Saturday, July 18, 2009


TEKS UCAPAN PEMENANG ANUGERAH PINGAT EMAS CANSELOR
SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22
PADA 28 MAC 2009

BERTAJUK: SELAKSA PENGORBANAN SEBIHUN PENGHARGAAN
(OLEH: MOHD RADZI BIN ABD HAMID)

BISMIILAHIRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA, AL-SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH, TUANKU SULTAN KEDAH MERANGKAP TUANKU CANSELOR DAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA, TUANKU SULTANAH KEDAH.

AMPUN TUANKU,

PATIK, MOHON LIMPAH PERKENAN UNTUK BERUCAP KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DAN HADIRIN HADIRAT YANG LAIN.

AMPUN TUANKU,

YANG BERHORMAT DATO SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK, MENTERI BESAR KERAJAAN NEGERI KEDAH

YANG BERHORMAT, TAN SRI DATO' SERI DR. ABDUL HAMID PAWANTEH, PRO-CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN YANG BERBAHAGIA PUAN SRI;

YANG AMAT BERBAHAGIA/TUN DATO' SRI (DR.) AHMAD FAIRUZ, DATO' SHEIKH ABDUL HALIM, PRO-CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATIN SRI;

YANG BERBAHAGIA, TAN SRI DATO’ WIRA DR NORDIN KARDI, NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

YANG DIHORMATI PROFESOR MADYA DR KAMIL MD IDRIS, DEKAN KOLEJ PERNIAGAAN.

PROFESOR MADYA DR ENGKU MUHAMMAD NAZRI ENGKU ABU BAKAR, DEKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS

DR AHMAD MARTADHA MOHAMED, DEKAN KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA

DATO’-DATO’, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN RAKAN-RAKAN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.

PADA PAGI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH KITA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHNAHU WATAALA DI ATAS LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA, KITA SELAMAT SAMPAI DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK DENGAN SELAMAT DAN SETERUSNYA BERKUMPUL DI DALAM DEWAN MU’ADZAM SHAH BAGI BERSAMA-SAMA MERAIKAN KEJAYAAN DIRI SENDIRI, RAKAN TAULAN, ANAK-ANAK, SUAMI ATAU ISTERI DAN SAUDARA MARA. SERTA TIDAK MELUPAKAN JUGA KITA MELAFAZKAN SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SOLLALLAH HUALIHI WASAALAM., NABI BESAR AKHIR ZAMAN.

PERTAMA SEKALI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KERANA TELAH MEMBERI PENGHORMATAN YANG MUNGKIN MENJADI SEKALI SEUMUR HIDUP SAYA BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN PADA HARI PEMASYHURAN KONVOKESYEN INI. SAYA DENGAN RENDAH DIRI INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA GRADUAN YANG TELAH MENERIMA KELULUSAN PROFESIONAL PADA PAGI INI SAMA ADA YANG DAPAT BERSAMA-SAMA DENGAN KITA ATAUPUN YANG BERHALANGAN.

HADIRIN HADIRAT SEKALIAN

IZINKAN SAYA UNTUK MENGIMBAU KEMBALI SEDIKIT KENANGAN KEHIDUPAN SEBAGAI MAHASISWA ATAUPUN MAHASISTUA. PADA TAHUN PERTAMA PEMBELAJARAN KITA, TEMPOH SEMESTER PERTAMA KITA LALUI DENGAN PENUH DEBARAN, CABARAN DAN TEKA-TEKI. BERGELUT DENGAN MASA YANG AMAT SINGKAT, PERSOALAN ADAKAH TELAH MEMILIH SUBJEK YANG BETUL?, ADAKAH MEMAKAI PAKAIAN YANG SESUAI ATAU TERLALU ANGGUN?, TUGASAN YANG MENIMBUN, KECEWA KERANA GAGAL MENEMUI BAHAN KAJIAN, BUKU ATAU HILANG DATA AKIBAT SERANGAN VIRUS KOMPUTER DAN TIDAK DAPAT TIDUR LENA KERANA DIGANGGU BEBAN TUGASAN BERTULIS YANG MANA MASA SERAHAN TELAH DEKAT, DAN BAYANGAN PEPERIKSAAN YANG AKAN DI HADAPI. TIDAK LUPA JUGA DENGAN MASALAH KEKANGAN KEWANGAN YANG KITA HADAPI DAN PELBAGAI KERENAH PARA PENSYARAH.

KITA JUGA DIBELENGGU OLEH KETIDAKTENTUAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG KITA BUAT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI. SAYA PERCAYA ADA DI ANTARA KITA YANG HAMPIR-HAMPIR PUTUS ASA DAN INGIN MENINGGALKAN PENGAJIAN INI TETAPI ATAS NASIHAT DAN DORONGAN RAKAN TAULAN DAN KEINGINAN BESAR UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN IBU BAPA KITA YANG SUSAH DI KAMPUNG, MAKA BADAI, TAUFAN DAN GELOMBANG PENGAJIAN TETAP KITA REDAH KERANA DALAM PELAYARAN INI, KITALAH KELASINYA DAN KITALAH JUGA NAKHODANYA. JUSTERU TIDAK BOLEH TIDAK UNTUK MENGATAKAN BAHAWA KITA SEBENARNYA TELAH MENJADI MATANG, MASAK YANG SANGAT RANUM, INTELEKTUAL, DAN PROFESIONAL KERANA ONAK DAN DURI PENGAJIAN YANG TELAH KITA LALUI. MAKA ITU RAKAN-RAKAN SEKALIAN, HARI INI, KITA SEBENARNYA ADALAH PROFESIONAL KELAS PERTAMA DAN MENJADI HERO YANG TIDAK DIFILEMKAN. DALAM PADA ITU, ADA JUGA RAKAN-RAKAN YANG TELAH BERTEMU PASANGAN ATAU BUAH HATI DAN TELAH MEMADU KASIH DAN MENGIKAT JANJI SELAMA TIGA KE EMPAT TAHUN. UCAPAN TAHNIAH BERGANDA KEPADA RAKAN-RAKAN DALAM KATEGORI INI KERANA SELAIN BERJAYA BERGRADUAT, MEREKA JUGA BERJAYA MENDAPAT PASANGAN HIDUP. KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA JANJI DAPAT DI METERAI. INSYA-ALLAH.

RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN

SEGULUNG KERTAS YANG KITA TERIMA PADA HARI INI ADALAH SATU TANDA ATAU INDIKATOR SEBAGAI SESEORANG YANG MEMILIKI KELULUSAN PROFESIONAL. KELULUSAN PROFESIONAL INI SANGAT PENTING KERANA IA MENGIKTIRAF SESEORANG INDIVIDU ITU TELAH MEMILIKI PENGETAHUAN YANG MENCUKUPI, DAN MEMILIKI SPEKTRUM KEPAKARAN UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM ORGANISASI TERTENTU. ORGANISASI-ORGANISASI DI LUAR SANA TIDAK AKAN BERBELAH BAGI UNTUK MENERIMA PEMILIK KELULUSAN PROFESIONAL INI KERANA MEREKA DAPAT BEKERJA DENGAN BERKESAN DAN SANGAT CEKAP. INI KERANA, KELULUSAN PROFESIONAL INI DIPEROLEH DALAM TEMPOH YANG AGAK PANJANG, MELALUI LATIHAN DAN PEMBELAJARAN YANG SISTEMATIK DI SEBUAH INSTITUSI YANG DIPANGGIL UNIVERSITI. MAKA ITU, SESETENGAH DARI KITA AKAN MENGGANTUNG SEGULUNG KERTAS YANG DITERIMA PADA HARI INI, DI DINDING PEJABAT ATAU RUMAH SEBAGAI LAMBANG PERJUANGAN, KEJAYAAN, PENGHARGAAN DAN STATUS.

SESUNGGUHNYA, DALAM BUDAYA KITA PADA HARI INI, TERDAPAT BANYAK CARA MUDAH UNTUK MENJADI POPULAR SEPERTI MEMASUKI AKADEMIK FANTASIA, PERTANDINGAN RAJA LAWAK ATAU TEH TARIK DAN BANYAK LAGI. TETAPI YANG PASTINYA IALAH PERJUANGAN UNTUK MEMILIKI KELAYAKAN PROFESIONAL INI BUKANLAH SALAH SATU DARINYA. KEJAYAAN MEMILIKI KELAYAKAN INI TIDAK MENDAMBAKAN WARTAWAN SEPERTI KEJAYAAN SEORANG ARTIS DALAM FILEM; ANTARANYA IALAH FAZURA, M DAUD KILAU, RAMLAH RAM DAN BANYAK LAGI. APA YANG INGIN SAYA TEGASKAN DISINI IALAH, DUNIA YANG KITA PILIH BUKANLAH UNTUK MENJADI TERKENAL TETAPI MENJADI SEORANG YANG PROFESIONAL DAN INTELEKTUAL YANG BOLEH DIGEMBLENGKAN OLEH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. YANG BOLEH DIJADIKAN TEMPAT BERGANTUNG OLEH KELUARGA BAGI MENEBUS SEMULA YANG TELAH TERGADAI ATAU TERJUAL
RAKAN GRADUAN SEKALIAN

DI SEBALIK KEJAYAAN KITA MEMPEROLEH KELULUSAN PROFESIONAL INI, TERDAPAT INSAN-INSAN YANG TIDAK PERNAH JEMU UNTUK MENDIDIK KITA, TERDAPAT INSAN-INSAN YANG TIDAK KENAL PENAT LELAH UNTUK BERUSAHA MENDAPATKAN SUMBER KEWANGAN BAGI MENYARA PENGAJIAN KITA. INSAN-INSAN YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH PARA PENSYARAH, IBU BAPA, SUAMI, ISTERI, SAUDARA MARA DAN PENJAGA-PENJAGA YANG LAIN. MEREKA TIDAK PERNAH JEMU UNTUK MENDOAKAN KEJAYAAN KITA PADA HARI INI DAN TABAH .

JUSTERU, SEGUNUNG UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH, SEMUA IBU BAPA SERTA PENJAGA YANG TURUT HADIR BAGI MERAIKAN KEJAYAAN KAMI PADA PAGI INI. HARI INI, PAGI INI DI DEWAN MU’ADZAM SHAH, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK ADALAH DETIK DAN LOKASI YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA SEGALA USAHA, PENGORBANAN, PENAT LELAH YANG DICURAHKAN, TANAH SEBIDANG ATAU PADI SEJELAPANG YANG TERPAKSA DIJUAL ATAU DIGADAIKAN BAGI MENCIPTA KEJAYAAN KAMI TELAH MEMBUAHKAN HASIL. PETIKLAH IA.

OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MENYERU RAKAN-RAKAN SEKALIAN UNTUK BANGUN BERDIRI BERSAMA-SAMA SAYA, UNTUK MEMBERI TEPUKAN YANG PALING GEMURUH SEBAGAI TANDA SIMBOLIK PENGHARGAAN KITA KEPADA MEREKA. (AJAR CARA HORMAT ALA TENTERA)

TEPUK – HANYA TEPUK 22 KALI SETIAP MAHASISWA

SESUNGGUHNYA, PENGORBANAN PARA PENSYARAH, IBU BAPA DAN SANAK SAUDARA TIDAK AKAN DAPAT KAMI BALAS HINGGA BILA-BILA. DALAM ERTI KATA LAIN PENGORBANAN IBU BAPA KITA TERLALU BESAR. MEREKA MENDOAKAN KITA DI SEPANJANG HAYAT HIDUP MEREKA YAKNI SEJAK KITA DI DALAM KANDUNGAN HINGGALAH KITA MENJADI MANUSIA. PENGORBANAN INI DICATAT DALAM SATU LAGU SELOKA MELAYU TRADISI.

(NYANYI LAGU SELOKA LAMA)

CUKUPLAH BULAN IBU MENGANDUNG
SEMBILAN BULAN HARI DIHITUNG
IBU BERSERAH RUGI DAN UNTUNG
KEPADA TUHAN MEMINTA TOLONG

(AJUK PERCAKAPAN: “MAK! SAYA NAK PERGI KERJA. MAK KEMAS RUMAH, CUCI PINGGAN, BASUH BAJU DAN MASAK. NANTI SAYA BALIK NAK MAKAN”)

ANAK YANG BESAR SUDAH BERANAK
IBU DIBUAT SEPERTI KULI BATAK
HATI IBU RASA TERSENTAK
IBU MENANGIS TERESAK-ESAK
MENGENANG BALASAN SEORANG ANAK

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN

KESEMPATAN INI SAYA AMBIL UNTUK MENDOAKAN AGAR RAKAN-RAKAN SEKALIAN AKAN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG AKAN DICEBURI SELEPAS INI. AMBILLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK TERUS MEMPELAJARI BIDANG DAN KEMAHIRAN BARU YANG MAMPU MEMBERI NILAI TAMBAH BAGI DIRI MASING-MASING. BUKTIKANLAH, BAHAWA LEPASAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ADALAH GRADUAN YANG BERWIBAWA, BERKEBOLEHAN SERTA MAMPU BERSAING DENGAN PENUH INTELEKTUAL.

AKHIR KATA, SEBAGAI MEWAKILI SELURUH GRADUAN YANG DIGRADUATKAN PADA SESI INI, JIKA ADA SALAH DAN SILAP YANG TELAH KAMI LAKUKAN KEPADA PENSYARAH-PENSYARAH, KAKITANGAN-KAKITANGAN KOLEJ, IBU BAPA DAN RAKAN TAULAN, SEPULUH JARI KAMI SUSUN, AMPUN DAN MAAF KAMI PINTA, SERTA HALALKAN MAKAN, MINUM DAN ILMU YANG TELAH KAMI TERIMA SEPANJANG BERADA DI SINI. MAJLIS KONVOKESYEN PAGI INI SANGAT BERMAKNA KEPADA KAMI. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI JUGA MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK JAWATAN KUASA KONVOKESYEN DAN SESIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT BAGI MENJAYAKAN MAJLIS YANG PENUH PRESTIJ INI. TERIMA KASIH.

AMPUN TUANKU,

PATIK INGIN BERHENTI DI SINI, KERANA IBU BAPA, SANAK SAUDARA, PENSYARAH-PENSYARAH, DAN SAHABAT HANDAI YANG BERADA DI DALAM DEWAN INI DAN DI LUAR DEWAN, TIDAK SABAR LAGI UNTUK BERSAMA-SAMA BERKONGSI KEJAYAAN DAN DETIK YANG PENUH BERMAKNA. BAGI MEREKA YANG MEMILIKI KEKASIH ATAU ISTERI MUNGKIN AKAN MENDAPAT SEJAMBAK BUNGA DAN BAGI MEREKA YANG MUNGKIN MEMPUNYAI DUA KASIH, MUNGKIN AKAN DAPAT LEBIH JAMBAK BUNGA. MARILAH KITA SAMA-SAMA MERAIKANNYA. TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA.

SEKIAN, WASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. TERIMA KASIH.

Wednesday, July 8, 2009

NOVEL PERANG

Jangan terlepas peluang ini. Dapatkan naskah Novel Perang terbaru saya iaitu 'Platun Harimau'. Selepas 'Selamatkan Komando Amerika', 'Cinta Seorang Jeneral' dan 'Kapten Julia'; Platun Harimau adalah yang terbaik. Akan berada di pasaran mulai 12 Ogos 2009. Anda akan bersama dengan Leftenan Fauzi dalam sayembara hutang darah di bayar darah. Kekejaman komunis haram dibalas dengan bunga. Jangan biarkan keparat itu (Chin Peng) kembali mengotori laman kita. Nikmatilah dan hargailah sebuah keamanan yang didirikan diatas beribu nyawa dan darah perwira.

p/s: Sediakan tuala, bunga dan senapang atau pedang kerana anda akan teresak-esak, jatuh cinta dan geram kepada PERAJURIT NEGARA, SEORANG KEKASIH dan pengganas komunis.