman, P.Pinang
YM Tg Anizan Tg Ibrahim, Terengganu
Cik Nor Hasnida binti Ab Ghani, Perlis
PENDAHULUAN
1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana hadir dalam mesyuarat. Seterusnya mengalu-alukan penyertaan peserta-peserta yang kali pertama terlibat. Pengerusi menegaskan semua peserta perlu mempunyai sikap terbuka kerana dalam rumpun peserta akan berlaku senda gurau antara satu sama lain. Sungguhpun kadangkala senda gurau tersebut pahit untuk ditelan tetapi ianya adalah satu kaedah perhubungan atau interaksi antara satu sama lain.
2. Pengerusi menerangkan bahawa resolusi-resolusi yang dikemukakan dalam mesyuarat 2001 telah dicatat dan satu salinan minit telah dimajukan kepada GAPENA.
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3. Tabung Kewangan Peserta. Pengerusi memaklumkan bahawa Baki Tabung Peserta 2001 ialah RM 56.05 sen seperti yang dicatat dalam minit 2001. Baki tersebut ada dalam simpanan Pengerusi dan akan dibawa ke tahun 2002.
PERKARA PERTAMA: UCAPAN PENGHARGAAN
4. Semua peserta menyarankan agar Ucapan Penghargaan dan berterima kasih perlu dizahirkan kepada GAPENA dan 3P kerana telah mencuba sebaik mungkin untuk menyediakan semua kemudahan kepada peserta khususnya saguhati wang berjumlah RM 200.00. Sungguhpun jumlah ini agak kecil tetapi ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban peserta-peserta.
5. Keputusan. Saguhati RM 200.00 kepada semua peserta dikekalkan dan jumlah tersebut adalah sesuai.
PERKARA KEDUA: PENTAS UNTUK PERSEMBAHAN
6. Peserta Melaka menyatakan masalah pentas yang tidak siap mengganggu persiapan peserta. Seboleh-bolehnya pentas hendaklah disiapkan selewat-lewatnya sebelum raptai/latihan akhir peserta. Ini akan membolehkan peserta membuat keputusan untuk memilih ruang persembahannya. Seterusnya menyarankan agar pentas dirangka oleh GAPENA sendiri.
7. Peserta IPTA menyarankan agar pentas hendaklah ‘standard’ dan tetap.
8. Pengerusi menjelaskan bahawa masalah pentas yang tidak siap bukanlah satu perkara baru dalam Sayembara Puisi Kebangsaan. Peristiwa pertandingan berlangsung walhal pentas masih belum siap pada tahun 2001 adalah satu keadaan yang perlu dijadikan ‘alah biasa tegal biasa’. Justeru ia tidak perlu dihiraukan sangat kerana mungkin boleh mengganggu persembahan. Walau bagaimanapun saranan peserta akan disampaikan kepada GAPENA.
9. Keputusan. Perkara keadaan pentas tidak siap akan disampaikan kepada GAPENA.
PERKARA KETIGA: KETEPATAN MASA DAN DISIPLIN ANGGOTA
10. Peserta Perak memaklumkan bahawa ada segelintir peserta yang tidak menepati waktu yang telah ditetapkan untuk sesuatu tujuan. Perkara seperti ini tidak sewajarnya berlaku kerana ia memberi gambaran negatif terhadap peserta, melengahkan pergerakan dan menyulitkan hal-hal pentadbiran.
11. Pengerusi menegaskan bahawa kelewatan peserta tidak sewajarnya berlaku kerana hal ini telah ditegaskan semasa perjumpaan pertama. Situasi ini amat memeranjatkan kerana ia berlaku kepada peserta-peserta baru yang seharusnya lebih menepati waktu dari peserta-peserta veteran. Kegagalan memaklum pergerakan juga telah menyulitkan pentadbiran seperti mana berlaku semasa acara riadah ke Padang Besar. Pengerusi menyarankan agar sikap menepati masa dijadikan satu budaya diri masing-masing.
12. Peserta Selangor menyatakan bahawa YB Menteri menunggu untuk minum bersama-sama peserta selepas pertandingan selesai kerana ada sebahagian peserta yang telah pulang dengan bas.
13. Pengerusi menyatakan bahawa perkara ini berlaku adalah disebabkan kesilapan Pengerusi sendiri iaitu tidak memaklumkan kepada semua peserta berkaitan adanya jamuan selepas pertandingan. Justeru Pengerusi memohon maaf dan menjelaskan bahawa beliau beranggapan semua peserta mengetahui budaya jamuan selepas pertandingan. Seterusnya beliau menjelaskan ketiadaan bas yang dikhaskan untuk peserta juga menyulitkan beliau yang mana bas yang dinaiki oleh majoriti peserta telah bergerak terlebih dahulu, sedangkan beliau masih berusaha mencari 3 orang peserta lain yang lewat.
14. Peserta IPTA memohon maaf daripada semua peserta khususnya GAPENA kerana lewat untuk melapur diri. Beliau menjelaskan bahawa ia terlibat dengan peperiksaan akademik di UiTM.
15. Keputusan. Semua pihak mengambil maklum.
PERKARA KEEMPAT: TARAF PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI KEBANGSAAN
16. Peserta Sabah menyatakan bahawa adalah baik mempakejkan sayembara puisi dalam satu festival tetapi malangnya Pertandingan Sayembara Puisi yang sepatutnya menjadi acara utama telah menjadi acara selingan. Justeru perkara-perkara yang melibatkan peserta dilihat sebagai tidak penting. Bahkan tidak ada liputan media massa yang memaklumkan adanya acara sayembara puisi. Hanya kaum kerabat sahaja yang mengetahui acara tersebut. Beliau menyarankan agar acara sayembara dikekalkan sebagai acara utama
17. Pengerusi menjelaskan situasi tersebut berlaku kerana masalah untuk mendapatkan penaja acara sayembara puisi yang dihadapi oleh GAPENA. Pengerusi berpendapat bahawa status sayembara puisi telah turun sedikit tarafnya lanjutan dari pertukaran nama Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan kepada Sayembara Puisi Sempena Bulan Kemerdekaan. Pertukaran nama tersebut samada secara sedar atau tidak ianya seperti ada satu anjakan strategi yang mungkin mempunyai objektif yang sukar ditafsirkan. Beliau menambah isu ini tidak perlu digembar-gemburkan dan peserta harus melihatnya dengan positif dan seterusnya dijadikan satu sumber perangsang untuk memberi persembahan yang lebih baik.
18. Keputusan. Perkara ini akan disampaikan kepada GAPENA.
PERKARA KELIMA: MASALAH PENGIRING
19. Pengerusi memaklumkan ada sesetengah peserta menyuarakan rasa tidak senang dengan kehadiran pengiring-pengiring peserta. Perkara berkaitan pengiring telah pun dinyatakan secara jelas dalam arahan sayembara yang dihantar oleh GAPENA. Terdapat pengiring yang mengekori peserta ke mana sahaja hinggakan ke bilik solek yang sempit.
20. Pengerusi menjelaskan perkara ini bukanlah masalah peserta tetapi masalah urusetia sayembara iaitu GAPENA. Maka biarlah GAPENA menyelesaikan masalah ini kerana sekiranya GAPENA membenarkan peserta membawa pengiring dan menginap bersama peserta samada secara sah atau tidak sah, ianya akan memberi kesan pada jangka masa panjang. Pengerusi percaya pada sayembara akan datang, kehadiran pengiring mungkin bertambah kerana perkara ini telah diringankan semasa di Perlis.
21. Keputusan. Perkara akan disampaikan kepada GAPENA.
PERKARA KEENAM: KELAB DEKLAMATOR
22. Peserta Sarawak bertanyakan tentang kedudukan Kelab Deklamator. Beliau menyatakan kelab ini amat penting untuk menaikkan taraf deklamator.
23. Perbincangan berkaitan Kelab Deklamator menerima idea-idea berikut:
a. Peserta Perlis bersetuju dengan cadangan tersebut.
b. Manakala peserta Terengganu memaklumkan bahawa di Terengganu, kaum hawa tidak boleh membaca puisi. Justeru masalah seperti ini wajar diselesaikan oleh kelab deklamator.
c. Peserta Melaka menyarankan Kelab Deklamator perlu bernaung di bawah GAPENA.
d. Peserta Sarawak mencadangkan agar GAPENA didesak menubuhkan Kelab Deklamator, menyediakan peruntukan, meningkatkan taraf pendeklamator melalui kelab, dan penubuhan segera kelab.
e. Peserta Pahang mencadangkan agar kelab menentukan bayaran kepada deklamator jemputan dalam apa-apa pun acara.
f. Peserta IPT menyarankan agar peserta sendiri memiliki inisiatif iaitu mencari dan berusaha untuk mendapatkan tempat bagi dirinya membaca puisi dalam apa-apa pun acara. Beliau juga menambah agar kelab ini didukung oleh bekas-bekas johan kebangsaan.
24. Pengerusi menjelaskan kepada semua peserta bahawa isu Kelab Deklamator bukanlah satu perkara baru dan ianya bukanlah mudah seperti apa yang diperkatakan. Penubuhan kelab adalah perkara yang mudah dan ia boleh ditubuhkan sekarang tetapi mengaktif dan menjalankan peranan kelab adalah perkara yang sukar. Wujudnya kesukaran ini kerana adanya masalah-masalah berikut:
a. ‘Kroni Puisi vs Suku Sakat Puisi’. Penganjur-penganjur acara puisi hanya akan menjemput sahabat-sahabat mereka, orang yang dikenali, saudara mara atau anak-anak kenalan sahaja tanpa mengira kebolehan berpuisi. Justeru pendeklamator-pendeklamator ‘kecil berhati besar’ tidak dijemput. Situasi ini sukar diubah kerana ia seakan-akan telah menjadi budaya Malaysia dalam apa-apa pun acara.
b. Pentingkan Diri Sendiri. Faktor ini merupakan sebab utama yang akan menjejaskan fungsi Kelab Deklamtor. Pengerusi mengemukakan contoh acara baca puisi di Kedah dan beberapa pendeklamator dari negeri-negeri yang agak jauh telah dijemput sedangkan pendeklamator negeri Kedah (berdekatan) tidak dijemput. Sepatutnya pendeklamator yang jauh menyuarakan kepada penganjur adalah lebih baik si polan dari Kedah (berdekatan) dijemput kerana lebih sesuai dan ekonomi bukannya berdiam diri untuk membolot saguhati. Perasaan hormat kepada sahabat (deklamator berdekatan) perlu ada dalam diri setiap deklamator. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau sendiri menolak jemputan membaca puisi dalam acara lawatan KDYMM SPB YDP Agong di Sabah dan Sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Pahang yang dikelolakan oleh ATM dan menyarankan kepada penganjur untuk menjemput deklamator-deklamator yang ada di kawasan tersebut.
c. ‘Deklamator seperti Cendawan Tumbuh’. Faktor jumlah deklamator juga perlu diambil kira. Dewasa ini semua pihak atau individu ingin membaca puisi tanpa mengira kedudukan atau kebolehannya. Samada disebabkan oleh faktor minat atau pun saguhati adalah sukar ditelah. Bahkan penulis-penulis puisi sendiri, pak-pak menteri termasuk isteri atau mak-mak menteri, tokoh-tokoh korporat dan kanak-kanak sekolah berlumba untuk membaca puisi sehinggakan ‘deklamator berhati besar’ dipinggirkan. Situasi ini perlu dilihat dalam skop yang positif dan membina kerana berpuisi itu adalah hak semua individu.
25. Keputusan. Bagi mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan di atas, Pengerusi menyarankan semua deklamator mengambil tindakan-tindakan berikut:
a. Berusaha memasukkan dirinya dalam ‘kroni’.
b. Bernaung di bawah persatuan-persatuan sastera dan menjadi ahli yang aktif.
c. Sentiasa menawarkan diri (buat muka tebal/tembok) kepada penganjur-penganjur acara baca puisi.
d. Jika masih tidak dijemput, jadilah penganjur acara baca puisi dengan peruntukan yang dicari sendiri dan jemputlah sahabat deklamator.
e. Jika masih tidak dijemput juga, datanglah menyaksikan acara baca puisi dengan penuh minat pada dunia puisi dan bertemu dengan rakan ‘kroni’ yang dijemput.
PERKARA KETUJUH: MENGHORMATI KEPUTUSAN JURI HAKIM
26. Pengerusi menjelaskan bahawa setiap tahun ada pemenang yang dinobatkan. Di sepanjang pengalaman lima kali menyertai Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan belum ada lagi keputusan pengadil/juri yang disukai oleh peserta yang tidak menang atau pun memuaskan hati semua pihak. Imbauan kejadian keputusan di Pahang harus dijadikan sempadan dan teladan. Pengerusi menyeru semua peserta agar menerima keputusan pengadil/juri dengan hati yang terbuka. Sekiranya keputusan diragui dan tidak dihormati, ianya seperti kita tidak menghormati rakan deklamator sendiri. Jika tidak mahu menghormati keputusan pengadil/juri sekalipun tetapi hormatlah rakan deklamator yang dinobatkan sebagai pemenang pada hari-hari terakhir sayembara.
PERKARA KELAPAN: BUDAYA BERKONGSI KEMENANGAN
27. Peserta Melaka mencadangkan agar budaya berkongsi kemenangan diteruskan iaitu melalui sumbangan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. Sungguh perkara dan sumbangan ini kecil tetapi ianya memberi erti yang mendalam kepada semua peserta, urusetia dan pihak-pihak lain yang terlibat.
28. Semua peserta bersetuju dengan cadangan tersebut dan memohon pengerusi menjelaskan tentang sumbangan yang perlu di ikhlaskan. Pengerusi memaklumkan bahawa sumbangan yang telah dibudayakan ialah seperti berikut:
a. Johan - RM 200.00
b. Naib Johan - RM 150.00
c. Ketiga - RM 100.00
29. Sekiranya jumlah tersebut tidak mencukupi, ianya akan ditambah oleh Johan dan Naib Johan.
PERKARA KESEMBILAN: HAL-HAL LAIN
30. Tanda Kenangan Sayembara. Peserta Sarawak mencadangkan agar GAPENA membuat tanda kenangan sayembara seperti T-Shirt.
31. CD/Video Sayembara. Peserta Johor menyarankan supaya CD/Video Sayembara diusahakan dan peserta sanggup membayarnya.
32. Perhubungan Antara Urusetia Dengan Peserta. Semua peserta mengharapkan perhubungan yang lebih akrab dan harmoni terjalin antara urusetia dan peserta. Sikap saling menghormati perlu dipraktikkan kerana semua pihak datang dari pelbagai lapisan umur dan ucapan-ucapan yang boleh mengecilkan hati mana-mana pihak hendaklah dielakkan.

33. Saling Menghormati. Peserta Melaka menyatakan ada sesetengah peserta baru yang boleh dimasukkan dalam golongan ‘adik’ atau ‘anak’ beliau telah membahasakan ‘I’ dan ‘YOU’ semasa berbual dengannya. Ini amatlah tidak sesuai kerana panggilan ‘ABANG’ atau ‘PAK CIK’ lebih santun.
34. Alamat Peserta. Semua alamat peserta-peserta adalah seperti di Kembaran A.
35. Pecahan Perbelanjaan. Perbelanjaan bagi majlis Berkongsi Kemenangan adalah seperti di Kembaran B.
36. Laman WEB Sayembara. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau sedang membina laman WEB sayembara dan insya-Allah akan dilancarkan.
PENUTUP
37. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana telah kali kelima dilantik sebagai Penghulu dan Pengerusi. Justeru ketika tugas dilaksanakan semestinya ada asam dan garamnya. Oleh yang demikian, Pengerusi memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan terimalah teguran dengan positif.
38. Mesyuarat ditangguhkan pada 1643.
MOHD RADZI BIN ABD HAMID
Peserta ATM
Pengerusi
Kembaran:
A. Alamat Peserta-Peserta Sayembara Puisi Peringkat Kebangsaan tahun 2002.
B. Pecahan Perbelanjaan Terperinci Malam Berkongsi Kemenangan.
Agihan:
Tindakan:
GAPENA
(Untuk Perhatian: Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Ismail Hussein
Prof Madya Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar
Sdr. Abdul Aziz bin Mohd Ali)
Maklumat:
3P
(Untuk Perhatian: Sdr. Rejab F.I)
Peserta-Peserta:
En. Ag. Asim bin Ag. Besar, WP Labuan
Puan Amaruszati binti Noor Rahim, Pahang
En. Benyamin Matusin, Sarawak
En. Dulamid Rudin, Sabah
En. Fairuzan bin Majid, WP K.Lumpur
Cik Farah Nabila Noor binti Anuar, N.Sembilan
Insp Mohamed bin Mahat, Melaka
Puan Intan Marhayu binti Rahman, Selangor
Kpl Yusuf bin Ramji, PDRM
En. Mohd Shuhaimi bin Hj Zubir, Perak
En. Muhammad Shahrib bin Haron, IPTA
Cik Noorfaizatul Hanim binti Mohd Nor, Kedah
En. Samsul bin A.Wahab, Johor
Cik Siti Nur Zafran binti Zainal Abidin, Kelantan
En. Tarmizi bin Osman, P.Pinang
YM Tg Anizan Tg Ibrahim, Terengganu
Cik Nor Hasnida binti Ab Ghani, Perlis
fail: 3937/RADZI/PERS/SAYEMBARA 2002
p/s minit mesyuarat di hantar kepada semua peserta
BUFET RAMADAN PUN NAK BACA PUISI
Sesuatu yang agak pelik tetapi itulah seni puisi. Sebelum bulan puasa, ada sahabat saya maklumkan bahawa beliau diminta membaca puisi sempena kempen menderma darah. Tajuk sajaknya ialah DARAH. Pada mulanya, saya ingat dia main-main je. Rupa-rupanya serius, katanya dah dua kali di baca sajak darah tu di tempat yang berasingan. Pelikkan, derma darah pun ada sajak. Tabikkk lah pada penganjur.
Tup tap tup tap, kena pada saya plak. Nak buka puasa pun nak kena baca sajak. Bila pihak penganjur telefon, saya kata tak payahlah baca sajak. Baca doa cukuplah. Tak pernah dibuat orang, baca sajak sempena nak buka puasa. Akhirnya saya bersetuju juga. Macam manalah gamaknya bunyi sajak 'buka puasa' ni ye?
Saturday, September 5, 2009
PENDAKI EVEREST LONGLAI DI TANAH HARAM
Ini adalah kisah yang kedua dan terakhir yang saya janjikan untuk berkongsi. Kisah anih di Tanah Haram. Semasa dalam perjalanan, salah seorang dari ahli jemaah ialah bekas pendaki gunung tertinggi. Semasa kami minum kopi di Qatar, saya terdengar beliau berkata akan melakukan tawaf paling banyak sebab dia adalah pendaki everest. Gunung yang tinggi boleh didaki, inikan pula bertawaf je. Pada ketika itu, saya minum di meja lain. Suaranya dapat didengar dan isu yang dibualkan ketika itu ialah berapa kali nak buat tawaf.
Apabila kami menjejak kaki di Jeddah, hamba Allah si pendaki di serang demam panas. Dalam perjalanan ke Madinah, demam beliau bertambah teruk sampai tak boleh bangun. Di Madinah, beliau terus terbaring dalam bilik. Selama 5 hari di Madinah, si pendaki hanya berada di dalam bilik. Demamnya semakin teruk ketika kami dalam perjalanan ke Tanah Haram. Beliau terpaksa berkerusi roda ke hotel.
Pendekkan cerita, sehinggalah kami berangkat pulang ke tanahair, si pendaki sekalipun tidak dapat melakukan tawaf. Allah maha besar dan maha mengetahui. Sehingga tiba di KLIA, sipendaki masih di atas kerusi rodanya.
Inilah cerita yang ingin saya kongsikan. Semoga ia menjadi teladan dan sempadan kepada kita. Insyaallah.
Wednesday, September 2, 2009
ULASAN KETUA PENGADIL SAYEMBARA
Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang mengunjungi blog ini kerana 'hit counter' yang baru seminggu dimasukkan telah mencatat lebih 300 pengunjung. Keduanya, terima kasih juga atas sokongan rakan sekalian kepada idea Kelab Deklamator. Sebenarnya, idea ini bukan baru tercetus. Seingat saya, sejak saya mula-mula berjinak dengan sayembara, idea ini telah diperkatakan. Saya tidak pasti siapa yang memulakannya. Idea ini di catat dalam setiap minit mesyuarat peserta. Bagi paserta yang baru, mungkin tidak tahu bahawa pada masa yang lepas, pada hari pertama, kita akan berhadapan dengan sesi suaikenal. Kemudian kaum kerabat dimohon supaya tidak mengikut peserta supaya ia dapat bergaul dengan yang lain. Pada malam akhir sayembara, semua peserta akan menghadiri satu mesyuarat akhir yang di pengerusikan oleh Penghulu yang dilantik dan di hadiri oleh wakil-wakli dari GAPENA. Dalam mesyuarat inilah komen, cadangan, idea, rasa tak puas hati dll akan diangkat dan direkodkan. Saya memang 'confirm' akan kena jadi Penghulu pada setiap tahun yang saya sertai. Justeru, sesetengah minit tu saya masih simpan hingga ke hari ini. Kalau nak baca, kelak saya akan paparkan. Dan pada malam akhir itu juga, kita akan berkenduri sama ada di mana-mana restauran yang dipilih dan harganya berpatutan atau kenduri durian kat 'lobby' hotel je. Kenduri ini melibatkan semua peserta dan AJK. Kos kenduri ini ditanggung oleh tiga orang yang menang iaitu Johan, Naib Johan dan Ketiga. Tong-tonglah sorang sikit. Sejumlah wang diserahkan kepada Penghulu. Banyak kali juga wang tersebut tak cukup. Maka sama ada ditambah oleh Johan atau Penghulu yang kenaaaa. Banyak kali juga saya yang kenaaaa. Sekiranya ada wang lebih, akan dibawa ke tahun hadapan. Dengar ceritapun dah meriahkaannnn. Sebab tu kalau adik-adik yang baru tengok, geng otai ni boleh melawak macam-macam. Mereka dah tak kisah sebab dah sebati kerana ia melalui satu proses yang baik.
Saya masih simpan satu komen atau ulasan ketua panel semasa pertandingan akhir di Sabah. Saya ingin kongsikan bersama supaya kita dapat faedah daripadanya. Sungguhpun ulasan ini melalut tah apa-apa, tapi yang melalut tu lah diterima pakai dan kitalah mangsanya. Kalau tn/pn baca ulasan pengadil setiap tahun, akan tahulah betapa celarunya keperluan. Al maklumlah, setiap pengadil datang dari sekolah yang berbeza, kata nenek saya 'different thought'. Tatapilah ulasan ini. Jangan pening sebab GAPENA pun pening dan terkejut dengan ulasan ini dan ulasan ini juga memeningkan. Terima kasih.
L A P O R A N PENGHAKIMAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI
BULAN KEBANGSAAN 2003
Pendahuluan
Finalis Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2003 menerima penyertaan 18 peserta yakni juara bagi setiap negeri di Malaysia termasuk juara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Sayembara selamat dilangsungkan di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, Kota Kinabalu Sabah yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Timbalan Ketua Menteri yang mewakili YAB Datuk Haji Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
Para finalis ini telah membaca puisi yang diperuntukkan oleh Urusetia daripada antologi Aksara Merdeka. Para peserta itu ialah Basri Ramli juara negeri Perlis membawakan “Menjadi Warga Ternama Adalah Tanggungjawabmu”; Mohd. Zulkefli Mohd. Noor juara Negeri Sembilan membaca “Berjalan di Bumi Merdeka”; Salbiah Ajis juara Wilayah Persekutuan Labuan membaca “Mengusir Sangsi”; Siti Nor Aisyah Sit Abdullah juara Trengganu membaca “Di Tanah Bertuah Ini”; Wezan Saili juara Sarawak membaca “Kitalah Tuan”; Intan Marhayu Rahman juara Selangor membaca “Menyelusuri sungai Merdeka”; Mohd. Anwar Jamil juara IPTA membaca “Watikah Di Daerah Merdeka”; Noorfaizatul Hanim Mohd. Nor juara Kedah membaca “Lelaki Pertama Membuka Sangkar Derita”; Ahmad Saidun Mohammad Mokhtar juara Johor membaca “Untukmu, Aduhai Negeriku”; Amaruszati Noor Rahim juara Pahang membaca “Mencari Wira”; Tarmizi Osman juara Pulau Pinang membaca “Pewaris Kecemerlangan”; Suliha Yusof juara Kelantan membaca “Janji Muda Lela”; Lt. Kol. Mohd. Radzi Abdul Hamid juara angkatan tentera Malaysia membaca “Ini Ruang Persembahan Sebuah Perjuangan”; Datu Ruslan Sulai juara Sabah membawakan “Tanah Airku Saksikanlah”; Mohd. Alizan Md. Rasat juara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca Bahasa Cerminan Budaya Bangsa”; Azmi Ismail juara Perak membaca “Naskhah Daftar Cinta”; L/Kpl Fauziah Haji Omar juara Polis Diraja Malaysia membaca “Cinta Waja Warga Merdeka”; dan Jamilah Ishak juara Melaka membaca “Aksara Merdeka”.
Seperti sedia kita maklum bahawa matlamat Sayembara ini diadakan adalah untuk “menyerikan perayaan menyambut Bulan kemerdekaan pada setiap tahun dengan acara deklamasi puisi bersemangat kebangsaan, menanamkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara melalui deklamasi puisi yang teratur dan sistematik; mempopularkan puisi bersemangat kebangsaan dan memartabatkannya sebagai salah satu unsur budaya yang penting dalam pembinaan negara Malaysia. (JANGAN LUPA BAHAWA KITA JUGA INGIN MENCARI JAGUH PUISI NEGARA BAGI TAHUN 2003). Para peserta membaca sebuah puisi yang ditentukan urus setia daripada antologi Aksara Merdeka secara menghafal tetapi dibenarkan membawa teks (HUJAH BERKAITAN TEKS INI BERTENTANGAN DENGAN FAHAMAN YANG DIBAWA OLEH GAPENA YANG MANA GAPENA MENOLAK TERUS PESERTA YANG MERUJUK PADA TEKS); peserta dibenarkan juga bergerak bebas di atas pentas menurut kesesuaian puisinya – yang tak sesuai boleh mengurangkan markah begitu juga peserta dibenarkan membawa alat bantu (props) yang sesuai dan tidak membahayakan.
Pada tahun ini kita sekali lagi berhadapan dengan pembacaan puisi yang bersemangat kental dan mantap bercampur dengan pembacaan yang sederhana. Peserta cuba memperlihatkan kesungguhan masing-masing termasuklah cuba menghafal puisi yang akan dideklamasikan. Tentulah pembaca sudah memahami syarat atau peraturan yang dikenakan ke atas mereka. Jika kesasar, risikonya akan mereka hadapi dengan kehilangan markah. Seperti sayembara yang lepas para penonton/khalayak masih melihat dan berhadapan dengan suasana yang “mencemaskan” itu, apabila pembaca yang mereka minati alpakan kata-kata dalam baris dan rangkap. Sekurang-kurangnya ada tujuh peserta membuat kesilapan itu. Kelupaan mereka itu menyebabkan kelicinan deklamasi terganggu. Pembaca yang pada mulanya diduga akan berjaya secara otomatis markahnya menjadi rendah. (BAGAIMANA MUNGKIN BERJAYA SECARA AUTOMATIK, INI PERLU DIJELASKAN OLEH PANEL). Dia menjadi gugup, konsentrasi terganggu, sebutan mulai tak menentu walaupun pada mulanya penampilan, suara dan kostum menyerlahkan harapan dan wibawanya. Kelemahan dasar dari aspek penghayatan, kualiti puisi, komunikatif, artikulasi, inovasi dan intonasi, kesinambungan ekspresi antara satu bait ke satu bait, antara satu kata dengan kata yang berikutnya, kata berangkai yang wajar disebut bersama (tak usah dipisahkan, atau terpisah kerana hentian yang salah), pembaca mengambil nafas pada tempat yang tidak sepatutnya dia berhenti, apabila menyambung pembacaan sudah menimbulkan makna yang aneh, pelik dan samar-samar. Pembacaan yang harmonis dengan unsur-unsur yang berpadu antara penghayatan, artikulasi, intonasi (lagu suara, alunan tinggi rendah), mimik wajah (sayu, geram, hiba, gembira, nestapa dan sebagainya), bisikan, desisan, garau parau, bentakan, hunjaman pada waktu yang damai dan pada waktu yang tegang di kemuncaknya seperti hempasan ombak ke beting karang boleh memberikan kesan yang efektif.
Pembacaan yang tegang dari awal hingga ke akhir dengan suara yang tinggi atau pembacaan yang rendah sajak awal yang akhir mendatar dan streotaip, tak akan memberi makna apa-apa pada seni deklamasi atau pembacaan puisi. Yang hadir hanya jeritan marah-marah tak menentu, emosi yang sulit dikendali, ekspresi akan menjadi kacau, kabur dan perkataan mungkin terlepas begitu sahaja atau dikulum ke dalam sehingga tak dapat didengar sebutannya yang tepat. Atau suaranya merayap rendah, mendatar hambar, tiada warna dan tak punya variasi turun naik suara yang akan memberikan kita kebosanan.
Alegori untuk deklamasi atau pembacaan yang bervariasi itu samalah seperti kita menatap situasi lautan yang ada kocak dan riaknya, ombak dan gelombangnya. Ada waktunya laut beriak tenang, di udara sekelompok camar sedang memapasi angin, me ninggi merendah, membulat, melengkung indah, kemudian secara beransur-ansur riak tenang itu, berganti dengan gemulung ombak yang kian membesar, langit perlahan-lahan mendung, angin berpuput dari puputan yang sederhana beransur keras, guruh kedengaran di kejauhan beransur mendekat dengan kilat memancar-mancar, ombak menjadi gelombang mendesah dan memukul pantai, gelombang yang dihantar taufan menghunjam karang dan tiba-tiba petir meledak! Ya, ada waktunya laut harmonis dan manis, ada waktunya laut mengancam dan memakan korban antaranya sang nelayan yang tak bersalah (mungkin jahil ilmu alam) perahunya pecah berkecai dan sang nelayan tenggelam di perut laut atau tersadai di beting karang.
Kata-kata wajar disebut dengan persis dan tepat, kita mendengar ada peserta menyebut rentet sebagai rintit, pongah menjadi pungah, lengah menjadi lingah, lintang menjadi lentang, membenteng menjadi membinting, selendang menjadi selindang. Bagaimana pembaca dapat menyebut persis sintak, sentak, santak pada konteks yang betul supaya makna sajak yang dibaca tidak kesasar. Semua ini memerlukan penguasaan yang menyeluruh bukan hanya bergantung semata-mata kepada daya hafalan semata-mata. Makna sajak akan tersimpang jauh jika kata dan kata disebut dengan tidak persis.
Penghayatan yang total, ragam atau variasi intonasi, mimik dan teknik yang sesuai akan melahirkan deklamasi atau pembacaan yang hidup yang tentunya akan diberikan respons yang hangat oleh khalayak. Itupun banyak bertolak oleh teks puisi yang baik mutunya tidak dengan serampangan sahaja puisi yang dipilih atau yang ditentukan (dipaksakan?) kepada pembaca. Respons yang apresiatif dari khalayak ini memang dapat kita saksikan pada malam akhir itu terutamanya apabila dua tiga pembaca utama membacakan puisinya. Respons sebegini tentulah di luar dugaan pembaca, namun begitu dia harus bersikap bijak mengendali konsentrasinya dan emosinya, fokusnya ialah terhadap pembacaannya, kebulatan fikirannya adalah bait-bait sajak yang belum disempurnakannya lagi. Maka wajarlah dia ‘bersabar’ dengan sambutan itu, terus mengendalikan deklamasinya dengan tenang hingga ke titik noktah yang akhir.
Kita juga menyaksikan Dewan Sa’adah hingar-bingar sebentar, apabila pembaca idola mereka membuat kesilapan sama ada terhenti untuk beberapa detik bagi mengingatkan kata yang tiba-tiba hilang tak semena-mena walhal puisi ini enteng sebelumnya, sudah dihafal begitu rupa, maka ketika diperlukan di hadapan khalayak sendiri, maka ‘dia’ merajuk menghilang diri? Ini salah siapa? Ini bukan salah sesiapa, persekitaran sekarang bukan persekitaran yang enteng lagi, pembaca kini bukan sahaja berhadapan dengan khalayak lama tetapi khalayak baru, di hadapan lima hakim yang memerhatikan dengan peraturan-peraturan rigid yang ditetapkan,tambahan pula ada tamu-tamu istimewa dengan para pembesar negeri yang juga mahu ikut menilai sama, dan mereka juga ada teks-teks di tangan, ikut menyimak. Apabila peluh dingin mulai memercik, kata tak mahu datang juga mulalah ekspresi juga melayah salah, dan yang malangnya akan tergubahlah bait-bait baru. Bukan sahaja pembaca kecewa tetapi para penyokongnya lebih kecewa lagi. Jika Hakim memberikan markah yang rendah, salahkah kami? Itulah malang yang tidak berbau itu. Saudara jangan percaya dengan keyakinan awal hafalan saudara boleh membantu dan setia selamanya kepada saudara, jika syarat mengizinkan membawa teks untuk dikerling jika lupa, maka buatlah begitu, markah tidak akan dipotong! Dalam Sayembara ini finalis tidak ada yang membawa teks, mungkin mereka sudah yakin diri, tapi akhirnya mereka dilanda kegugupan pentas apabila mulai salah satu demi satu.

Keputusan yang kami ambil bagi menentukan pemenang Sayembara ini adalah keputusan bersama dan menurut agregat seperti syarat Urus Setia.Nampaknya kami sekata dalam menentukan tiga pemenang utama itu. Agregat juara 11, agregat Naib Juara 20 dan agregat pemenang ketiga 22. Kami bersama-sama bertanggungjawab ke atas keputusan itu. Tidak ada sesiapa di luar penghakiman ini yang mempengaruhinya. Dasar-dasar yang kami ungkapkan adalah dasar yang sudah kami kuasai dengan baik semenjak Sayembara ini diadakan pada awalnya dan sudah pernah saya utarakan dalam Pengantar antologi Maruah Merdeka. Mewakili panel hakim yang lain, Dato Prof. Dr Firdaus Abdullah, Dharmawijaya, Haji Hamzah Hamdani dan Hajah Zaiton Ajmain saya mengucapkan terima kasih kepada GAPENA yang memberikan kepercayaan kepada kami bagi menghakimkan Sayembara Deklamasi peringkat Kebangsaan 2003 ini pada peringkat akhir. Kami sudah merenung dan membincangkan secara telus beberapa masalah dasar bagi memperbaiki mutu Sayembara ini pada masa akan datang dan mohon pertimbangan YBhg. Tan Sri Profesor Emeritus (Dr) Dato Ismail Hussein, Ketua I GAPENA dan YBhg. Dato Prof. Dr Abdul Latiff Bakar Ketua II GAPENA selaku Penyelaras Sayembara ini agar diberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada beberapa saranan kami seperti berikut:
1. Bagi mengelakkan kejadian pembaca membuat kesilapan lupakan kata dan baris sajak yang dibacanya sehingga terganggu pembacaannya dan menimbulkan ‘rasa malu’ berpanjangan, maka syarat menghafal itu hendaklah dihapuskan. Peserta diizinkan menggunakan teks pada waktu yang perlu atau disediakan teks melalui kaca tv atau komputer di hadapan. Sayembara yang berlaku di negara-negara jiran Malaysia dan juga di di negara yang lebih maju termasuk dalam festival baca puisi kebanyakan pembaca/penyair masih menggunakan teks termasuklah pembaca/penyair yang terkenal berbobot.
2. Teks puisi yang digunakan dalam Aksara Merdeka ada yang di bawah mutu dan tidak sesuai untuk dibaca dan dideklamasikan, tidak komunikatif. Justeru kerana itu sulit hendak dihafalkan.
3. Bagi memertabatkan Baca Puisi Malaysia/ Sayembara Deklamasi Kebangsaan ini, wajarlah puisi yang dibaca itu dipilih daripada puisi patriotik yang bermutu karya penyair-penyair tersohor tanahair dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sebuah kumpulan puisi yang menghimpunkan pilihan puisi yang bermutu ini boleh diterbitkan dan dipilih oleh panel pemilih yang ditunjuk GAPENA dan diterbitkan dalam penerbitan yang prestigious dan diberikan pengantar oleh sarjana puisi tanahair.
4. Sayembara menulis puisi patriotik untuk bakat-bakat baru seperti yang sudah dianjurkan seperti sekarang ini wajar diteruskan bagi menggali bakat-bakat baru dengan tema patriotisme dan tak perlu disyaratkan berapa panjang dan pendeknya. Dari masa ke semasa penyair yang berbakat besar puisinya akan diikuttambahkan dalam buku prestigious yang diterbitkan itu.
5. Bagi memberikan kesan yang lebih jitu peserta Sayembara masa depan akan membaca dua buah puisi yakni Sajak Wajib dan Sajak Pilihan. Sajak Wajib (misalnya “Tanah Air” oleh Usman Awang) akan dibaca oleh semua peserta pada peringkat Negeri dan peringkat Akhir. Sajak Pilihan adalah pilhan peserta daripada antologi mahakarya yang akan diterbitkan itu. Mereka memilih sendiri, mengikut selera dan kesesuaian jiwanya bukan diberikan, diundi dan menerimanya secara terpaksa.
6. Dalam masa terdekat, GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka boleh bekerjasama menganjurkan pertemuan bersama pakar/sarjana puisi/antusias/seniman/deklamator bagi satu Wacana dan bengkel baca puisi supaya kita dapat sama-sama belajar mendengar pembacaan puisi yang standard daripada pembaca puisi Timur dan Barat. Sebagai contoh Baca Puisi oleh Pablo Neruda, Yevtushenko, Allen Ginsberg, Richard Burton dan Rendra bolehlah dipertimbangkan. Mungkin Rendra boleh didatangkan dari Indonesia. Begitu juga rakaman pembacaan puisi Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur dan Festival Puisi Dunia yang lain boleh dirujuki juga. Hal ini penting agar kita dapat kembali kepada pembacaan yang betul .
Penutup
Panel Hakim mengucapkan tahniah kepada semua peserta Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan 2003. Anda telah memperlihatkan sumbangan kepada pembentukan Seni Baca Puisi tanahair. Sebenarnya setiap anda adalah juara dan pemuka Seni Baca Puisi kerana anda mewakili negeri masing-masing. Anda merupakan jembatan kepada khalayak bagi melestarikan semangat patriotisme dan mengobarkan rasa cinta terhadap tanahair, bangsa dan agama. Bacaan yang mengesankan bermula daripada penghayatan yang mendalam, sikap jujur kepada kesenian. Makna puisi erat hubungannya dengan nilai-nilai keindahan dan kita semua boleh bekerjasama lebih erat lagi bagi melestarikan cinta kita kepada kesenian puisi dan tanah air yang kita cintai ini. Kami memilih mutiara yang lebih memancar sinarnya dari sekelompok mutiara yang belum sempurna gilapannya. Saudara, esok masih ada dan peluang masih terbuka!

Negeri Sabah di bawah bayu,
Kinabalu disaput awan;
Mustika hayat puisi Melayu,
Cinta dijunjung para sasterawan.
Kinabalu disaput awan,
Lengkung pelangi bersisip tujuh;
Cinta dijunjung para sasterawan,
Matlamat ampuh Wawasan kukuh.
Dato Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Ketua Hakim, Kota Kinabalu 24 Ogos 2003

Subscribe to:
Posts (Atom)